Friday, 15 November 2013

Weekend Rumah Baru..

Assalammualaikum..

Esok dah seminggu aku duduk dekat rumah sewa baru ni..
Setakat ni ok je la..
Alhamdulillah..
Harap tak de la masalah lepas ni..
Sekarang ni pakai motor je pegi kelas..
Harap kalau musim hujan nanti pun tak de masalah la..

Sekarang ni pun ada masalah jugak..
Hidup mana yang tak pernah ada masalah kan..
Cuma macam mana kita hadapi masalah tu la kan..

Ada satu subjek ni aku tak setle kan lagi sebab clash..
Harap sangat settle cepat..
Lepas tu runsing jugak dengan tempat praktikal..
Selagi tak dapat offer atau official offer dari mana-mana company memang aku tak senang hati lagi..
Lepas tu ada la masalah sikit-sikit lagi bila aku join kelas lain..
Harap semua berjalan dengan lancar la..
Memang tak sabar sangat nak habis dengan cemerlang..:)
Tak sabar nak keje balik..
Sambil tu nikmati lah masa-masa nak habis ni..

Balik dekat tajuk balik..
Jauh melalut da..
Biasa la kalau ada benda yang terbuku dekat hati..
Nak luah dekat orang pun bukan senang..
Banyak hati kene jaga kan..
Jadi paling baik usaha sendiri je la..
Tulis dekat sini pun untuk kenangan suka duka aku dekat sini..
Banyak kejayaan atau kesenangan memang bukan mudah jalan nya..

Sejak duduk rumah baru ni pun rutin pun berubah la sikit..
Aku pun belum close sangat lagi dengan budak rumah..
Dan kalau boleh tu memang lagi suka berdikari la..
 
Salah satu benda yang penting pada aku ialah kesihatan..
Dan antara benda yang aku titik beratkan ialah berat badan..
Lagi bila umur dah makin menigkat metabolism badan pun makin menurun kan..
Jadi untuk maintain tu susah jugak la..

Cuma kalau aku duduk sendiri aku rasa memang lagi senang nak maintain..
Aku ni pemakan jugak orang nya..
Lagi kalau benda sedap dan aku suka..
Memang banyak makan..
Contohnya masa beli nasi lemak K.Mie..
Selamba je aku makan dua bungkus..
Makan yang bungkus ke dua tu tengah malam pulak tu..
Memang susah nak kawal diri..

Bila duduk sindiri  memang senang sangat badan nak turun..
Kalau dulu duduk rumah lama pegi kelas jalan kaki..
Jadi tu dah exercise..
Kalau ada tiga kelas hari tu tiga kali la ulang alik jalan kaki..
Dan kalau duduk sendiri pun aku lebih rajin untuk puasa..
Kadang tu kalau makan lebih sikit malam sebelum tu memang aku puasa esok tu..
Lagi satu kalau duduk sendiri ni nak makan kene usaha sikit kan..
Duduk rumah memang macam-macam makanan ada..
Mak pun masak macam-macam..
Memang susah nak kawal la..

Kali ni aku duduk dekat dengan Pantai..
Jadi disebabkan aku dah tak berjalan kaki lagi..
Salah satu cara nak beraktiviti ialah dengan berjogging di pantai..
Macam best je kan..
Plan nak jog weekend..
Kenapa weeekend?
Sebab weekend bole pegi jog pagi-pagi..
Eh kalau kelas petang pun bole jugak pegi jog pagi-pagi kan..hehe..
Udara pun segar lagi..
Dan pagi-pagi memang ramai orang exercise..
Kalau petang ramai orang berdating dengan melepak je..

Dah berapa hari dah plan macam tu..
Aku sejak duduk rumah baru ni pun rajin gak tido awal bangun awal..
Tapi disebabkan semalam lepas pegi PTW beria tido..
Malam susah nak tido..
Jadi semalam tido lambat da bangun lambat ler..huhuhu..

Tapi tetap jugak nak beraktiviti mengeluarkan peluh..
Jangan risau..
Tak jadi pegi jog hari ni..
Kita kemas bilik dengan rumah..
Membakar tenaga dan mengluarkan peluh juga ye..
Kalau pegi jog dapat udara segar dan tengok permandangan..
Tapi kalau kemas bilik dengan rumah reward nya ialah rumah bertambah bersih dan selesa..

Bangun tadi aku angkat semua barang balik letak dekat luar..
Lepas tu sapu satu bilik lepas tu mop..
Rasa rajin sikit dan nak lebih beraktiviti mop dan sapu satu rumah..hehe..
Mop je 1 tempat dah 3 kali..
Kene perah mop dan angkat air dalam baldi..
Angkat-angkat barang lagi..
Jadi banyak jugak la pakai tenaga dan keluar peluh..

Ni la salah satu cara untuk beraktiviti dekat rumah..
Kalau yang rumah besar, atau 2 tingkat tu lagi la banyak guna tenaga..
Lagi kalau dah ada anak tu..
Lagi la beraktiviti kan..
Jadi banyak cara untuk beraktiviti sihat ni..
Tak semestinya kene pegi gym, pegi betul-betul bersukan..
Lagi satu jaga makan..

Tu je nak share..
Tak de benda penting pun..hehe..

Selamat Mengamalkan Cara Hidup Sihat..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...