Monday, 5 August 2013

Drama di Petang Hari..

Assalammualaikum..

Nampak tak bila tak de pape nak buat..
Lepas tu hari ni banyak plak sikit drama nya kan..hehe..

Ok ni kisah almari aku..
Sebab mungkin lepas raya atau bulan September nanti aku kene pindah..
Tak boleh nak duduk sini dah..
Jadi terpaksa cari rumah lain..
Tu tak pasti lagi la..
Kemungkinan je..
Ada option untuk aku duduk sini..
Tapi aku pun tak pasti option tu baik ke tidak..
 Sebab kalau aku habis awal aku duduk sini dalam 5 ke 6 bulan je lagi..
Orang ni pun tak sampai hati nak suruh aku pindah sebab masa nak sewa awal-awal dulu aku dah bagi tau nak sewa dalam setahun..

Tapi bila dah dengar macam tu..
Aku pun prepare jugak la..
Sebab kalau jadi lepas raya nanti dah pertengahan bulan..
Suntuk pulak nak cari tempat tinggal baru..
Lepas tu kalau pindah aku memang cari rumah yang ada barang la..

Macam dekat sini..
Ada katil, kipas, lepas tu bil air dengan elektrik pun termasuk sekali..
Jadi aku nak cari harga yang lebih kurang la..
Supaya tak beban sangat..
In case kalau aku dapat praktikal dekat sini pun tu dah cerita lain..
Yang penting kisah nak habiskan belajar ni dulu..

Lepas tu bila aku nak pindah dan cari tempat yang fully furnish..
Aku kene la jual almari aku ni..

Aku pun iklan kan la dekat mudah..
In case kalau kene keluar bulan sembilan aku dah ada la pembeli untuk almari aku ni..
Aku pun nak tengok jugak market dekat sini..
Sebab masa aku nak beli almari ni dulu..
Aku cari iklan dekat mudah memang tak de..
 Kalau dekat area lembah klang tu ramai la jugak jual barang terpakai ni..
Aku letak harga dan boleh nego lagi..
Nak tengok market kan..
Karang jual mahal-mahal tak de orang nak pulak kan..huhu..
Lepas tu dah la kene amik sendiri..
Aku tak de transport la nak hantar almari tu..
Dengan nak bawak turun naik tangga ke bawah nya..
 Lagi pun kalau tak de orang nak nanti bole la offer dekat sape-sape orang yang aku kenal ke kan..
Budak-budak yang belajar dekat sini ke..
Condition almari ni tip top lagi..
Guna pun baru 6 bulan je..

Tapi jangkaan aku meleset..

Tengah hari tadi dah ada sorang yang SMS tanya pasal almari ni..
Mintak kurang..
Aku bagi harga rendah sikit dan bagi tau kene ambil sendiri..
Lepas tu senyap..

Aku on the way nak balik dari kelas tadi ada sorang lagi SMS..
Tanya available ke tak..
Siap nak tengok lagi setengah jam lagi..
Aku pun ok je lah..
Kalau die nak tengok je tak nak pun tak pe..
Ada masa lagi..
Aku suruh tunggu dekat bawah..

Lepas tu serabut sikit kalau buatnya lelaki yang datang..haha..
Yelah sebab aku dah tinggal sorang dekat floor ni..
Budak bilik satu lagi dah balik pagi tadi..
Dah la nak tengok almari tu dekat bilik..
Buat nya lelaki..
Lepas tu tetiba kepala die tak betul ke..
Dah la dalam bilik..
Kalau die buat pape dekat aku ke..
Serabut la pulak kan..

Lepas tu aku pun SMS en.bf..
Bagi tau situasi..
 Then bagi tau en.bf kalau lepas setengah jam kalau aku tak SMS die..
Die kene SMS aku..
Kalau aku tak reply die kene call aku..
Kalau call aku tak dapat report je la polis..

Nampak tak betapa cuak nya aku..
Bukan apa..
Sekarang ni macam-macam kes kan..
Lagi tadi baru baca paper dekat Harian Metro ada kene perempuan kene bunuh la..
Lepas tu hari tu tengok KES dekat you tube pasal kes rogol dan bunuh Canny Ong dengan Suzaily Mokhtar..
Aku cuma berhati-hati dan beringat je..
Baca doa banyak-banyak mintak Tuhan lindungi aku..
Tu je la usaha aku..
Kalau nak kene jugak nak buat macam mana kan..

Sekali orang tu call tanya jalan..
Memang lelaki..hoho..
Dah la dari jauh jugak die datang..
Bila die sampai aku pun pegi dekat kereta die..
Aku berdiri dekat luar kereta die je..
Die bawak Triton..
 Siap nak beli terus dan bawak hari ni jugak..haha..
Aku bagi tau la yang aku belum nak pindah lagi..
Kalau nak pindah pun bulan September nanti..
Dia siap nak ambil sekarang lagi kalau bole..
Aku bagi tau la barang aku pun dalam almari tu lagi..
Nasib baik la die memang kebetulan datang sini ada keje lepas tu nampak iklan tu dekat mudah..
Kalau saje datang dari jauh semata-mata nak beli memang rasa bersalah la..
Die memang nak beli untuk tempat tinggal pekerja dia..
Kalau aku nak jual memang die nak beli..
Sebab masa beli almari ni memang plan nak jual balik kalau pindah nanti..
Tu beli murah je dulu..
Orang tu siap tanya ada barang lain nak jual sekali tak..haha..
Nak borong nampak..haha..
So aku simpan je la nombor die..
Potential buyer..
Harga pun ok lepas tu memang die bole datang ambil sendiri..

Aku naik atas sekali ada sorang lagi SMS..
Tapi aku tak reply lagi pun..

Amboi semalam post iklan bukan main ramai lagi yang tanya..
Bagus la..

Memang boleh jual la maksudnya..
Masa beli dulu memang risau sangat kalau tak de orang nak beli bila nak jual balik nanti..

Sekarang ni pun aku ada plan sesuatu..
Insyaallah kalau berjaya nanti aku share..
Doakan yang terbaik untuk aku..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...