Sunday, 4 August 2013

Hari Terakhir Ramadhan ni Sini..

Assalammualaikum..

Rasanya hari ni hari terakhir untuk buka puasa dekat sini..
Esok dah balik kampung dah..
Mungkin jugak hari ni hari terakhir aku berpuasa dekat sini..
Tahun depan tak tau lagi dekat mana arah tuju aku..

Hari ni ada dua kelas..
Nasib baik la berbaloi jugak balik lambat..

Pagi tadi ada replacement kelas untuk Hydrodynamic..
Pagi tadi pun pun bukan main malas lagi nak bangun..
Snooze jam berapa kali..
Sudahnya pukul 830 aku bangun jugak la..

Pagi tadi pun hujan renyai je..
Semalam tido pun sejuk je..
Tingkap pun bukak sikit je..
Siap pakai stokin lagi..hehe..
 Tapi pagi tadi rasa macam panas sikit..
Sudahnya bukak sebelah stokin je..
Sebelah lagi pakai..
Mamai betul kan..haha..

Pegi kelas pagi tadi ada 4 orang je datang..
Yang lain dah balik kampung agaknya..
Dekat blok pun sunyi je..
Memang tak de orang lansung kecuali m.cik cleaner je..
Tu pun masa sampai tak de kereta lansung..
Ofis lecturer pun kunci..
 Ingatkan semua lecturer pun dah balik dah cuti..

Rupenya dieorang ada meeting pagi ni dekat HQ..
Dekat 9 setengah baru start kelas..
 Tapi berbaloi jugak la..
Sebab kelas sampai 12 lebih..
Haaa amek kau..
Dekat 4 jam belajar Hydrodynamics..
Input tersangat la banyak..
Berbaloi-baloi la jugak datang..haha..

Petang ni pulak ada kelas Welding Inspection lagi..
Kelas 2 jam..
Ada quiz petang ni..
Harap berbaloi-baloi jugak la..
Dengan aku balik lambat ni..

Lepas ni aku memang kene study betul-betul..
Tak bole main-main dah..
Sem lepas dah terkena dengan Welding Technology..
Sampai lecturer dalam kelas siap tanya aku tak bole jawab ke..huhu..
Tadi pulak kene shoot pasal test Hydro minggu lepas..
Soalan definition satu je betul..
Tu la yakin sangat lagi..
Yang ingat jawap betul sebenarnya salah..hohoho..
Memang padan muka..

CBL pun tak buat lagi..
Konon nak habiskan sem ni..
Ada 4 module lagi..
Dah la kalau buat tu confirm lulus..
Dah dua kali pegi dengan tangan kosong..
Dua kali pegi fail..
Lepas raya ni memang kene pulun la..
Blok dah lain-lain dah jauh ni malas pulak rasa nak pegi..

Malam ni bole kemas barang..
Esok kalau ada rezeki nak buka puasa dengan en.bf dan Haziq..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...