Friday, 11 October 2013

Ice a.k.a Air Batu..

Assalammualaikum..

Hari ni aku nak cerita pasal ice atau air batu..
Rasanya semua tau dan kenal apa itu ice atau air batu ni..




Rasa nya aku pernah bagi tau yang aku memang tak minum ais..
Dah lama dah..
Sejak lepas sekolah tak silap..
Tapi ada je kadang-kadang keadaan yang tak dapat di elak kan..
Contoh nya kalau pegi jalan-jalan rumah orang..
Tuan rumah memang dah buat air yang ada ice..
Biasa nya aku akan transfer ice tu semua dekat orang yang minum ice..
Tak pun masa tuang tu memang aku cuba seboleh mungkin tuang air sahaja..
Tapi kalau pegi makan dekat kedai kalau die salah buat air yang aku order..
Mintak tak nak ice pegi letak ice jugak..
Memang aku suruh die buat balik..

Tapi kalau ais krim aku suka je makan..
Aku pun suka je makan cendol dan ABC..
Tapi jarang-jarang la..
Lagi pun ni pada pendapat aku la..
Bila makan ais krim ke benda tu akan cari dalam mulut dan tak de lah terus masuk dalam badan aku sejuk-sejuk tu..
Jadi bole terima jugak lagi la..
Kalau tak aku memang mampu minum air yang ada ice ni sesedut dua je..

Walaupun aku tak minum ice..
Tapi ice ni tetap la banyak khasiat die..
Kebetulan google kuar info pasal ni dekat cari..

Fakta Khasiat Air Batu atau Air Sejuk

1. Membiasakan diri mengunyah air batu akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
2. Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

3. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
4. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
5. Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
6. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
7. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
8. Benarkan anak anda mengunyah air batu kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
9. Air batu amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
10. Air sejuk atau air batu kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.
11. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
12. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
13. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
14. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
15. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
16. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
17. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
18. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
19. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.
20. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
21. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
22. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
23. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
24. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
25. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
26. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
27. Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
28. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.

Sangat banyak khasiat die kan..
Terpulang la kalau nak amal kan atau guna pada waktu yang sesuai..

Bila cuti ni..
Aku pun ada satu tips atau petua yang aku nak share..
Aku dah biasa jugak dengar pasal tips ni..
Tapi kalau dekat Terengganu tak dapat la nak amalkan..
Sebab dekat sana bilik aku tu tak de peti sejuk..
Jadi susah sikit la..

Masa pegi wedding Ikin hari tu pun aku ada borak dengan kakak yang make up kan die..
Aku saje la pasal muka..
Sebab muka aku kan banyak parut, oily lagi..
Dan die pun highlight kan pasal tips ni..

Tips atau petua untuk kulit muka..
Pagi-pagi sekarang ni aku tak basuh pun muke dengan pencuci..
Basuh malam sebelum tido je..
Sekarang ni pagi-pagi aku cuma basuh muka dengan air..
Lepas tu lap dan ambil ais lepas tu letak la dekat seluruh muka..
Biasa nya aku guna seketul ais je sampai habis dan golekkan atas muka dekat semua bahagian muka..

Dan ada jugak yang aku baca ada yang ambil air mineral lepas tu letak dalam bekas dan campur dengan ais..
Lepas tu basuh muka guna air tu..
Yang penting guna air yang sangat sejuk kan..

Petua ni bagus untuk awet muda..
Kecil kan pori-pori dekat muka..

Setakat ni aku rasa ok je..
Walaupun tak basuh muka pakai pencuci muka kulit aku masih lagi ok..
Tak de lah naik jerawat ke apa..
Walaupun masa period ke..
Nampak agak stabil..

Lagi kalau yang memang duduk rumah..
Rasanya kebanyakkan rumah memang ada peti sejuk kan..
Petua ni sangat mudah nak di amalkan..
Cuma guna ice yang ada dalam peti sejuk kita untuk basuh muka..
Atau amik ice tu letak kan dekat seluruh muka..
Tak perlu keluarkan modal pun untuk beli pape produk yang mahal..
Sangat mudah kan..
Sangat berbaloi di amalkan kan..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...