Tuesday, 8 October 2013

Pisang dan Limau..

Assalammualaikum..

Dah balik rumah cuti ni memang banyak masa untuk buat benda-benda sampingan..
Ni lah salah satu perkara yang menarik kalau duduk rumah..
Banyak masa untuk diri sendiri..

Bila ada kawan aku yang pernah keje amik keputusan untuk berhenti keje untuk jadi surirumah..
Berenti untuk jaga suami dan jaga anak..
Lepas tu bagitau orang mengata cakap macam-macam..
Aku nasihatkan bersabar je lah..
Sama ada bekerja atau jadi surirumah memang ada pro dan kontra nya..
Dua-dua pilihan ada kelebihan dan masing-masing..
Bergantung kepada situasi masing-masing..

Macam aku ni family aku kebanyakkan nya memang duduk rumah je..
Tapi Alhamdulillah la cukup belanja..

Ok sambung balik cerita yang berkaitan tajuk..
Kalau aku duduk rumah..
Lagi keliling rumah ni banyak jugak tanam-tanaman..
Aku suka la memanfaatkan apa yang ada sekitar aku..

Balik ni yang best nye ada setandan pisang dekat dapur..
Tebang tak berapa masak kot..
Jadi ada sikit-sikit yang dah masak..
Aku boleh lah sarapan pisang setiap pagi..
Macam semua tau pisang ni agak baik untuk proses perkhumuhan kita..
Boleh melancarkan lagi proses..
Perut pun rasa selesa je..

Lagi satu aku suka guna limau yang ada dekat tepi rumah ni..
Pokok limau ni pun rajin pulak berbuah..
Aku suka ambil buah ni untuk bersihkan badan..


Salah satu nya aku suka guna limau ni masa nak mandi..
Elok untuk bersihkan badan dan elakkan bau badan..
Memang rasa bersih dan tak de bau badan..
Tak pakai deodorant pu tak de masalah..hehe..

Lagi satu aku suka guna limau ni letak dekat kulit kepala..
Macam petang tadi..
Amik limau dalam gambar dekat atas ni lepas tu mak letakkan dekat kulit kepala..
Kulit kepala aku pun jenis berminyak kan..
Jadi bila letak kulit kepala ni rasa lagi bersih..

Sesiapa yang ada masalah bau badan..
Terutamanya pada bahagian ketiak..
Bersihkan la bahagian tersebut guna limau..
Kalau yang masalah agak kritikal tu guna la kerap sikit..
Sangat berkesan aku rasa..

Kalau dekat Terengganu pun aku suka jugak mintak limau dekat kedai bawah tu..
Guna untuk bersihkan badan..

# Siang tadi aku pegi bank dan KWSP..Antara perkara yang aku perlu buat waktu cuti ini..harap semua baik-baik je..Insyaallah kalau dah selesai nanti aku akan share..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...