Wednesday, 27 November 2013

Complete CBL..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah CBL dah complete..:)
Jadi hari ni dah selesai satu perkara..
Of course la sangat gembira..:)

Pagi tadi bangun pukul 6 lebih..
Sebab punya lah kuat kan semangat nak siapkan CBL dalam minggu ni jugak..
Nak dapat kan supporting document dari kolej dan submit dekat company tu dalam minggu ni jugak..
Janji dengan budak ni nak pegi pukul 7..

Dah start motor pagi tadi budak kelas aku call kata tak payah pegi sebab dah ramai..
Sabar je lah dengar..
Luntur sikit semangat..huhu..
Tapi aku kata tak pelah..
Pegi jelah..
Mana tau ada rezeki aku pulak..
Tak cuba tak tau kan..
Sekurang nya dah cuba tapi tak dapat tu memang bukan rezeki aku la kan..
Walaupun semangat tu macam lemah je dah..

Sampai kolej sebelum pukul 0730 lagi..
Lab tu bukak pukul 0800..
0830 baru start..
Masa ni aku tengok dalam 5 6 orang dah tunggu..
Siap bersila atas lantai lagi..
Punya la semangat masing-masing kan..

Makin lama makin ramai..huhu..
Dah la ramai lelaki..
Macam mana la nak berebut nak masuk dan daftar ni..
Aku nervous sangat masa ni..huhu..
Dah la hari ni last day..
Ada dua lagi nak kene buat..
 Kalau dapa buat pun tapi tak dapat siapkan..
Kene hadapi competition yang macam ni hari-hari..
Risau sangat ye..
Aku pun tak pernah berjaya buat 2 module dalam satu hari lagi..

Lepas tu bole pulak orang yang jaga CBL tu MC hari ni..huhu..
Jadi librarian yang ganti..
Dari 4 sessi satu hari, hari ni cuma ada dua sessi sahaja..
Satu sessi 12 orang je bole buat..
Jadi hari ni 24 orang je bole buat..huhu..
Persaingan makin sengit..huhu..

Librarian tu nak bukak pintu pun masing-masing beasak-asak dekat pintu..
Semua nak buat kan..
Macam ni sekali orang berebut nak buat..
Dah la aku pegi beberapa kali kecewa tak dapat buat sebab dah penuh..

Tapi bole pulak aku orang pertama yang dapat register..
Alhamdulillah rezeki sangat..
Tapi berdebar lagi sebab nak buat dua satu hari ni..
First time nak buat dua dan lulus kedua-duanya..

Aku pernah je buat lebih dari 1..
Tapi ada fail la..
Ada tu sempat siap satu je..
Satu lagi nak baca pun tak sempat habis..

Alhamdulillah dua-dua lulus dalam masa satu jam setengah tu..
Sempat la buat dua-dua cukup-cukup je masa..
Tu pun sekali jawab terus lulus..

Ni la 5 module yang aku buat..
Ada je rasa nak buat lagi..
Tapi kesian dekat orang lain yang perlu buat pulak..
Aku pernah rasa macam mana susah nya nak dapat peluan nak buat..
Tengok budak sem bawah buat pun rasa nak marah je..
Bagi la peluang dekat akak dah nak pegi praktikal ni dik..hahaha..
Lagi kalau yang dah siap 5 tapi nak jugak buat tu..

Sebab aku rasa banyak je belajar benda baru bila buat benda ni..
Benda yang aku tak belajar dekat kelas..
Nampak tak pernah buat Personal Safety tapi score tak cukup nak lulus..
Score untuk lulus ialah 75%..
Lepas dah siap Personal Safety hari tu nak buat Mooring tak cukup masa pulak..

Mooring ni pun benda technical..
Masa baca nota kene fokus lebih sikit la..
Tu lama sikit..
Tadi mula-mula aku buat Assessor Training dulu..
Lepas tu baru buat Mooring..
Kalau buat Mooring banyak makan masa..
Tapi Alhamdulillah dapat 100..
Dua-dua sekali buat je dah lulus..

Rigging and Slinging tu aku buat lama dah..
Tapi fail..
Lepas tu macam susah je..
Beria cari note dekat internet tapi baca sikit je dah bosan..hahaha..
 Cuba la buat Mooring..
Score pun ok..
Macam ada jodoh je dengan company Mooring ni kan..hehehe..
Aku pun pernah je buat Stability 1..
Tapi fail jugak..

Ni dah complete Alhamdulillah la..
Lepas dah siap aku pun pegi library nak send resume..
Aku ada tinggalkan dekat draft hari tu..
Tapi bole pulak tak attach resume aku..

Tak pelah..
Pegi je la tunjuk CBL aku yang dah siap..
Balik rumah send resume..
Lepas tu petang ni pukul 5 aku bole la aku collect supporting document untuk company tu..

Sekarang ni cuaca dah tak menentu balik..
Tadi hujan lebat betul..
Nampak reda sikit cepat-cepat balik rumah walaupun hujan renyai-renyai lagi..

Harap semua document dah selesai hari ni..
Bole la submit dekat company tu..
Kalau ada rezeki aku dekat company tu Insyaallah dapat la..
Sekurang-kurang nya aku dah usaha..
Lepas tu aku doa dan tawakal je lah..
Berbanding kalau aku dah give up awal-awal..

Macam pagi tadi..
Kalau awal-awal dah give up..
Sambung tido..
Bila entah siapnya..
Memang selalu kene kuatkan hati..huhu..
Sama la macam naik motor..
Walaupun musim hujan ni..

Sepanjang aku ada dekat sini memang banyak yang aku belajar..
Bekajar pasal hidup ni..
Pasal orang sekeliling aku..

Kalau tak dapat dekat company ni pun sekurang-kurang nya aku ada dalam 3 bulan lagi nak usaha untuk cari tempat lain..
Semoga semua dipermudahkan..
Dia lagi tau apa yang terbaik untuk aku..
Amin..:)

Update..

Pukul 4 lebih tadi laju-laju pegi kolej..
Collect document..
Makan siap-siap dengan budak-budak ni dekat cafe..
Lepas tu balik scan semua document..
Dan semua document dah di submit..
Alhamdulillah..
Tunggu la status application tu..
Semoga semua dipermudahkan..AMIN..:))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...