Monday, 2 December 2013

Random Entry..

Assalammualaikum..

Semalam satu hari memang agak sibuk..
Sabtu malam Hendry ada call bagi tau yang esok die dah kene datang sini untuk naik kapal..
Jadi macam biasa aku akan amik die dekat Kuantan..

Pagi semalam aku ada kelas dari pukul 9-11..
Hendry pulak mungkin sampai dalam pukul 1330..
Lepas kelas habis kelas terus pegi amik kereta..
Pagi tu aku bawak motor tinggalkan dekat rumah kawan aku dekat kolej..
Kalau nak hantar motor balik..
Lepas tu pegi amik kereta..
Macam berpusing-pusing je..
Lepas tu balik rumah kejap mandi,tukar baju, hantar beg pegi kelas semua..
Dah settle terus gerak ke Kuantan..
Alhamdulillah cuaca masa ni ok je..
Jadi aku nak drive pun selesa je..
Maklumlah cuaca dekat sini kan tak menentu je sekarang..

Sampai Kuantan dalam pukul 1 lebih..
Bawak slow je..
Tak lama lepas aku sampai die pun sampai..
Sepanjang selalu amik die kalau die nak sign on..
Ni lah 1st time aku sampai dulu..hahaha..
Kalau tak memang die lah yang tunggu aku sampai..
Paling lama sejam lebih tak silap die kene tunggu aku..hihi..

Hari ni pun dah jadi macam jalan-jalan cari makan jugak untuk kitaorang..haha..
Biasa la kalau dengan dieorang ni..
Masa tu pun masing-masing dah lapar..

Mula-mula kitaorang saje try usha Ana Ikan Bakar Petai dekat Tanjung Lumpur..
Peminat ikan bakar kan masing-masing..hehe..
Tapi masa tu kedai tak bukak lagi..
Awal sangat masa tu..
Biasa kedai ikan bakar ni kan bukak malam..
Tak de rezeki la nampaknya..
Jadi kita cari makan lain la..hehe..

Tetiba teringat kedai mee goreng mamak bawah pokok..
Kedai ni dekat Jalan Bukit Ubi..
Ada kawan Hendry pernah bawak kitaorang makan dekat sini dulu..
Jalan pun tak berapa nak ingat..
Tapi tak pe..
Kita redah je..hehe..
Alhamdulillah senang je nak jumpa..


Ni lah kedai nya..
Gambar ihsan sini..
Aku memang tak bawak kamera..
Bawak wallet, kunci dengan hp je..
Kalau bawak handbag je rajin nak bawak kamera..

Aku order mee goreng mamak dengan cendol..
Hendry pulak order mee goreng mamak, mee rojak tak silap (ke rojak, dengan sup ayam..
Mee goreng rojak die memang la sedap..
Cendol pulak bila macam lama-lama rasa macam pahit pulak..
Cendol Pilah jugak tetap lebih mantap aku rasa..
Rojak tu pun kurang mantap..
Kuah die macam kuah kacang nasi impit je..
Sekali lagi..
Rojak Pilah lebih mantap..haha..

Sape-sape datang Kuala Pilah try la cendol dekat Stesyen Bas Kuala Pilah dan rojak dekat pasar Kuala Pilah..:)

Lepas tu disebabkan semalam hari Ahad kot..
Dekat Pahang cuti kan..
Orang agak ramai..
Masa sampai tu tak de tempat duduk..
Kene la tunggu orang bangun cepat-cepat amik tempat..
Patut kene tambah meja lagi sebab pelanggan ramai tapi tak cukup tempat..

Lepas tu ingat nak singgah East Coast Mall (ECM)..
Hendry nak beli speaker..
Tapi tengok kereta queue nak masuk parking punya la ganas..
Tak jadi la..
Aku pun dah lama tak datang sini..

