Tuesday, 10 September 2013

Six Degree of Freedom..

Assalammualaikum..

Asyik post benda yang beremosi je sekarang ni kan..hehe..
Memang emosi kurang menentu sikit sekarang ni..
 Tapi post ni tak payah la citer benda-benda emosi ni..
Aku nak share benda yang berfaedah sikit..

Ceritanya minggu ni aku ada tiga test..
Satu take home test..
So tak perlu risau sangat pasal markah..
Dah sah-sah akan refer buku untuk jawap soalan..
Lepas tu tadi pun aku ada satu test lagi..
Test Hydrodynamics(HYD)..

Aku rasa makin lama aku memang lebih berminat dengan floating structure berbanding fixed structure..
Tapi kedua-dua benda ni pada aku memang sangat menarik..
Masing-masing ada cabaran yang tersendiri..
Kalau ada rezeki untuk experience benda ni memang satu peluang yang sangat berharga pada aku..

Sem sebelum ni aku ada belajar Subjek Floating Structure Technology (FST)..
Tapi lebih kepada kapal..
Jadi aku beranggapan kebanyakkan yang aku belajar tu menjurus kepada budak marine..
Tapi rupenya tidak..
Bila aku belajar HYD ni benda-benda yang aku belajar dulu tu banyak juga diaplikasikan..
Padahal memang dah tau yang floating structure ada beberapa jenis..
Tapi asyik ingat kapal je masa belajar dulu..
Aku perform je untuk paper tu..
Tapi tak de lah fokus sangat..
Sebab rasa macam tak pelah sekadar pengetahuan..
 No..no..no..

Antara benda yang aku belajar masa  FST dulu dan apply balik dalam HYD ialah six degree of freedom..
Dulu rasa tak berapa penting sangat pun..
Tadi pun bole pulak test keluar kene Explain and Sketch 6 degree of freedom..
Kan dah menggagau..haha..
Dan rupenya bukan apply dekat kapal je..

Six degrees of freedom (6DoF) refers to the freedom of movement of a rigid body in three-dimensional space. Specifically, the body is free to move forward/backward, up/down, left/right (translation in three perpendicular axes) combined with rotation about three perpendicular axes, often termed pitch, yaw, and roll.

Jadi kalau floating structure apply la dekat semi submerged,SPar, TLP, dan FPSO..
Dan apply juga pada 


Dah nama pun Six degree of freedom kan..
Jadi ada enam item la..
Dah di bahagikan lagi kepada dua kategori..

Translation
  • Heave - the linear vertical (up/down)
  • Sway - the linear lateral (side-to-side) motion
  • Surge - the linear longitudinal (front/back) motion
 Rotation
  • Roll - when the vessel rotates about the longitudinal (front/back) axis
  • Pitch - when the vessel rotates about the transverse (side-to-side) axis
  • Yaw - when the vessel rotates about the vertical (up-down) axis
Dengan bantuan gambar dan diatas dan penerangan aku rasa korang pun bole kenal mana satu longitudinal dan mana satu tranverse..
 Longitudinal ialah bahagian panjang kapal..
Dan transverse ialah bahagian lebar kapal..
Maaf la ye..
Aku campur guna Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris..
Bahan dan fakta kebanyakkan dalam Bahasa Inggeris..
Aku memang tak nak ubah..
Nanti takut tersilap dah lain pulak maksud die..
Dan aku pun tak mampu lagi nak tulis entri ni semua dalam Bahasa Inggeris..
Maaf la tu memang kelemahan aku..
Memang aku lebih mudah untuk menulis dalam Bahasa Melayu..

Ok untuk lebih faham lagi kalau gambar dan penerangan dekat atas masih kurang jelas..

Penerangan bergambar untuk lebih faham lagi six degree of freedom..
Aku pun dulu konfius..
Tapi dah lama-lama ok la..

Lagi pun aku memang suka benda yang perlukan pemahaman konsep ni..
Berbanding dengan hafal..
Kelebihan dan kekurangan masing-masing kan..

Dan ini pulak ada video dari youtube mengenai six degree of freedom ni..
Harap lagi membantu untuk faham..:)

 Aku try nak upload video ni direct dari youtube tak bole pulak..
Jadi aku download dan upload dekat sini..
Kualiti die mungkin agak kurang..
Kalau nak tengok yang kualiti lagi baik bole tengok dekat youtube terus..


Kalau ada salah dan silap harap maaf ye..
Kalau ada teguran dan tambahan maklumat sangat-sangat dialu-alukan..
Aku pun baru belajar..
Banyak yang aku tak tau dan perlu belajar lagi..:)
Sumber: 




 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...