Saturday, 17 August 2013

Selamat Kembali ke Terengganu..

Assalammualaikum..

Hari ni dah balik Terengganu..
Sampai petang tadi..
Tak jadi pun nak tukar tiket ke esok..
Esok ayah dengan mak nak hantar Hakim balik Johor..
Lagi pun esok bole la rehat-rehat..
Dan plan nak pegi bayar yuran dan buat CBL esok..
Harap-harap berjaya la..

Semalam P.Long sekeluarga datang sebab ada jamuan raya dekat rumah..
Tengah hari dieorang sampai..
Best dapat lepak-lepak ramai-ramai sampai malam..
Dan macam biasa..
Haruslah masak macam-macam..
Rasanya cuti ni memang badan naik dengan banyak nya..huhu..

Sebab anak menantu cucu nak datang..
Wan pun buat la ayam salai masak lemak campur kentang untuk malam..
Tapi memang silap la pegi masak siang tu..
Semua makan lauk tu..
Ada masak asam pedas ikan tak berusik pun..
Sebenarnya masak ayam tu untuk wan, P.Long dan M.Long yang puasa enam..
Tapi tak cukup pun untuk semua..
Luqman yang balik malam tu tak dapat pun..

Malam tu pulak ada jamuan raya..
Mak ada bawak balik ayam BBQ, bihun goreng dan nasi impit dan kuah kacang..
Makan lagi..
Mana la badan tak naik kan..
Dah la duduk rumah bukan buat apa sangat pun kan..

Malam tadi pulak beria tengok Running Man ramai-ramai..
Lepas dah habis konon nak tengok Sand Masters pukul 3 pagi..
Tapi sudahnya aku melepak dengan Luqman dan Hakim sampai pukul 5 lebih pagi..hoho..
Mata dah ngantuk la jugak..
Tapi beria berborak macam-macam lagi..
Nasib baik la fikir nak balik hari ni kan..
Pukul 10 aku bangun tadi..
Lepas tu Luqman hantar pegi stesyen bas..
 Masa tunggu bas pun mengantuk je..
Memang tak cukup tidur la kan..

Sebelum pegi stesyen bas tadi sempat amik sebotol kueh tart nenas bawak balik sini..
Nasib baik la mak memang dah siapkan awal-awal untuk aku bawak balik..
Tak sempat nak makan...
Tapi bila fikir kalau sampai sini mesti lapar..
Aku tapau je nasi dengan asam pedas tu..

Masa tunggu bas pun sempat beli dua buku roti coklat Gardenia dengan sebotol air mineral..
Buat alas perut sementara nak makan..
Sebab aku tau aku memang tak kan lapar dalam bas..
Sebab aku memang akan tidur sepanjang perjalanan..
Tapi memang menarik sebab aku memang tidur je sepanjang dalam perjalanan..
Masa sampai Kuantan pun ngantuk lagi..
Tapi dah sampai Gebeng ke Cherating aku tak tidur lagi la..
Karang kot terlepas..

Tak sabar nak habiskan sem ni..
Ada sebulan lebih lagi..
Lepas tu dah sem 5..
Harapnya sem last aku..
Excited nak belajar..

Dan sangat tak sabar nak pegi praktikal dan keje balik..
Tempat praktikal ni pun sangat penting untuk perancangan masa depan aku..
Yelah bila umur dah banyak..
Baru nak start keje balik..
Memang aku harapkan sangat yang terbaik..

Semalam pun Haziq call..
Die pun ada banyak masalah dengan keje..

Hendry turun dari laut pun tak sempat jumpa..
Sebab aku dekat kampung lagi..
Sempat message dengan die dekat FB je..
Esok die dah kene ada dekat laut balik..

All the best untuk sem ni..
Untuk CBL..
Dan untuk internship aku..:))


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...