Thursday, 3 October 2013

End of Sem 4..

Assalammualaikum..

Petang tadi paper last untuk final sem ni..
Paper Oceanography..
Untuk semua paper sem ni aku pun tak tau la nak komen macam mana..
Harapan tu tak de lah tinggi sangat..
Mampu harap yang baik-baik je la bila dah tahap ni..huhu..

Untuk paper last tadi pun punya la malas giler nak study..
Tapi nasib baik jugak la dah study sikit awal-awal..
Semalam pegi makan maggi ketan dengan budak-budak ni bole pulak dah habis makan nak balik hujan punya lah lebat..
Dengan angin kuat nya..
Kene lah tunggu hujan reda..
Balik tu pun pening macam pening kepala je..
Sebab kene hujan kot..
Nasib baik bangun tu ok je..

Semalam mak ada call..
Ayah nak pegi Perlis hantar motor dekat Wafi..
Tak tau la lagi macam mana..
Rasa macam malas nak pagi mana-mana pun ada..
Lagi awal-awal cuti ni..
Rasa nak melepak dekat rumah je makan tido..hehe..

Tapi tak sabar jugak yang lain baik..
Ada ramai-ramai dekat rumah best sikit..hehe..

Esok aku akan balik kampung..
Naik bas tengah hari..
Sampai petang balik kampung sekali dengan en.bf..

Dah habis exam ni rasa lega sikit..
Tapi tak de lah rasa lega sangat..
Sebab report untuk CAD yang guna SAP 2000 tu tak hantar lagi..

Plan nya nak buat dengan budak-budak ni malam ni..
Tapi dieorang ada BBQ pulak malam ni..
Aku tak kisah pun nak cancel plan untuk buat report tu..
Sebab due date pun 7hb ni..
Kalau buat sorang pun ok je..
Tapi dieorang nak buat sama-sama jugak..
Jadi plan untuk buat BBQ tu delay la..
Entah pukul berapa la nak start buat report nya..
Entah pukul brapa la siap report nya..
Kalau dah siap sebelum balik ni memang elok sangat..
Aku pun memang nak siapkan dan hantar secepat yang bole..
Nanti tak payah nak risau-risau lagi..
Memang malas nak tangguh-tangguh..

Balik dari exam paper last tadi sempat singgah kedai jual karipap..hehe..
Mak cik tu siap boleh agak lagi aku akan singgah beli..hahaha..
Tapi memang nasib baik ada lagi yang belum goreng..
Walaupun dah siap kemas..
Dah basuh dan lap-lap peralatan die..
Sanggup lagi tu goreng kan untuk aku..hihi..
Aku siap bagi tau lagi esok dah nak balik..
Cuti sampai hujung bulan..


Mula-mula nak 4 biji (RM 2.00)..
Tapi bila fikirkan karipap yang sedap..
Terus tukar..
Nak 6 biji (RM 3.00)..hehe..

Balik tu makan karipap panas la sambil online carik bahan untuk buat report..
Punya la sedap..hehe..
Kalau ikutkan nak order ada satu kueh lagi ni sekali dengan karipap..
Semalam karipap habis dapat beli kueh tu je..


Pun sodap kueh ni..
Ada kulit die..
Inti die inti karipap jugak..
Pun semalam masa datang mak cik tu masak kan panas-panas untuk aku..

Ingatkan hari ni nak beli ni sekali dengan karipap..
Tapi ni dah habis..
Tinggal karipap je..
Tak pelah..

Lepas siap carik bahan tadi aku tido jap..
Lepas tu Des call ajak lepak sekali..
Dah lama tak lepak dengan die..
Turun la bawah jap lepak dengan geng Sarawak..
All of them are Iban..

Ni tengah tunggu nak buat report CAD nye..
Plan nak tengok Hangover 3 pun tak menjadi..
Yang sebenarnya hati tu tak sabar sangat nak balik dah..hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...