On the way balik tu singgah rumah aku kejap..
Scan document Hendry..
Dia nak email sebelum naik kapal..
 Masa sampai Kemaman ni hujan turun mencurah-curah..huhu..
Laju-laju scan doc lepas tu pegi kopitiam sebab nak guna internet nak email doc..
Masa ni pun dah nak senja tak silap tambah hujan..
Jadi makan la dekat sini..

 Aku amik Tom Yam mee soup pedas dengan Honey lemon asam boi..
Hendry pulak nasi goreng dengan telur mata, air bandung..
Hujan-hujan sejuk-sejuk ni memang sedap sangat tom yang pedas panas-panas..


Gambar ihsan sini
Dah siap makan dan email kan doc..
Kitaorang pegi Centre Point pulak beli barang..
Beli speaker kecik, adapter, seliper bertutup dekat depan macam seliper Crocs dan topup..

Dah settle membeli amik PPE die dekat rumah aku yang die tinggalkan masa datang training hari tu..
Deal dengan Alet jugak sebab nak pulangkan kereta dan amik aku balik..
Tak dapat nak balik naik motor sebab hujan..huhu..

Dah hantar kereta lepas tu Hendry ajak Alet pegi makan..
Makan lagi..haha..
Gomok la macam ni..

Kali ni pegi makan dekat 3K Floating Cafe..
Dekat tepi sungai Kuang..
Dekat sebelah jambatan baru siap dekat bukit Kuang..


Gambar ihsan sini.
Tapi gambar ni waktu siang..
Kitaorang datang waktu malam..
Kalau waktu siang mungkin view lagi cantik agaknya..

Dah nama pun floating kan..
Jadi terapung ler..hehe..
Bole rasa barayun-ayun je atas ni..
Dah la masa ni hujan..
Ada titi nak ke kedai ni pun macam dah nak tenggelam je..

Tak silap dekat sini ada western food jugak..
Tapi Hendry nak makan ikan..
Jadi order la siakap stim limau, kangkung goreng belacan, telur dadar dan sotong goreng tepung..
Baru nak rasa sotong goreng tepung dekat sini..
Tapi tepung nak goreng sotong pulak dah habis..
Tukar la tom yam..huhu..
Rasa makanan dekat sini pun boleh tahan..
Tom yam die pun sedap je..

Sekarang ni hujan lebat betul..
Memang tak de mood nak pegi mana-mana..
Hari ni sepatutnya ada kelas pukul 2..
Tapi tak dapat pegi sebab hujan lebat..
Pukul 3 lebih tadi aku kuar jap nak pegi amik motor dekat rumah semalam dan pegi kelas pukul 4..
Boleh pulak kelas cancel..huhu..
Dekat kolej pun tak ramai sangat orang..
Maklumlah hujan lebat je sepanjang hari kan..
Pegi kelas pukul 5 pun tak de..
Pun tak de orang dekat kelas..
Sabar je lah..
Pakai payung nak pegi rumah kawan amik motor..

Masa lintas jalan sekali kereta laju..
Terus lencun aku..huhu..
Tapi ada jugak pemandu yang baik hati..
Nampak aku dekat tengah tunggu nak melintas jauh kan sikit dari air tu..
Tak de lah bila lalu air tu menyimbah dekat aku..
Bukan kata baju je basah..
Dengan beg aku sekali basah..

Alang-alang dah basah..
Nak tunggu hujan berenti pun aku malas..
Plus aku pun puasa hari ni..
Aku redah je lah balik dalam hujan tadi..

Mengikut Hendry die mungkin balik hujung bulan Januari..
Kalau aku dah tak duduk sini lagi..
Habis belajar hujung bulan Feb..
Tak dapat la nak amik die lagi setiap kali die nak sign on..
Kene la datang sendiri nanti ye..hehe..

Banyak kenangan dekat sini..
Sementara tunggu hujan reda dekat kolej tadi sempat jugak baca note public speaking..
Banyak point-point berguna..
Memang boleh study dan apply untuk interview nanti..
Semoga semua baik-baik je dan dipermudahkan..
AMIN..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...