Sunday, 8 December 2013

Banjir di Kemaman - Dia Sebaik-baik Perancang..

Assalammualaikum..

Tuhan tu selalu sebaik-baik perancang kan..
Sebab die lebih tau apa yang terbaik untuk kita..
Dan semua terjadi ada hikmah nya..

Contohnya mengenai rumah sewa..
Bila aku kene keluar dari bilik sewa yang aku dah janji dengan orang tu nak duduk sampai habis..
Yang aku selalu pegi kelas jalan kaki tu..
Tapi ada company nak amik tempat tu..
Sampai dah rasa malas sangat nak fikir masalah..
Aku pindah je lah..
Alhamdulillah dapat rumah sekarang..

Pernah jugak nak pindah bulan 12 ni nak duduk dengan kawan aku..
Rumah lagi dekat dengan kolej..
Tapi bila inform owner rumah sekarang die tak kan bagi deposit kalau nak keluar bulan 12 ni..
Sebab kene bagi notis 12 bulan..
 Jadi tak jadi pindah..

Ahlamdulillah sebab rumah sekarang tak naik air sampai la aku balik hari tu..
Insyaallah tak naik air rasanya..

Dan syukur jugak sem ni aku bawak motor pegi sana lepas setahun..
Dari awal lagi plan nak bawak motor tapi tak bawak-bawak..
Masa pindah rumah ni bawak la..

Dan syukur sangat jugak masa kejadian hari tu Hendry ada dekat sana..
Dapat jugak la aku pegi chagre hp bila elektrik tak de lansung dekat tempat aku..
Berbanding kalau aku sorang-sorang je dekat sana..

Ikut berita dan tiap hari contact dengan Hendry..
Insyaallah keadaan makin baik dekat sana..

Dan mengikut class mate aku ..
Cuti mid sem kolej di awal kan seminggu..
Kira sekarang ni aku tengah cuti la..
Tapi aku malas nak ubah tarikh nak interview..
Lepas confirm kan dengan company tu petang Jumaat..
Malam tu baru dapat tau..
Malas la aku..
Lagi keadaan dekat kolej aku tak pasti lagi..
Selagi tak ok aku malas nak balik..

Aku pun sangat bersyukur dapat balik berbanding dengan orang lain sebab terputus hubungan samaada sebab terputus coverage, jalan keluar dan sebagainya..
Tapi banyak jugak la cerita yang aku baca dekat internet..
Bermacam-macam spekulasi..
Ada yang betul dan tak..
Pada aku selagi korang tak de dekat tempat kejadian..
Jangan la nak cakap macam-macam..
Dengar cakap seorang dua je..
Melainkan korang ada dekat tempat kejadian dan tau gambaran keseluruhan..
Tu pun masih tak cukup sebenarnya..
Bila keadaan menekan macam ni..
Ramai orang yang emosi..

Kalau bujang tu ok jugak la lagi macam aku ni..
Bole jugak la survive lagi..
Tapi kalau yang family..
Ada baby, ada orang tua..
Keadaan tu mungkin lebih sukar..
Dah balik ni aku memang selalu bagi tau akak aku yang bekerja sebagai wartawan dekat KL dan suruh die push pihak yang berwajib apa yang dieorang perlukan dekat sana..
 Semua orang aku rasa berusaha semampu dan sebaik yang boleh..

Dan aku memang kagum dengan semangat dieorang..
Macam budak yang tolong aku..
Die boleh balik..
Tapi nak membantu orang dekat sana..
Bawak anak jiran die pegi mandi la..

Aku rasa masa dekat sana tak ramai yang penting kan diri sendiri..
Cuba membantu antara satu sama lain sebaik mungkin..
Semua orang dalam musibah..

Pape pun sangat banyak yang kita boleh belajar..
Dan ni munkin teguran dari Tuhan..
Sekarang ni banyak sangat masalah sosial dan sebagainya..

Kadang-kadang sekeliling kita semakin menakutkan..
Bencana alam yang kita tak sangka..
Kejadian bunuh dan sebagainya..
Kemalangan teruk yang banyak terjadi sekarang ni..
Macam mana pun hidup perlu di teruskan..

Semoga kita hidup di landasan yang betul..
Sentiasa beringat dan tak mudah lupa diri..
Semoga kita sentiasa di lindungi oleh Allah dari tipu daya syaitan dan manusia..
Juga dilindungi dari manusia yang zalim..
Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...