Thursday, 5 September 2013

Tak de Rezeki..

Assalammualaikum..

Malam semalam kuar pegi buat kunci dengan budak kelas aku..
Kisahnya hari sebelum tu sebelum kelas CAD balik bilik jap nak nak amik barang..
Cari kunci dalam beg tak de..
Dalam poket tak de..
Dah keluarkan semua barang dalam beg pun tak de..huhu..

Habis la..
Kunci tinggal dalam bilik ke tercicir..
Tapi masa tu dah call owner bilik tanya kunci spare..
Die pulak ada jauh tapi on the way balik..
Lagi sejam baru die sampai..

Aku siap turun balik sampai hujung kedai..
Kot-kot la kunci tercicir..
Sebab aku selalu letak je kunci dalam beg..
Dalam tu ada payung, buku semua..
Kadang-kadang die tersangkut dekat payung..
Bila bukak payung tu terjatuh la..
Tapi tak de pulak dengar terjatuh ke..
Nak patah balik pegi kelas kalau-kalau tercicir masa aku keluarkan barang ke malas pulak..
Dah la panas..
Nak ulang alik lagi..

Lepas tu teringat yang ada kunci deka budak kelas aku..
Saje bagi dieorang simpankan satu..
Tapi masa kereta die masuk bengkel kunci tu hilang..huhu..

Tunggu je la owner tu balik..
Siap sempat sapu depan ni segala sementara tunggu owner balik..haha..
Dan dah bagi tau lecturer aku lambat masuk kelas..
Dapat kunci spare nasib baik la ada tertinggal atas meja..huhu..
Kalau hilang lagi susah..

Jadi malam semalam la pegi buat kunci..
Sekejap giler orang tu buat kan..
Kene charge RM 2.50..
Balik tu kitaorang lepak-lepak la makan sambil sembang-sembang..
Banyk jugak la makan semalam..hehe..
Maklumlah seronok makan ramai-ramai..
 
Jadi plan hari ni nak puasa..
Tapi tak de rezeki la nampaknya..
Balik dari kelas tadi tengok tak bole puasa..:(
Makan la nestum dan biskut Jacob Hi-Cal..hehe..

Selamat berhujung minggu..
Minggu depan ada banyak test..
Weekend ni memang kene study la..
Dah la ada beberapa subjek performance aku agak menurun rasanya..huhu..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...