Monday, 26 August 2013

Mari Membaca Al-Quran..

Assalammualaikum..

Hari ni nak share sikit ilmu berkaitan aktiviti membaca Al-Quran..
Membaca al-Quran ni sangat la di galakkan..
Malah dalam rukun Iman pun terdapat Beriman kepada Kitab..

Kelebihan kepada membaca Al-Quran dan beramal dengan Al-Quran pun tersangat la banyak..
Bole la cari sendiri..
Sebab dengan pengetahuan aku pun aku tak berapa berilmu dan mahir untuk mengulas mengenai perkara ni..

Mungkin ada yang aku tau..
Tapi untuk aku sampai kan dan ulas lebih panjang takut tersalah pulak nanti..
Kene tanya yang arif..
Ni dari apa yang aku tau..

Kalau salah boleh tegur dan kalau ada nak tambah ke sangat di alu-alu kan..
Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah..
- membantu kita untuk lebih fokus - kepada adik-adik yang belajar tu memerlukan fokus yang tinggi kan..rajin-rajin la membaca al-Quran..
- Elok untuk kesihatan mata - mungkin bole rehatkan mata..jauhkan dari rabun..
- Elok untuk kecerdasan otak - membantu daya ingatan kita..elakkan dari cepat lupa..tak silap ada kawan aku masa sekolah dulu bagi tau kalau selalu baca al-Quran juga bole elakkan penyakit Alzhemiar (nyanyuk) waktu dah tua nanti..

Ni aku kongsikan sedikit..
Diulang kalau ada salah harap tegur..

Dan apa yang aku kongsikan ni tersangat la sedikit..
Terlalu banyak faedah/hikmah/kebaikan atau kata yang seerti dengan nya melibatkan al-Quran..
Kerana Al-Quran merupakan mukjizat..

Isi nya pun pernuh dengan ilmu..
Ilmu melibatkan perbagai cabang kehidupan..
Dari sains dan teknologi kepada perubatan, kehidupan dan sebagainya..



Aku belajar membaca al-Quran bermula dari rumah..
Ayah la yang mengajar membaca al-Quran..
Kisahnya mak aku ni belajar pun tak tinggi..

Mak aku belajar setakat tingkatan tiga je..
Dulu tak lulus exam tingkatan tiga tak bole sambung tingkatan empat kan..
Sebabkan tak lulus lepas tu kawen umur 16 tahun..
Dan jadi surirumah sepenuh masa..

Walaupun macam tu..
Tapi pendidikan awal kitaorang bermula dari mak la..
Disebabkan mak aku surirumah sepenuh masa..
Jadi mak la yang akan ajar kitaorang adik beradik kenal huruf abc, kenal nombor dan membaca..
Sebelum masing-masing pegi pra sekolah atau tadika..

Cuma kalau bab mengaji ayah yang akan ajar..
Sebab mak aku tak berapa pandai..


Tak silap aku masa mak aku kecik dulu mak aku ni tak pandai pun baca muqaddam dan Al-Quran..
Sebab tu la ayah yang ajar kitaorang..
Bila dah start sekolah pun kitaorang dah pegi kelas KAFA dan sebagainya..
Alhamdulillah boleh la baca..
Tapi tak de lah bagus mana..
Banyak yang perlu diperbaiki..

Tapi bila kitaorang makin besar..
Bila dah pindah rumah..
Adik-adik aku ada pegi belajar mengaji dekat rumah wan dekat rumah kitaorang..
Mak pun ikut pegi belajar sekali..
Mak pegi belajar mengaji dengan adik-adik aku sekali..
Kadang-kadang mak mintak wan ajarkan dekat rumah..
Alhamdulillah mak dah bole la baca ayat dan mengaji dengan baik sekarang..

Aku pun masa dekat sekolah dulu ada jugak belajar mengaji dari kawan aku yang dari sekolah agama..
Bila aku baca mintak dieorang dengar dan tengokkan betul ke tak..
Dan aku rasa paling baik baca la al-Quran yang siap dengan terjemahan dia..
Sambil baca bole jugak baca terjemahan die..

Dan ni lah sedikit ilmu atau pengetahuan yang aku nak share diawal tadi..
Aku ambil gambar di dekat sini..
Kalau nak info lebih lagi bole la bukak dan baca..
Banyak ilmu yang bermanfaat..

Jom sama-sama amalkan membaca al-Quran sekerap yang bole..

 Harap maaf sangat kalau ada yang terkurang dalam post ni..
Kalau ada yang terkurang dah tersalah tu tegur la..
Kalau ada nak share pun lagi bagus..
Sama-sama kongsi info..


Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku..http://hadisrasullulah.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...