Sunday, 27 October 2013

Welcome Back to Terengganu..

Assalammualaikum..

Petang semalam selamat sampai ke Terengganu..
Patutnya nak balik hari Sabtu..
Tak daftar subjek lagi kan..
Tapi tiket untuk hari Sabtu pagi dah habis..
Aku pernah sekali je naik bas malam balik sini..
Tu pun turun dekat Kuantan lepas tu balik dengan budak course aku..
Kalau siang aku turun dekat tempat aku duduk ni je..
Lepas tu jalan kaki..
Lagi senang..
Tak payah susah kan orang nak mintak jemput ke apa..

Tapi semalam bole pulak orang tu tak nak berenti dekat tempat aku duduk ni..
Driver pun aku tak berapa biasa..
Lagi satu masa dekat Kuantan ada orang nak berenti tepi jalan pun die tak nak berenti..
Sekarang ni kalau berenti tepi jalan boleh kene saman katanya..
Kalau macam kawasan kampung die tak kisah sikit..
Tapi kalau dekat kawasan bandar la yang tak boleh nye..

Aku pun pasrah je la..
Tapi depan ni ada traffik light..
Bole pulak die bagi aku turun dekat traffik light..
Aku pun turun la cepat-cepat bila tengok tak de motor..
Banding kalau kene berenti jauh..
Kene bayar duit teksi lagi..
Dekat sini teksi dah la mahal..huhu..

Balik bilik tengok macam agak banyak yang nak kene kemas..
Toilet pun macam kotor je..
Sabar je la..huhu..
Terus rasa macam patut keluar je..
Pasal nak pindah ni memang jadi satu isu dari sem sebelum ni lagi..
Aku pun SMS la budak yang ada ajak aku duduk sekali..
Sebab plan nak masuk rumah die sem ni..
Sekali die reply yang die pun tengah duduk dekat bilik sewa sekarang..
Atau mungkin duduk dekat rumah adik die..
Sebab adik die ada dekat Kerteh dan die memang selalu pegi rumah adik die..
Boleh kata setiap hari..
Sebab rumah dieorang masuk perompak lagi..huhu..
Sebelum ni masa sem lepas rumah dieorang dah pernah masuk perompak..
Tak silap henfon hilang..
Ada aku dengar barang kemas pun hilang..huhu..
Jadi dieorang decide tak nak duduk rumah tu lagi..
Masalah betul kan..
Bahaya bahaya..

Balik semalam aku cuci la tandas..
Lepas tu pegi buang sampah segala..
Dah kemas kan tempat ni terus la buang sampah..
Ni tidak..
Biar je sampah tu..
Sabar je la..
Turun pegi beli makanan malam tadi ingatkan nak pegi hantar pakaian dekat dobi sekali..
Tapi dobi tutup pulak..

Malam tadi pun tido awal..
Dan bangun awal la pagi ni..
Dah plan nak pegi daftar subjek dengan budak course aku pagi ni..
Lepas tu nak mintak no fon management untak kawasan rumah dieorang..
Mana tau ada rumah kosong..hehe..
Plan nak pegi pukul 10..
Tapi die tunggu nak pinjam motor budak rumah die punya la lama..
Aku pegi sendiri je la dulu..
Sebab petang ni aku tak de kelas..

Kene tiaw jugak la tadi sebab daftar lambat..hehe..
Memang salah sendiri..
Redha je lah kan..hahaha..
Alhamdulillah subjek yang aku nak daftar untuk sem ni boleh di daftarkan..
Ada 6 subjek semuanya sem ni..
Lepas dah daftar 6 subjek ni dah habis la daftar semua subjek aku untuk course ni..huhu..
Kiranya sem ni sem last la aku dekat sini..
Lebih kurang 4 bulan lagi je lah aku dekat sini..
Lepas ni aku boleh la pegi praktikal..
Syukur sangat..
Lepas harung macam-macam aku dah ada dalam sem akhir..huhu..

Macam biasa berazam nak dapat kan keputusan cemerlang lagi untuk sem ni..
Nak dapat 4.0 lagi..
Dan sem ni nak dapat siapkan CBL dengan sebaik-baik nya..

1st time jugak akan join kelas lain..
Aku akan join kelas Entrepreneurship dengan budak Integrated Management System batch aku..
Lepas tu Public Speaking dengan budak Safety batch bawah aku..
Dengan junior la kiranya..
Pengalaman baru ni untuk memang join budak kelas lain..
Dan join kelas junior..
Selalunya join budak course aku je..
Lepas tu dengan batch yang lagi atas dari aku..
Tunggu dan lihat je la apa yang jadi nanti..hehe..
Lecturer pun ada tadi jadu deputy aku terus inform je dekat dieorang..
Senang tak payah aku nak carik-carik dieorang bagai nak tanya semua..

Subjek lain sem ni..

- Technical Mechanics 2
- Subsea Pipelines
- Surface Production Operation
- Offshore Design Assignment

Macam biasa untuk subjek engineering haruslah aku sangat teruja nak blaja..hehe..
Setakat ni aku belum ada masuk kelas lagi..
Tak daftar lagi aku malas la pulak nak masuk lagi..

Semoga sem ni semuanya baik-baik je..
Isu rumah pun cepat selesai..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...