Tuesday, 20 August 2013

Masalah tidur..

Assalammualaikum..

Semalam aku ada citer sikit pasal masalah tidur aku ni kan..
Alhamdulillah semalam ada kemajuan sikit..
Walaupun tak de lah kemajuan mana pun..
Tapi ok la..hihi..

Semalam masa draw duit dekat sempat la aku beli dua buku roti coklat..
Malam tu aku dinner dua buku roti coklat dan secawan air susu je..
Sekarang ni memang nak kurang kan sikit makan..
Nak bagi perut ni berehat sikit lepas makan dengan banyak nya masa balik rumah hari tu..
Dah berapa hari jugak plan nak puasa tapi masih tak berjaya lagi..

Lagi pun aku rasa berat badan aku confirm naik nya lepas raya hari tu..
Lagi-lagi bahagian perut ni..
Jadi ni lah masanya untuk kurang kan berat balik..
Nasib baik jugak aku banyak berjalan awal-awal ni..
Ulang alik dari kelas..
Dua hari ni pegi HQ bayar yuran..
Jadi jauh sikit la aku berjalan..

Semalam dengan mencabar nya balik dalam hujan lebat..
Walaupun pakai payung tapi memang basah lencun aku..
Dah la pakai baju kurung..
Malas pulak aku nak tunggu hujan reda..
Sebab nak balik bilik je pun..
Basah pun tak pelah..

Lepas makan semalan dalam pukul 8 lebih pukul 9 mata punya lah mengantuk..
Tapi aku tahan je..
Kalau aku layan tidur memang lepas tu malam memang tak tidur lah jawabnye aku..
Semalam beria la layan menonton Cupcake Wars dekat Youtube..
Punya la syok tengok lepas satu-satu episod pukul 2 lebih jugak aku tidur..
Kira awal la tu berbanding sebelum-sebelum ni..huhu..
Sekarang ni memang berazam nak tidur awal dan bangun awal..

Bangun awal untuk pegi kelas tu aku rasa memang tak de masalah..
Macam mana lambat pun aku tidur aku tetap akan bangun untuk pegi kelas..
Memang sengal la kalau tidur lambat sampai tak pegi kelas kan..
 Tu memang melampau..
Harap hari ni akan ada lebih improvement..

Sepatutnya hari ni pun aku ada tiga kelas..
Sampai pukul 5 sepatutnya..
Tapi kelas petang ni masalahnya tak selesai lagi..
Fed up betul aku..
Tu yang macam memang mintak kene maki je..

Disebabkan tak de kelas petang..
Balik je tadi aku hantar bag naik atas dan turun balik pegi bank..
Semalam kan masa draw duit aku perasan notis suruh tukar kad ATM kalau expired tahun 2014..
 Sementara ada masa aku malas nak tangguh-tangguh..
Pegi je la buat..
Orang pun tak ramai sangat..
Buat nye pun tak delah lama..
Kad baru ni pulak expired tahun 2020 tak silap aku..
Tapi masih kad gambar ceri tu..
Ingat kan dapat kad gambar baru yang lagi menarik ke kan..hehe..

Masa tukar no pin dekat ATM..
Aku tukar jugak la jumlah had pengeluaran..
Senang sikit nak bayar yuran..
 Masa tengah process kad ATM aku yang baru tu aku ada tanya pegawai tu macam mana nak tukar dan die bagi tau la macam mana stepstep die..
Yang lagi bagusnya masa dekat mesin ATM tu ada die tampal cara-cara nak tukar had pengeluaran tu..
Jadi kalau lupe step pun bole lah refer dekat situ..

Kepada sesiapa yang baca ni bole la check bila kad ATM korang expired..
Kalau expired tahun depan jugak macam aku bole la pegi tukar kepada kad yang baru bila free..:))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...