Thursday, 7 November 2013

Home Sweet Home - Part 4..

Assalammualaikum..

Banyak pulak intro pasal nak beli rumah tu kan..
Sorry sangat la kalau bosan baca..haha..
Tapi tak kisah la..
Tak suka tak payah la baca..hehe..

Lepas pegi pameran dan macam ada kayakinan nak cari rumah balik..
En.bf la lagi semangat..
Kebetulan tak lama lepas tu aku dapat notification pasal projek ni..
Sambil tu aku ada la carik-carik maklumat pasal projek ni dekat internet..
 Masa balik pun aku ada beli da pegi projek dari developer ni..
Tanya pasal projek tu sikit-sikit..
Kitaorang pegi Sales Gallery projek dekat tempat lain tapi under developer yang sama..

Kalau ikut feedback dari internet dari individu yang lagi berpengetahuan..
Response nya positif la..
 Cuba je lah proceed..

Lagi satu aku macam malas sikit jugak orang lain masuk campur..
Nanti ada yang kata itu ini la..
Projek sana tu ok bla bla bla..
Projek ni tak ok bla la bla..
 Bukan malas nak dengar cakap orang..
Tapi rasanya kami lagi tau kedudukan dan keperluan kami berbanding orang lain..
Tak kan la semua benda kita nak cerita dekat orang kan..

 Macam kitaoran ni pernah je orang persendakan sebab nak beli rumah dekat Lembah Klang..
Nak beli dari developer yang ada nama la..
Siap gelak kan kitaorang lagi..
Siap kata kitaorang ni ada duit ke nak beli rumah dari developer ada nama..
Tapi tak pelah..
Tu jadi penguat semangat untuk lagi berusaha je la..

Kitaorang memang tak kisah pun kalau orang pandang rendah..
Ada antara kawan kitaorang ni yang umur sebaya dah beli dua rumah..
Lagi pun kalau pegi kenduri topik yang selalu dibincang kan pun pasal kerjaya dan family..
Dah beli rumah dekat mana dan nanti nak ajak datang..
Tu biasa la kan..
Jadi kitaorang amik pendekatan usaha dalam diam je la..hehe..
Kalau yang tau lepas tu bagi feedback memberansangkan tak pe gak..
Ni kalau yang siap merendahkan dan gelakkan orang..
Sabar je la kan..hehe..

Kitaorang ni pulak memang jenis simple je..
En.bf masa nak buat loan kereta pun siap di underestimate lagi oleh orang keje bank tu..haha..
Maklumlah orang keje site..
Pegi keje pun pakai jeans, t-shirt dan kasut converse je..
Tu semua tak kisah la..

Ni info tambahan untuk The Edge Top Property Developers Awards 2013..
Antara developer yang aku agak suka..

1. SP Setia
2. Sunway Bhd
3. Sime Darby Property Bhd
4. UEM Sunrise Bhd
5. IGB Corp Bhd
6. Bandar Utama City Corp Sdn Bhd
7. UOA Development Bhd
8. Gamuda Bhd
9. I&P Group Sdn Bhd
10. Mah Sing Group Bhd

Ni semua intro je
3 entry intro nya kan..hahaha..
Aku tulis ni untuk kenangan dan aku ingat susah senang nya hidup aku dan kitaorang ni..
Supaya tak cepat lupa diri..
Dan proses nak beli rumah ni pun banyak jugak ajar aku pasal hidup..:)

Akhirnya en.bf berjaya beli rumah dekat area Selangor..
Developer nya pun ok la..
Developer nya salah satu yang tersenarai dalam senarai dekat atas..
Dan macam perancangan..
Rumah apartment je..:)
Tu pun dah senak..
Kalau ada rezeki nanti ke bole la usahakan landed house pulak..
 Dan aku post pasal rumah ni untuk share process rumah ni..
Detail pasal rumah tak perlu la rasanya..
 Unless kalau ada yang berminat nak tau bole la email..

Kawasan ni memang tak de pape lansung lagi..
Dapat la beli rumah yang harga masih murah..
Sekarang ni harga memang terus naik je..
Macam yang salah sorang orang yang buat loan kitaorang ni pun kata..
Cucuk satu pile je pun nanti harga dah melambung-lambung..
Tak payah cucuk pun memang mencanak je harga..
Sabar je lah kan..
Dan sebab beli awal ada la privilege sikit..
Dan rumah ni akan siap Insyaalah hujung 2016..
Lambat lagi kan..
Ada masa beberapa tahun lagi untuk plan dan usaha untuk dekorasi rumah ni..
Kan aku dah kata..
Kitaorang ni punya plan selalu memang selalu long term..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...