Tuesday, 26 November 2013

Hari-Hari yang Serabut..

Assalammualaikum..

Hari ni nampak semua macam serba tak kene je..huhu..
Tak fokus agak nya..
Kejap fikir ni kejap fikir tu..
Lepas tu banyak la kejadian yang tak di ingini terjadi..huhu..
Lepas tu sebab stress pun ye jugak kot..

Kelmarin(Isnin) aku ada call company yang aku apply untuk praktikal..
Dari minggu lepas aku call tak dapat..
Tak tau la die sibuk ke cuti ke..
Jadi hari Isnin la baru call balik..

Call dapat cakap dengan orang tu dan die kata HOD tak bagi response lagi..
Die mintak tempoh seminggu untuk dapat kan jawapan..
Lepas letak phone aku pun email die..
Tapi semalam orang tu reply email aku mintak beberapa document untuk process application aku..

1.       Full Resume
2.       Application letter  and latest CGPA
3.       Supporting document from the University/Academy on the internship
4.       Date of internship period
5.       Insurance coverage during the internship from the University/Academy

Jadi aku kene dapatkan item no 3 dan 5..
Aku pun print la email ni dan pegi kolej..
Untuk dapatkan document tu aku kene bagi resume aku dekat kolej dan complete kan resume..huhu..

Ok nak pegi amik template resume ada problem dengan PC ke apa entah..
Librarian tu email kan je dekat aku..
Just fill in je la..
Senang je..

Lepas tu pegi la amik buku aku dekat tempat CBL..
Hari tu ada drama sikit kan..
Nasib baik la orang tu ok je..
Die sign je..
Aku ada dua lagi module kene buat..huhu..

Selagi aku tak hantar resume dan complete kan CBL kolej tak kan buatkan surat untuk aku..huhuhu..
Padan muka..
Sapa suruh tak nak siapkan awal-awal..
Sekarang kan dah stress..hahaha..

Sebelum balik tu pun nak pegi check status aku untuk short course..
Bole pulak PC problem..
Kene pegi hari ni pulak..
Sabar je la..

Ok tu cerita pasal semalam..
Jadi bertekad la nak pegi siapkan CBL cepat-cepat supaya aku bole dapat document dari kolej tu cepat-cepat dan bole bagi dekat company tu cepat-cepat..
Kalau dah settle senang kan..
Tu pun belum tentu dapat lagi..
Kalau tak dapat nak kene cari tempat lain lagi pulak..huhuhu..

Cerita hari ni pulak..
Banyak jugak drama nya..
Sebab tak fokus agak nya..
Serabut je memikir macam-macam agaknya..huhu..

 Malam tadi pun tido lambat..
Tido pulak macam tak berapa lena je..
Kejap terjaga batuk..
Tekak aku ni gatal je..
Dah dekat seminggu kot..
Cuaca pun tak berapa menentu sekarang kan..

Pagi ni bangun-bangun je dapat SMS dari en.bf..
Aku berita kurang best katanya..
Aku terus call.
Aku dah dapat agak da apa benda nya..
Die mungkin tak dapat datang sini weekend ni kene pegi site..
Short notice kene outstation..
Kene pegi esok agaknya dalam seminggu lebih..
 Sentap jugak la mula-mula..
Lepas tu aku terus pegi mandi..
Tak pe lah pegi je lah..
Fikir positif..
Kalau pegi site dapat income lebih sikit..
Lagi sekarang banyak nak guna duit..
 Pasrah dan redha je la kan..hahaha..

Lepas tu semalam kakak yang jaga CBL tu suruh datang pukul 11pagi..
Aku sampai pukul 11.05 dah full untuk satu hari ni..huhuhu..
Baru ingat nak settle kan semuanya hari ni..
Settle kan semua document dengan kolej hari ni..
Dapat la submit document dekat company tu dalam minggu ni jugak..
Hampa..huhuhu..
Ok salah diri sendiri..
Sem lepas tak buat lansung pun..
Cakap je beria nak pegi..
Tapi tak pegi pun..

Lepas tu aku pegi library je lah nak siap kan assignment kene hantar Ahad ni sementara tunggu kelas pukul 12..
Buat pun kira asyik salah je..
Yelah kepala serabut je..hahaha..
Kalau pegi CBL esok pun penuh lagi macam mana..

Kelas pukul 12 habis awal..
Kelas setengah jam je..
Nak balik tu hujan renyai-renyai pulak..
Sebelum balik pegi kafe nak bungkus makanan..
Masa nak bayar sekali tengok wallet aku tak de..
Mampos tinggal atas kerusi dalam kelas..huhuhuhu..
Nampak tak berapa tak fokus nya aku..

Laju-laju la jalan pegi amik balik..
Sambil berdoa tak de la sape amik wallet aku tu..huhuhu..
Masa aku pegi kelas tu balik ada 3 orang budak lelaki dalam tu..
Tapi wallet aku elok je ada atas kerusi tu..
Cepat-cepat amik lepas keluar kelas aku check duit..
Alhamdulillah duit dengan card ada je..
Pegi la kafe balik bayar makanan..
 
Masa ni hujan renyai-renyai je..
Dah tu hujan panas..
On the way balik ada kawasan yang hujan ada tak..
Ni la keadaan yang senang menjejas kan kesihatan..

Masuk bilik nak refill air dalam botol..
Bole pulak melimpah habis laptop basah..hahahaha..
Lap dengan tisu lepas tu pasang la kipas kuat-kuat..
Kot ada air yang masuk dekat dalam..
Biar kering..

Apalah masalah aku hari ni..
 Sabar je dengan diri sendiri..huhu..
  
Harap sangat CBL siap esok..
Bole submit resume dengan CBL esok..
Kolej prepare kan document aku cepat-cepat..
Bole submit dekat company cepat-cepat..

Harap semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar..
Aku berharap jugak dapat dekat company ni..
Aku suka company ni..hehe..
Plus ni antara dua company yang respond agak baik dalam banyak-banyak yang aku hantar..
Cuma macam susah je nak dapat dekat company ni..
Ada rezeki ada lah kan.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...