Wednesday, 6 November 2013

Petang dengan Wan dan Zack..

Assalammualaikum..

Petang ni banyak jugak la aktiviti aku..
Macam biasa aktiviti bersama ahli keluarga..

Memang dah lama tak keluar dengan kawan-kawan..
Kecuali kawan rapat la macam en.bf, Haziq, Hendry, Sen ke..
Kalau kawan biasa memang dah lama la..
Tu pun kalau ada mesti dengan best friend aku jugak..

Maksud nya bila dengan family la..
Kalau dekat Terengganu tu lain cerita la kan..
Kene berdikari sendiri..
Hidup sendiri..

Ok petang tadi lepas Zohor pegi Tabung Haji (TH)..
Bawak wan aku pegi..
Zack pun ikut sekali nak pegi Pejabat Pos..
Bangunan Tabung Haji tu dengan Pejabat Pos satu row je.
Aku teman wan pegi TH..
Tolong isikan borang, amik kan nombor giliran dan teman kan die pegi kaunter..
Biasa la orang tua mata pun tak berapa nampak sangat dah kan..

Dekat TH masa aku mula-mula datang tadi tak de lah ramai orang..
Tapi tak lama lepas tu ramai la jugak..
Dan biasa la dekat sana ramai golongan emas ni..
Kaunter pulak bukak 2 je..
Punya la banyak kaunter kan..
Kalau tak ramai orang tu xpe la..
Tapi bila ramai orang bukak la kaunter banyak sikit..

Zack kejap je dah settle urusan die dekat Pejabat Pos..
Die pun datang la join kitaorang dekat TH..

Ni satu yang aku perasan mengenai perkhidmatan dekat TH ni..
Mungkin dekat bank lain atau perlukan khidmat ni pun apply benda yang sama atau tidak aku tak perasan pulak..
Tadi je aku baru perasan..
Lagi sebab ramai orang tua kot..

Yang handle wan aku dekat kaunter tu lelaki..
Bila melibatkan document ada yang perlu tandatangan atau cap jari..
Macam aku kata..
Dekat TH ni ramai orang yang dah berumur..
Mata kurang terang..
Pergerakkan kurang aktif..
Bila yang handle tu lelaki die pun bantu lah Wan aku untuk turunkan cap jari..
Tolong pegang kan tangan dan lepas tu pandu untuk letak dekat tempat yang sepatutnya..
Part ni yang aku memang perasan dan rasa menarik..
Pekerja tu pakai ada sarung tangan warna hitam bila perlu macam tu..
Untuk jaga aurat dengan bukan muhrim..
Kaunter sebelah tu perempuan yang jaga..
Rasanya die pun akan apply benda yang sama pelanggan yang datang berlawanan jantina..

Pada aku ni satu perlaksanaan yang bagus..
Kalau tempat lain yang perlu kan khidmat macam ni memang patut contohi..
Contoh macam dekat bank..
Atau mana-mana jabatan yang biasa kene guna cap jari ni..

Lepas tu kitaorang pegi CIMB aku ada hal aku pulak..
Suruh Wan dan Zack duduk sampai urusan aku siap..

Lepas tu nak pegi minum tapi kedai yang aku nak pegi tu tutup pulak..
Kedai jual macam ais krim..
Ada banyak perisa..
Walaupun tak dapat minum dekat kedai tu..
Berbaloi jugak la masuk dekat situ nak beli barang mak aku kirim..

Sambil tu sempat jugak tengok kasut sukan dekat Al-Ikhsan..
Sem ni kan ada aktiviti..
Mana la tau kalau rajin nak pegi pulak..
Last kasut sukan aku yang aku pakai masa main netball tahun lepas..
Yang tapak die habis tertanggal..
Lepas tu tak de beli baru dah..
Pegi survey harga je tadi dekat Al-Ikhsan..
Mahal jugak la harga..
Sebab biasanya harga 100-300 la untuk sepasang kasut..
Kalau ikut aku bole je datang aktiviti tu..
Tapi kalau aku pakai sandal je ke jangan mara la..
Sebab aku rasa keperluan die tak de la penting sangat pun..
Bukan ko-k masuk dalam pointer pun..

Even rumah aku dekat je dengan Al-Ikhsan..
Turun bawah tu je..
Tapi aku pernah masuk sekali je..
Tu pun sebab nampak ada budak kelas aku..
Bertegur kejap je..

Ni tengok la macam mana..
Plan memang nak beli kasut murah je..
Kalau boleh bawah rm50 je..haha..

Sambil tu Wan dengan Zack jalan-jalan tengok blouse, kain la dekat kedai-kedai yang ada..
Aku kurang minat..
Setakat tengok-tengok je la..

Dah settle tu pegi minum kejap..
Sebabkan tadi teringin nak makan ais kisar macam ais krim tu..
Jadi aku nak makan ABC la..
Pegi kopitiam..
Wan order teh tarik, aku order cendol, Zack pulak ABC..
Tengok dalan gambar cendol bekas kecik je..
Tu la order asing-asing..
Bole share share nanti dengan Zack..
Sekali sama besar dengan ABC..
Bertabah je la nak habis kan.haha..
Tak habis kan sayang pulak..

Balik tu amik basikal balik dekat kedai..
Sebelum TH tu ada singgah kedai nak betul kan 2 basikal yang tayar die masalah..
Ada yang kurang angin..
Ada yang kene ganti..
Ada yang bocor..
 Sambil tu sempat wan beli makanan ikan lagi la..

Sekali keluar kita settle kan banyak benda..
Bagus macam ni kan..haha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...