Tuesday, 16 July 2013

Sem Baru Subjek Baru..

Assalammualaikum..

Hari ni cuaca agak panas dari pagi sampai tengah hari tadi..
Patut ada tiga kelas hari ni tapi aku pegi dua kelas je..
Tak suka betul bila kelas ada gap..
Lagi waktu bulan puasa..
Tak bole la nak melepak dekat kafe pegi minum atau makan ke..
Gap sejam pun aku balik bilik..

Semalam pun tidur lambat..
Masa cuti memanjang tido lambat je kan..
Sekarang mata payah sangat nak lelap awal..
Sudahnya lepas kelas 1st tadi aku balik jap..
Terlelap sampai miss kelas ke dua..huhu..

Nasib baik la awal-awal ni introduction je..
Tak de la penting sangat..
Kelas pun sejam je..
Sem ni aku amik lima matapelajaran..
Sangat seronokdan teruja untuk belajar benda-benda baru..

Kalau sem sebelum ni aku banyak belajar subjek asas macam fizik, kimia dan lain-lain..
Ada jugak la satu dua subjek baru..
Tapi makin hujung ni makin banyak subjek baru yang aku amik menjurus kepada offshore..
Sem ni aku amik lima subjek..
  • Oceanography (OCG)
  • Welding Inspection (WIN)
  • Hydrodynamics (HYD)
  • Offshore Fabrication and Reparation (OFR)
  • Computer Aided Design (CAD)
 Semua subjek memang agak menjurus kepada offshore sekarang..
Sangat teruja untuk belajar benda baru dan kembangkan lagi apa yang dah pernah belajar..

Dah pernah masuk kelas Oceanography, Welding Inspection dan CAD..
Tadi ter miss kelas OFR..huhu..

OCR akan belajar mengenai geologi dan ciri-ciri fizikal, arus dekat offshore, pasang surut air laut dan ombak..
Aku rasa sengat menarik la..
Tak pernah lagi belajar sebelum ni..

WIN pulak kesinambungan daripada Welding Technology sem lepas..
Kalau dulu belajar teknologi dalam welding..
Method apa yang digunakan dan sebagainya..
Yang kene pegi bengkel seminggu dua kali tu..huhu..
Tapi bengkel tu la yang merapatkan dan menguatkan ikatan antara kami..hehe..

HYD pulak kesinambungan kepada Fluid Mechanic yang aku dah amik masa sem 1 dulu..
Bila tengok chapter dan subtopic memang sangat banyak perkara baru yang aku akan belajar nanti..
Lebih lagi banyak ada chapter yang berkaitan dengan Bernoulli, Euler, Laplace..
Benda-benda ni aku belajar masa dekat Penang dulu..
Jadi tak sabar nak belajar perkaitan yang aku dah belajar dulu dengan subjek sekarang..
Kalau dulu aku belajar dalam subject Mathematic Engineering dan aplikasi die dalam Circuit Theory..
Sekarang ni aku akan belajar aplikasi die dalam Hydrodynamics pulak..:)
Walaupun dulu aku amik electronic engineering dan sekarang offshore engineering..
Masih ada je perkaitan antara kedua-dua ni..
Dah nama pun engineering jugak kan..

Asas die pun aku ada belajar masa subjek Design Offshore Structure sem lepas..
Dah kenal jugak la sikit-sikit..
Knowledge ni jugak la yang akan digunakan dalam subjek Subsea Pipelines nanti..

CAD pulak akan belajar aplikasi software SAP 2000..
Software ni untuk structure..
Kalau macam kitaorang fokus dekat offshore structure la..
Tak pernah dengar pun sebelum ni..huhu..
Kesian kan aku..
Jadi ada peluang nak belajar ni gunalah peluang ni sebaik-baik nya..
Tak silap aku kalau AutoCAD cuma bole lukis gambar je..
Tapi dengan software ni bole buat analysis drawing tu sekali..

Jadi aku tak pernah masuk kelas OFR je la lagi..
Tu la tido lagi..
Bila mengantuk tak cukup tido malas nak pegi kelas..huhu..
Ni pun subjek baru jugak dekat aku..
Tak pernah belajar lagi..
Dan aku pun tak de gambaran lagi untuk subjek ni..

Senang kata semua benda ada kaitan antara satu sama lain..
Sama la macam apa yang aku belajar masa elektronik dulu pun ada kaitan dengan yang aku belajar sekarang..
Cuma aku rasa kalau masa belajar elektronik dulu memang fokus betul-betul dekat elektronik..
Tapi bila belajar offshore ni aku belajar mengenai civil dan mekanikal jugak..
Kurang sikit pasal elektrik atau elektronik..
Nasib baik la aku memang ada knowledge dalam elektrik dan elektronik..

Sebab kalau ikut sejarahnya (bukan main lagi sejarah kan)..hehe..
Aku ni memang dari sekolah teknik..
Amik Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik..
Masa dekat matrik aku memang tak suka belajar kimia dan fizik sem satu..
Fizik sem 1 banyak mengenai mekanikal tak silap aku..
Aku memang agak struggle dulu dan kurang score..
Masa fizik dua pulak memang banyak mengenai elektrik dan elektronik..
Sangat score la kan..hehe..
Dah ada basic sikit-sikit..

Sama la amsa dekat U..
Bila subjek Engineering Mechanic belajar static dan dynamic..
Aku macam kurang sikit..
Senang kata bila subjek yang tak berkaitan dengan elektrik dengan elektronik tak berapa la..
Macam Material Engineering ke..
Subjek Electrical dengan Electronic pun tak de la perform mana..haha..
Kurang kesedaran dulu kot..haha..

Tapi sekarang ni subjek-subjek yang aku tak berapa suka dulu pun ok je..
Belajar pun senang jugak la nak faham..
Tak de la macam dulu..
Sekarang macam lebih serius dengan apa yang aku buat..
Banyak benda yang aku fikir dan pertimbangkan..
Cara belajar dekat sini dengan dulu pun lain pun ye jugak..hehe..

Tadi masa kelas CAD pun macam entah pape je class mate aku..
Group bengkel aku dulu..
Tu la aku kata bengkel tu memang mengeratkan kita orang..
Bole pulak die tanya..
Berapa ramai je kawan perempuan yang aku ada..
Entah berapa orang je die cakap..haha..
Tak pernah pun tengok aku lepak dengan perempuan..
Selalu dengan dieorang je..
Kalau tak pun budak marine..
Lelaki jugak..

Tu memang aku akui la..
Kalau duduk hostel dulu ada jugak la kawan perempuan..
Tapi dah duduk luar ni lagi la..
Masa aku pun selalu habis dengan dieorang je..
Ye la dah sama kelas..
Dekat bengkel lagi..
Bila buat keje lagi..
Apa bole buat..
Ake selesa je dan tetap jugak la perempuan dengan ciri-ciri keperempuanan lagi..haha..

How Much I Love Engineering..haha..
 Harap lepas ni dapat tempat yang aku bole apply knowledge aku dan belajar seberapa banyak ilmu yang bole..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...