Monday, 8 July 2013

Treat by Wafi (Jijie)..

Assalammualaikum..

Aku rasa ramai yang suka aplikasikan amalan ni dalam hidup korang..
Amalan belanja family dengan duit gaji pertama..

Tak silap aku ni pun masa hari masak rendang hari tu jugak..
Aku pun tak berapa ingat sangat da..
Mura betul rezeki balik cuti ni..
Sebab tu la bila duduk rumah memang aku asyik makan, makan dan makan je..
Lagi bila fikir kalau dah balik nanti susah nak dapat makan sedap-sedap macam dekat rumah..
Sebab kalau dekat sana nak makan pun aku kene fikir banyak..
Salah satu nya fikir kan duit..
Lagi-lagi sekarang ni banyak nak guna duit kan..

Lagi satu aku malas nak keluar sangat dekat sana..
Faktor utama ialah untuk jimatkan duit jugaklah..
Kalau keluar akan guna duit yang banyak..
Contohnya bila keluar ramai-ramai masing-masing nak makan mahal ke kan..
Kene la ikut sekali..
Tak kan la semua dah decide nak makan dekat KFC contohnya tetiba aku nak makan benda lain pulak kan..
Memang tak la..huhu..

Ok berbalik balik ke cerita belanja makan ni..
Adik aku yang no 6 ni belanja semua yang ada dekat rumah KFC..
Die belanja sempena duit gaji pertama die keje..

Adik aku ni keje biasa je..
Keje Pizza Hut je..
Die baru habis matrik dan tengah tunggu panggilan nak masuk u..
Insyaallah kalau ad rezeki dapat la die masuk..

Adik aku beli set ni je untuk semua orang..
Ade seketul ayam dan mashed potato..
Ada air jugak..
Tapi aku tak berapa sangat minum air berkabornat ni kan..

Ni pun dah syukur sangat..
Kadang-kadang harga sesuatu benda tu tak penting pun..
Tapi bila ingat nak belanja tu pun dah cukup baik sangat kan..
Aku pun dah tak sabar nak keje balik supaya dapat berbakti dekat family..
Kalau ada duit ni aku rasa lagi bole sumbang macam-macam..
Kalau bukan dengan duit pun bole je berbakti..
Tapi bila ada duit..
Berkongsi sama-sama dengan family lagi seronok..
Insyaallah..
Harap sangat dapat tempat praktikal yang baik nanti..
Supaya senang nak dapat keje yang baik dengan gaji yang baik jugak..AMIN..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...