Saturday, 12 October 2013

Selamat sampai - Raya Haji 2013..

Assalammualaikum..

Pagi ni adik-adik aku dari Perlis dan Johor dah selamat sampai rumah dekat kampung..
Semalam ayah amik Hakim dekat Terminal bas Seremban..
Lepas tu tido dekat rumah Seremban dulu..
Wafi pulak naik bas malam tadi sampai Seremban pagi ni dan terus balik kampung..

Nak balik raya ni pun ada drama sikit adik aku yang last tu..
Die baru lepas PMR..
Bila dah habis paper cikgu-cikgu die bawak la pegi jalan-jalan..
Hari Rabu die pegi Politeknik..
Hari Khamis dieorang pegi Zoo pulak..
Masa pegi zoo ni lah boleh pulak la dompet die tercicir..
Tak perasan tetiba tengok dah hilang..

Lepas tu die pun call la mak..
Ye lah hari Jumaat dah nak balik..
Tiket keretapi, duit, IC semua dalam tu..
Yang paling penting haruslah IC dan tiket balik..
Dah lah nak cuti lama..
Semua orang balik..
Tak kan la tetiba tak balik kan..

Semalam ayah dah balik, ayah call la cikgu die ke warden die bagi tau pasal tu..
Ayah pun petang tu dah keluar nak pegi beli barang..
Cikgu adik aku tu pun baru nak bawak die pegi beli tiket..
Kalau tak de kene la ayah pegi amik die dekat Johor..
Nak pulak ayah dengan mak biar die tak balik..hahaha..
Tapi die dapat beli tiket dari Johor petang semalam..
Sampai malam tadi..
Pagi tadi dua-dua dah sampai kampung..
Boleh pulak die tak report lagi pasal dompet die hilang tu..

Ni dua-dua keluar dengan ayah..
Pegi makan ikan bakar dekat Umbai..

Semalam pun mak dah beli nestum dan shampoo untuk aku..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...