Monday, 5 August 2013

Menjelang Raya 2013..

Assalammualaikum..

Boleh pulak kelas petang ni cancel..
Beria je hari tu nak buat kelas..
Sudahnya bila kata petang ni xde kelas..
Lecturer tu yang laju nak balik dari aku..haha..

Sudahnya lepak dekat bilik menonton je la jawab nya aku..huhu..
Konon nak buat quiz hari ni pun kelaut..
Bila lecturer kelas sebelah bagi tau dah bole balik..
Hari tu beria kalau sorang je datang pun nak mengajar jugak..
Propa sangat..hahaha.

Sekarang ni pun ramai yang dah start cuti..
Bukan main lagi nak beraya masing-masing kan..
Sibuk shopping sana sini..
Lagi-lagi yang tahun ni ada orang baru..
Kalau tahun lepas beraya berdua tahun ni beraya bertiga..
Lagi la sakan shopping..
Yelah suasana tu dah lain kan..
Mesti sibuk nak beli pakaian baru yang comel-comel untuk anak kan..

 Persiapan aku untuk raya?..
Aku macam biasa la tak de beli apa-apa pun..
Aku pun tak kisah kalau tak de apa-apa pun..
Sebab aku raya raya tahun lepas lagi teruk kot..

Tapi hari tu mak ada call..
Petang masa tu..
Tapi bila aku jawab tak dapat nak cakap..
Line tak clear kot..

Malam tu pulak Zack call aku..
Tanya nak beli baju corak macam mana..
Nak beli kan baju untuk aku..
Adik aku nak pilihkan baju kurung cotton..
Boleh pakai pegi kelas sekali nanti..

Aku tak kisah pun macam mana..
Tu pun dah besar rahmat orang nak belikan..


Agaknya tu jugak la yang mak nak tanya masa call..
Masa tu mak nak amik adik bongsu aku tu balik dari Johor lepas tu terus pegi beli barang agaknya..
Adik aku yang last tu bole pulak buat lawak..
Cari baju melayu nak yang bermanik dan berkerawang bagai..
Siap nak songkok tinggi bagai..
Amboi tau la awak tu orang seni..
Duduk Johor pulak tu..
Tak payah nak beria sangat la..haha..

Tadi pun die baru call aku..
Salah faham..
Ingatkan aku balik hari ni..
Kak Ngah ko ni balik esok ye..
Lepas tu bagi tau die dah beli baju melayu nak jahit manik dengan kerawang sendiri..
Sabar je lah..
Kalau betul berbakat bagus jugak..
Nanti boleh jadi fashion designer..haha..
Ingat lagi masa keje sementara dekat butik pengantin dulu..
Siap bawak die temankan aku keje..
 Die memang ok je..

Aku rasa dah ada baju tu pun dah cukup baik..
Yang lain tu pakai je apa yang ada..

Jaga la sebaik-baik hubungan kita dengan Tuhan, keluarga, dan kawan-kawan rapat susah dan senang kita..
Memang aku hargai sangat..
Waktu susah dan senang aku memang ni je la yang aku ada..
Kadang-kadang aku malas nak dengar dan terkesan sangat dengan cakap-cakap orang..
 Insyaallah lepas raya nanti dah bole bayar duit yuran..:)
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...