Sunday, 1 September 2013

Welcome September 2013..

Assalammualaikum..

Sekarang ni dah bulan September untuk tahun 2013..
Aku masih lagi dekat sini struggle dengan hidup aku..
Ogos aku tinggalkan biasa-biasa je rasanya..
Pegi kelas macam biasa dan lepas tu lepak dekat bilik je..
Cuma yang seronoknya cuti raya yang lama hari tu je la..
Tak seronok nya bila lepas cuti berat badan meningkat..hehe..

Untuk bulan September ni pulak semestinya banyak agenda menarik dah menunggu..
Hujung bulan ni aku akan final exam..
Bulan ni jugak baru nak start kelas CAD..
Baru nak mula belajar SAP..
Teruja nak belajar sebenarnya..
Kadang-kadang aku suka jugak kehidupan yang sibuk..
Aku memang target nak dapat 4.0 lagi sem ni..

Aku masih tengah usaha cari tempat untuk praktikal..
Masih tengah tunggu response dari company..
Masih berharap..
Walaupun kadang-kadang rasa tinggi sangat untuk aku capai semua tu..
Tak pe lah aku usaha je la cuba dulu..
Dapat atau tak tu aku tawakal je..
Sekurang-kurangnya aku dah cuba..
Walaupun kadang-kadang malas nak berharap sangat..

Insyaallah bulan ni pun aku akan experience sesuatu yang baru..
Kalau dah settle nanti Insyaallah aku share..

Bulan ni jugak Birthday en.bf..
Dah lama dah tak beli hadiah ke apa kalau birthday..
Tak kisah la sama ada birthday aku atau birthday die..
Cuma aku bole bagi hadiah keputusan yang cemerlang je lah dekat die..
Insyallah dengan keputusan tu mungkin aku akan dapat praktikal dekat tempat yang baik..
Seterusnya dapat keje yang baik dan gaji yang baik..
Tu je yang aku mampu usahakan sekarang ni..:)

Tadi sempat call adik aku yang perempuan bawah aku..
Dieorang dekat Kedah lagi..
Semalam gerak pegi sana tido homestay..
Hari ni adik aku yang 2nd last tu daftar dekat Perlis..
Insyaallah aku akan cuba bantu die semampu aku..
Semoga laluan karier die lebih mudah..
Mungkin boleh belajar dari kesilapan-kesilapan dan pengalaman yang aku dah lalui..

Semoga Tuhan sentiasa permudahkan perjalanan aku..
Beri petunjuk apa yang baik untuk aku dalam membuat keputusan..
Sesungguhnya Die Maha Mengetahui..
Aku ni manusia lemah yang terlalu banyak keterbatasan..
Semoga aku terus tabah menjalani hidup ini..
Dan memperoleh kejayaan yang cemerlang..

Memang selalu kene motivasi diri sendiri..
Kalau bukan aku sendiri nak kuat hadapi semua ni siapa lagi kan..
Disamping tu diharap aku sentiasa istiqamah beribadat kepadaNya..
Selalu je lalai dan lupa..huhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...