Monday, 14 October 2013

Malam Raya Haji 2013..

Assalammualaikum..

Malam ni malam raya Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha untuk tahun ni..
Macam biasa..
Tak de yang menarik sangat pun..
Yang best nya menu yang agak special..
Wan dengan mak masak rendang ayam, kuah kacang dan nasi impit..
Lagi satu yang best nye sebab ramai yang ada dekat rumah berbanding hari biasa..
Zack mula-mula bagi tau semalam nak balik..
Tapi tak jadi la pulak..

Hari ni bangun awal jugak.
Aku tak de lah tolong masak sangat..
Sebab barang-barang untuk masak dah prepare dari semalam lagi..
Hari ni ada agenda dengan en.bf..

Die keje hari Sabtu dan Ahad..
Malam semalam baru gerak balik..
Pagi baru sampai kampung..
Tadi pun die bangun lambat..
Punya la payah nak bangun..
Hari ni ada hal nak jumpa orang..
Dah la esok die nak balik KL..
Hari ni die nak kene submit document dan uruskan beberapa hal..
Tu yang kene keluar tu..
Aku suka orang yang entertain kitaorang tu..
Umur pun macam tak berapa jauh beza je..
Tu yang lagi senang kot..

Semalam masa en.bf SMS inform nak datang die tak reply pun..
Tapi call pagi tadi nasib baik orang tu ada..
Sampai dalam pukul 1430 tadi orang tu keluar pulak..
Tapi kitaorang susun document dulu..
Tak lama lepas tu die sampai..
Sampai pukul 4 lebih kitaorang duduk dekat situ..
Die pun rajin je melayan kitaorang..

Harap semua baik-baik je..

Lepas tu en.bf sakit perut la pulak..
Dari jumpa orang tu lagi die dah sakit perut..
Tak makan lagi rupenya..
Orang dekat rumah die puasa..
Last makan pun pagi tadi..
Makan die memang tak teratur..
Dah tu bawak la die makan..
Sakit-sakit pun nak jugak drive kereta..
Tapi last-last bagi jugak aku drive..haha..

Dari malam semalam adik aku yang last tu nak makan dekat luar sampai la petang tadi..
Memang banyak kedai makan yang tak bukak..
Tadi pun punya la fikir nak makan dekat makan..
Jumpa satu kedai..
Dah la servis kurang ok..
Nak amik order bukan main lambat..
Mula-mula sampai pun tak amik order pun..
Dah panggil pun bukan main lambat lagi..
Kesian orang sakit..hehe..

Rasa makanan pun agak kurang memberansangkan..huhu..
Air je sedap en.bf cakap..haha..

Sampai rumah P.Long dah sampai..
Die puasa hari ni..
Sambil tu bersembang beria la..
Sementara P.Long nak buka..
Dah lama jugak tak jumpa kan..
Adik cerita pasal kehidupan belajar die..
P.Long cerita pasal berulang alik dari Senawang ke Putrajaya die..
Dah tukar tempat keje..
Dapat transfer dari Sarawak ke Putrajaya dah..
Cerita pasal Syiah la..
Tu la yang seronok nya kalau ramai-ramai ni..
Best bersembang dan catch up cerita terbaru..hehe..

Malam lepas Isyak tadi bartakbir raya ramai-ramai dekat rumah..
Tu pun antara moment yang paling best menjelang raya..
Tak kisah la raya Aidilfitri ke AidilAdha..:)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...