Friday, 18 October 2013

Akitiviti Petang..

Assalammualaikum..

Hari ni P.Long datang rumah..
Yelah atok pun ada dekat rumah..
Esok pun P.Long nak keje dekat luar sampai minggu depan..
Sempat la datang jumpa atok..

Jadi aktiviti hari ni adalah makan-makan sambil sembang-sembang bersama keluarga..
Dari makan tengah hari sampai la ke minum petang..
Dari satu cerita ke satu cerita..
Biasa la bila dah ramai-ramai kan..

Petang pulak bila P.Long dah nak balik Wafi potong pokok..
Atau lebih tepat lagi trim pokok..
Memang best duduk rumah ada halaman kan..
Kalau dah ada rumah nanti tak dapat tanam banyak-banyak dapat tanam sikit-sikit pun ok la..huhu..



Lepas solat Maghrib jemaah ramai-ramai tadi..
Nampak ada pulak ni..
Wafi amik petang tadi agaknya..

Nikmatnya..hehe..


1 periuk air kelapa..
Pakej dengan isi yang sedap lagi..

Malam ni pulak aktiviti menonton bola beramai-ramai..hehe..
Best kumpul ramai-ramai kan..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...