Thursday, 5 December 2013

Banjir di Kemaman - Part 1..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah hari ni aku dah ada dekat rumah..
Maaf la tak de gambar ke apa..

Keadaan di Kemaman agak teruk..
4hb (Rabu) bila bangun je kipas dah tak bergerak..
Ok rupanya bekalan elektrik dah tak de..
Tengok henfon pun tak de coverage lansung..
Bilik aku tu dah la bilik belakang..
Pegi depan cari netwotk coverage..
Ok terus inform mak, en.bf dan call Hendry..
Mak bagi tau yang ayah akan datang amik aku esok (5hb)..

Masa ni berharap jugak mana tau bekalan elektrik akan ada malam tu..
Masa ni pun kedai runcit penuh sangat dengan orang beli macam-macam barang keperluan makanan..
Tapi tak de lah cuak sangat lagi masa ni..
Ada SMS Alet nak ajak die pegi hostel Hendry..
Dekat sana ada air dan bekalan elektrik lagi..
Nak dapat lain pun dekat pintu rumah atau dekat porch kereta..
Sempat jugak mandi sebelum air habis..

Petang tu dieorang ajak jalan-jalan pegi tengok banjir naik motor..
1st time aku tengok air naik teruk sangat..
Dekat Pintu Gerbang dekat Taman Perwaja air memang dah tinggi..
Kereta yang tenggelam pun nampak bumbung je..
Ada trafik light dekat simpang 4 ni..
Ada air jugak dari arah Paya Berenjut..
Memang satu laluan keluar dari Kemaman ke Kuantan dah terputus..

Lalu depan rumah Alet..
Memang dah tenggelam..
Dekat Jakar 3 pun air dah naik..
Naik jambatan Sg. Kemaman arah ke bandar Chukai air dah naik..
Jalan atas jambatan pun dah berlobang-lobang..

Sampai dekat trafik light dekat 7 Eleven jalan nak ke Bomba / Maybank dan tutup..
Ikut jalan lalu  depan hotel Safura..
Jalan pun dah tutup sebab air naik..
Ada lencongan ikut jalan depan Hai Peng..
Jalan tu sebenarnya one way je..
Tapi ni dah bukak untuk 2 way..
Tu je jalan yang ada untuk ke Kuala Terengganu..

Masa ni fikir nak pegi Bukit Kuang..
Tapi budak rumah tak nak sebab jauh sangat..
Pegi isi minyak motor full terus masa ni dekat Esso depan Hotel First Residence..
Bandar Kemaman dan bergelap masa ni..
Ada elektrik dekat kawasan ni je ke Bukit Kuang..
 Minyak pun ada Ron97 je..
Masa ni isi minyak full pun dengan minyak ada sepearuh lagi kalau ikut meter plus dah tak terkawal..
Motor punya la beratur panjang rm9.50..
Malas dah nak fikir masa ni..huhu..

Kitaorang balik rumah kejap sebab ada sorang housemate tinggal dekat rumah..
Nak bawak die pegi makan..
Lagi pun kesian dekat die tinggal sorang..

Dari rumah nak menuju ke bandar balik..
Masa ni jambatan ke Sungai Kemaman arah ke bandar sebelah dah naik..
Kitaorang ikut arah bertentangan nak ke bandar..
Memang bawak motor slow-slow la lawan arus atas jambatan tu..
Tapi kedai makan banyak dah habis makanan..
Kalau ada lagi pun tapi orang ramai sangat..
Balik makan je lah apa yang ada dekat rumah..

Balik tu aku SMS adik aku, en.bf dan Hendry apa yang patut..
Sempat la makan sikit ada nasi dan lauk sambal ikan bilis pagi tu buat alas perut..
Lepas tu tak bole nak buat apa da..
Battery phone pun tinggal sikit je..
Topup pun suruh en.bf je yang topup kan..
Tido awal la malam tu..
 Lagi pun takut air naik sampai ke rumah kitaorang..
 Tido pun pintu bukak je..

Masa ni keadaan makin teruk..
Duk memikir nak makan apa..
Air bersih makin kurang..
Tak de elektrik dan air..
Jangan kan kata nak mandi..
Nak membuang air kecil dan besar pun payah..
 Memang harap sangat air cepat surut..
Jadi perhubungan dengan luar makin ok..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...