Monday, 30 September 2013

Rezeki Puasa - Karipap..

Assalammualaikum..

Ingat lagi tak pasal aku post pasal teringin nak makan maggi hari tu..
Kalau nak baca ada dekat sini..
Selain teringin nak makan maggi aku ada bagi tau teringin nak makan karipap jugak kan..

Aku macam biasa..
Tak de pegi mana-mana pun..
Macam aku selalu cerita..
Sangat jarang keluar kan..
Jadi tak de lah mencari..
Kalau tak dapat dekat sini aku nak carik balik rumah nanti je lah..

Pernah lepak dengan budak course mate aku..
Aku tanya dekat mana jual karipap dekat sini..
Ada dieorang bagi tau dekat kawasan tu jauh jugak la dari rumah aku..
Lepas tu jual karipap inti isi ikan pulak tu..huhuhu..
No..no..no..
Aku tak nak yang tu..
Aku nak yang isi kentang, keledek sardin ke..
Yang biasa makan..

Hari ni aku ada paper petang dan aku pun puasa hari ni..
Balik tadi aku nampak ada kedai hujung ni bukak lagi..
Kedai ni bukak nya tak menetu sikit..
Kadang tutup awal petang dah bukak..
Kadang bukak sampai malam..
Aku pun biasa beli nasi campur je waktu tengah hari..

Masa balik dari kelas hari tu waktu petang aku ada terperasan yang kedai ni ada jual kueh waktu petang..
Tapi tak singgah pun masa tu..
Die pun macam dah kemas-kemas barang je..
Aku macam dah terfikir nak tanya kalau-kalau die ada jual kueh ke waktu petang..
Semalam lepas exam pukul 5 aku lalu dari jauh aku nampak kedai ni dah tutup..

Hari ni tadi aku lalu kedai tu bukak lagi..
Mak cik tu tengah lap-lap meja..
Nampak macam dah kemas-kemas jugak..
Aku pun tanya la die ada jual kueh ke untuk minum petang..
Ada katanya..
Karipap?..
Ada..

Tapi dah habis untuk hari ni..
Aku perasan atas meja ada macam kek cawan je ada cina ni datang minum petang..
Tapi aku nak karipap jugak..haha..

Aku pun tanya la esok ada lagi ke buat..
Kalau ada aku nak mintak die tinggalkan untuk aku..
Lepas tu mak cik ni pegi amik ada 4 biji karipap atas pinggan atas meja cina tu suruh aku rasa..
Aku kan puasa..
Nak rasa macam mana nya..
Karipap tu pun panas lagi..
Die baru goreng untuk cina tu..

Rezeki sangat sebab cina tu tak nak karipap tu..huhu..
Bagi aku semua..
Aku pun beli semua yang ada (ada 4 biji je pun)..
Aku tanya inti apa..
Buat nya ini isi ikan ke karang..haha..
Inti ubi katanya..hihihi..

Karipap ni 50sen sebiji..
Tapi dah petang mak cik tu kata..
Die bagi aku rm1.50 je untuk empat biji tu..
Kira diskaun 50 sen..:)
Semoga murah rezeki mak cik..

Pagi-pagi untuk sarapan banyak kueh mak cik tu kata..
Petang pun ada jugak la..
Nanti nak pegi la pagi-pagi waktu sarapan tengok apa yang ada..


Panas-panas ni bau die sangat la menggoda..
Tak sabar nak makan karipap ni buka puasa nanti..:)

# Dua paper ni macam teruk je..Esok dah la ada paper pagi..tak prepare pun lagi..huhu..

......................................................
Update..

Karipap ni sangat sedap ye..
Pagi tadi sebelum pegi exam sempat singgah beli..
Plan nak makan dengan makan dengan budak-budak ni..
Lepas exam masa lunch makan sama-sama..
Semua cakap sedap..
Siap berebut lagi karipap yang last tu..hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...