Monday, 18 November 2013

Demam la Pulak..

Assalammualaikum..

Rasanya sekarang ni macam jarang sikit update kan..
Tapi aku selalu je online..
Sekarang ni rajin baca blog orang pasal deko rumah..
Maklumlah sebelum ni mana ada amik kisah pasal deko-deko ni kan..
Banyak benda kene belajar pasal deko rumah ni..
Masanya pun lambat lagi..
Jadi gunakan la masa yang ada ni sebaik-baik nya untuk belajar pasal benda ni..
Banyak benda kene belajar supaya tak silap buat keputusan nanti..
Cerita pasal rumah hari tu pun tak habis lagi sebenarnya..haha..
Tu kene citer slow-slow la..

Lepas tu aku ada jugak tanya kawan-kawan..
Dan kalau ada masa nanti bole la usha-usha dekat kedai..
Lepas usha kene tanya orang lagi..haha..
 Orang kalau duit tak banyak memang macam ni..
Kalau banyak wang selamba je kan..

Lagi satu aku kan baru pindah..
Setakat ni duduk rumah ni ok je..
Rumah ok..
Housemate pun ok jugak..
Cuma satu je yang tak ok nye..
Jauh dari kolej..
Nak pegi kelas la ada masalah sikit..
Lagi sekarang dekat Pantai Timur ni musim hujan..huhu..
 Sabar je lah kan..

Aku ni dah la pegi kelas naik motor sekarang..
 Karang kalau redah je tak pasal basah..
Lagi satu bukan setakat aku je yang basah..
Kalau dengan buku-buku sekali basah macam mano..huhu..
Musim hujan ni pun bahaya jugak naik motor..
Jalan licin..

Insyaallah dah ada solution untuk masalah ni..
Cuma kene bersabar sikit sekarang ni..
Tapi sangat rugi rasanya bila tak dapat pegi kelas..huhuhu..

Setakat ni pun pernah masa balik petang semalam aku kene hujan..
Tu pun dah nak sampai rumah masa tu.
Kene rintik-rintik sikit je..

Pagi ni pulak hujan lebat..
Sampai tempias..
Terjaga aku dari tidur..

Tengah hari ni nak pegi kelas..
Masa nak siap-siap tu tengok makin gelap je..
Nak keluar sekali hujan dah turun..
Lebat pulak tu..huhu..
Masa musim tengkujuh ni tahun lepas pun mencabar ok..huhu..
Harap tahun ni dapat mengharungi masa-masa ni dengan jaya nya..hehe..
Kalau bole tak nak skip kelas..huhu..

Walaupun tak kene hujan sangat..
Tapi dah dua tiga hari ni macam nak start demam dah..huhu..
Semalam tekak gatal je..
Tapi tidur malam semalam beberapa kali jugak la terjaga..
Tekak punya la gatal dan rasa panas je pagi tadi..

Teringat tahun lepas demam jugak masa musim hujan ni..
Siap demam panas lagi..
Tapi gagah jugak pegi jalan-jalan..huhu..

Bila tak sihat ni memang susah nak tido la kan..
Masa tu la paling terasa sangat sakitnya..
Kalau waktu biasa ni rilek jugak la..
Tu ada yang pegi klinik mintak ubat selsema dan batuk paling kuat..
Supaya boleh tidur dengan aman..huhu..

Tak pe la doa yang baik-baik je lah..
Semoga Tuhan permudahkan semua urusan..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...