Thursday, 14 November 2013

PTW - Permit to Work..

Assalammualaikum..

Semalam dan hari ni aku pegi short course Permit to Work (PTW)..
Aku daftar untuk course ni dari sem 3 lagi..
Hari tu kebetulan perasan nama naik..
Ada dua lagi short course yang aku daftar..
Tak pasti la nama dah naik ke belum..huhu..
Kalau nama dah naik dan aku dah terlepas agak rugi jugak la..huhu..

Jadi sem ni aku akan sibuk dengan kelas, aktiviti, short course, CBL la..
Walaupun credit hour nampak sikit..
Tapi tambah dengan sampingan-sampingan ni padat jugak la..

Pegi short course ni pun aku terpaksa skip kelas dua hari ni..huhu..
Aku pun pernah tanya lecturer aku die pun galakkan aku pegi..
Dan nasib baik jugak la dua hari ni kelas tak banyak sangat..
Lagi pun skip kelas yang aku rasa tak de la penting sangat macam keusahawanan(ETR) dan Public Speaking..
Lagi lecturer aku suka cancel kelas ETR yang dua jam..
Apahal entah..
Kalau kelas sejam hari tu bukan main express die nak habis kan satu chapter jugak..
Sabar je la..
Kelas ni pun ada text book..
Nanti aku study la buku tu sendiri..

Nak pegi PTW ni pun ada drama nya jugak sikit..hehe..
Mula-mula pasal transport..
Dah ada motor ok sikit la..
Settle satu masalah..
Lepas tu pasal pakaian pulak..
Perempuan kene pakai baju t lengan panjang..

Aku ada baju t lengan panjang tapi tak berkolar..
Dan aku rasa kene pakai baju t berkolar sebab formal kan..
Aku sampai call tanya dua tiga orang la nak pinjam baju..
Yelah karang kalau pegi tak ikut peraturan tak pasal kene halau..
Tak pasal malu dengan tak dapat hadiri course tu..huhu..
Tapi tak de..
Kalau ada pun lengan panjang tapi tak de kolar..
Semalam aku pakai je la baju berkolar lengan pendek..
Nasib baik tak kene tegur..
Sambil tu prepare la cardigan lengan panjang..
Hari ni pulak pakai baju aku selalu pakai pegi kelas je..
Pun pakai cardigan jugak..

Apa itu PTW?..

PTW ialah satu dokumentasi secara formal/rasmi tentang cara kerja, sebagai check point bahawa semua langkah-langkah keselamatan telah di ambil dan telah diberitahu kepada semua yang terlibat..

Ada beberapa jenis PTW..
Yang di beritahu masa course ni ada 12..
Aku share 5 je lah ye..

  1. Cold Work Permit
  2. Hot Work Permit
  3. Flammable release Work Permit
  4. Welding/burning Work Permit
  5. Vessel Entry (confine space) Work Permit
Jadi PTW ni perlu la di apply sebelum buat keje yang memerlukan dia..
Contohnya nak welding sesuatu..
Kene apply PTW ni dulu..
Dah dapat approve baru la bole buat keje..
Masa buat keje kene tag la tempat tu beserta no reference PTW kita..
Keje dah siap kene pulangkan balik..

Besa la keje-keje berisiko tinggi ni banyak prosedur nya kan..
Keselamatan dan Kesihatan perkerja tu penting untuk elakkan kejadian yang tak di ingini berlaku..
Risiko tinggi lepas tu kalau jadi pape impak die pun tinggi kan..
Sebab tu la benda-benda macam ni di aplikasi..


Ni contoh PTW..

Keseluruhannya course ni bagi banyak bagi info baru dekat aku..
Aku rasa budak-budak safety yang lebih familiar dengan benda-benda ni..
Aku memang tak tau sangat..
Bila cerita pasal bahaya je memang rasa takut je nak ada dekat tempat tu..
Takut je nak buat keje..
Tapi kene la kuatkan hati..
Last aku pegi ceramah safety ni masa keje dekat TI dulu..
Pegi NIOSH dekat Bangi untuk Contractor Safety Passport..

Lepas ceramah ni ada la jugak tayang video kemalangan-kemalangan yang jadi dekat site..
Memang aku tak tengok la..
Aku main henfon masa tu..
Tak sanggup aku nak tengok video-video kemalangan ngeri..
Ngilu aku..huhu..
Biasa kalau lepas ceramah-ceramah ni memang ada kan tunjuk video 
Supaya orang  lebih utamakan keselamatan..

Dan akhir sekali ada short test..
Dekat NIOSH dulu pun sama..
Kalau dah lulus baru la dapat safety passport tu..
Baru la authorized untuk masuk plant dan buat keje yang sepatutnya..

Harap aku tak terlepas lagi short course yang lain..
So bole la attend course dan tambah ilmu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...