Tuesday, 5 November 2013

Home Sweet Home - Part 1..

Assalammualaikum..

Sebelum ni aku pernah cerita pasal nak beli rumah kan..
Cerita tahun lepas..
Mungkin ada yang pernah baca atau belum..
Kalau yang tak pernah baca dan berminat nak baca boleh la baca dekat SINI..

Memang aku fikir banyak kali nak buat post pasal ni..
Lama aku simpan post ni..haha..
Kadang-kadang aku rasa perlu jugak untuk share info pasal rumah ni dengan orang lain..
Sebab nya aku pun suka cari info dekat internet..
Senang dan cepat..
 Mungkin apa yang aku tulis ni boleh aku kongsi kan dan bermanfaat dekat orang lain jugak..

Lagi pun bukan rumah aku pun..
Nanti kata aku beria sangat pulak padahal buka rumah aku pun..
Tapi tak pe lah..
Fikir balik nak share ni pun untuk kongsi kan apa yang aku tau..
Mana tau ada orang yang cari info ni..
Jadi boleh la membantu insan-insan yang memerlukan..hihi..

Aku pun suka jugak baca blog orang lain..
Banyak jugak membantu..
Kalau blog perempuan ni kebanyakkan cerita pasal persiapan perkahwinan, lepas tu persediaan untuk baby, hal anak, hal deco rumah, resipe dan pasal shopping..
Banyak jugak info yang aku dapat dan membantu jugak la..

Proses untuk beli rumah ni dah melalui banyak fasa jugak la..
Untuk sesiapa yang dah beli rumah tu mungkin lebih berpengalaman dan dah melalui proses ni..
Sebab untuk umur kitaorang sekarang ni ramai je yang dah kawen. ada anak dan dah ada kediaman sendiri..
Kami ni kira agak ketinggalan la sebenarnya..haha..
Jujur knowledge kitaorang pasal rumah ni sangat sedikit ye..
Lebih lagi kalau nak di bandingkan dengan orang lain..

 Dan aku pun sebenarnya tak get involve untuk process ni 100%..
Ada part memang aku yang involve..
Ada tu en.bf je yang uruskan..
Ye lah aku duduk dekat Terengganu..
Die dekat KL..
Jadi aku akan share apa pengalaman aku..
Dan info dari en.bf..

Dan yang paling penting sekali rumah ni haruslah bukan rumah aku..
Rumah ni ialah rumah en.bf..
Fully memang hak die..
Aku pun memang ada sebab aku sendiri untuk semua ni..
Kalau rajin nanti aku akan share..
Belajar dari pengalaman..hehe..

Benda ni pun sangat spontan sebenarnya..
Mungkin memang dah rezeki dia..
Dan perjalanan nya sampai ke tahap ni nampak nya agak mudah berbanding sebelum ni..
Adalah jugak masalah sana sini..
Tapi Alhamdulillah setakat ni masih dapat di atasi..hehe..

Ni semua pendapat dan cara masing-masing..
Bukan masalah betul atau tidak..
Ikut kesusaian masing-masing la kan..
Situasi kita selalu tak sama..
Tapi kalau ada pendapat tu sangat la di alu-alu kan..
Perbincangan kan memang bagus untuk dapat keputusan yang lebih baik..

Apa yang akan aku share pun bersesuaian dengan kitaorang..
Ikut kemampuan dan kesesuaian kami..
Ramai je orang yang mampu usahakan lebih baik dari kami.. 
Sangat ramai..

Banyak benda yang sangat subjektif..
Definisi sesuatu perkara untuk setiap individu tu pun sangat berbeza kan..
Contoh nya definisi mahal, mewah dan lain-lain lagi..

Insyaallah aku akan share benda yang aku rasa perlu berperingkat-peringkat..:))
Ni intro je dulu..hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...