Tuesday, 27 August 2013

Utara Magnetik dan Utara Sebenar..

Assalammualaikum..

Semalam aku ada kelas Oceanography (OCG)..
Belajar mengenai Topographic Maps..
Dan ada sub topik mengenai Utara..

Topik mengenai Utara ni dijadikan assignment..
Esok ada kelas OCG..
Jadi pencarian aku mengenai tajuk ni pun bermula la malam ni..hehe..

Aku memang tak tau sangat pasal benda ni..
Macam yang aku pernah bagi tau..
Subjek ni adalah pengetahuan mengenai geografi + matematik dan fizik..
Memang banyak belajar perkara yang berkaitan dengan geografi..
Aku pulak dah lama sangat tinggalkan benda ni..
Yelah belaja geografi ni masa lower form dulu kan..
Masa pmr pun umur 15 tahun..
Dan lebih sepuluh tahun aku tinggalkan..

Tapi Subjek ni agak menarik jugak la..
Jadi meh aku kongsikan mengenai Utara..

Terdapat dua jenis utara..
  1. Utara Magnet
  2. Utara Geografi atau Utara Sebenar
1. Utara Magnet
  • Bayangkan bumi sebagai satu magnet yang besar dan mempunyai kutub utara dan selatan.
  •  Kutub utara magnet ini tidak sama dengan paksi bumi berputar.
  • Utara magnet sentiasa berubah.
 2. Utara Geografi atau Utara sebenar.
  • Utara geografi atau utara sebenar merupakan tempat dimana semua garisan longitude bertemu atau tempat dimana paksi bumi berputar..
Ni la penerangan yang ringkas dan sangat mudah untuk difahami..
Kalau nak lagi faham bole tengok gambar ni..

Atau boleh tengok gambar ni jugak..


Jadi jarum kompas menunjukkan arah utara magnet. bukannya utara sebenar. Perbezaan sudut antara utara sebenar dengan utara magnet dipanggil "Magnetic Declination"..
Disebabkan jarum magnet tidak menunjukkan ke arah utara peta, maka pembetulan kene la dibuat, samada dengan menambanh atau menolak nilai megnetic declination..

Untuk info tambahan macam mana nak kira dan macam mana nak tukat utara magnet ke utara sebenar bole tengok video ni..
Bagus betul dengan teknologi sekarang ni..
Kalau rasa tak faham belajar dekat kelas bila ulang kaji dekat rumah banyak maklumat dekat internet..
Kalau dekat youtube pun banyak bahan ilmiah yang orang share..
Kalau ada video dekat atas orang tunjuk contoh secara praktikal lagi la senang nak faham..
Dengan lambakkan tanpa sempadan macam ni memang terpulang dekat diri kita la untuk pilih sama ada yang baik atau pun tidak..
Banyak masalah memang berpunca dari kita sendiri..
Teringat masa en.bf nak pegi interview dulu pun die belajar mengenai barang dan teknologi yang company die guna dekat internet..
Kalau baca je kadang-kadang susah nak imagine..
Bila tengok video lagi senang nak faham..
Tapi paling baik experience buat sendiri la..

Semalam masa kelas Welding Inspection pun ada belajar pasal magnet..
Sebab belajar mengenai Non Destructive Test (NDT)..
Yang ada kene mengena mengenai magnet ialah Magnetic Particle Testing..
Dapat la aku review mengenai magnet dan lebih mudah nak faham dengan asas yang aku ada..
Pasal utara ni pun ada kaitan dengan magnet jugak kan..

Diharap info ni dapat membantu kalau ada yang nak belajar mengenai utara ni..
Dan kepada sesiapa yang tak tau bila baca dapat la pengetahuan baru..
Mungkin dulu tau tapi dah lupe dapat jugak la recall balik kan..

Info ni aku banyak ambil dari slide..
Sebab penerangan die ringkas dan mudah di fahami..
Tapi kalau nak info lebih bole la baca link yang aku share amik gambar tu..
Ada lebih penerangan..
Tak pun google je..
Ada sangat banyak maklumat..

Sumber maklumat:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...