Sunday, 21 July 2013

Hujung minggu di Balok..

Assalammualaikum..

Weekend ni aku menghabiskan masa dekat Balok..
Kalau ada yang baca post aku berbuka dengan Sen..
Beria kata nak balik last week..
Sekali rabu depan ni baru balik KL..
Macam mana pun die akan balik minggu ni jugak kot..
Sebab Khamis die dah last day dekat company sekarang..
Cuti sepanjang bulan Ogos..
Bulan September nanti akan mula dekat company baru..

Jadi aku pun amik keputusan nak lepak dengan die je la sebab duduk bilik pun sorang-sorang je..
Lagi aku memang tak de kelas hari Ahad..

Khamis malam lepas buka aku gerak pegi sana tumpang budak kelas aku otw pegi KL..
Malam tu pulak Sen keje sampai pukul 10 malam..
Budak kelas aku beria kata nak gerak lepas buka..
Sudahnya dalam pukul 9 lebih baru gerak..
Sen pulak boleh pulak lepas keje pegi Teluk Cempedak dengan budak keje sekali dengan die..huhu..
Dah la aku tunggu dalam gelap..
Banyak nyamuk pulak tu..huhu..
Nasib baik depan Resort die ada kedai makan..
Sempat la aku pegi beli makanan..
Dah dekat nak habis makan baru la die sampai..
Masa tu dah pukul 12 lebih..

Sementara tunggu die sempat la aku amik gambar tempat tu..
Die duduk dekat Balok Sea View Resort..
3 minggu lebih die duduk sini..



View waktu malam..

View waktu siang dari chalet kita orang..
Cantik jugak la tempat ni..
Tapi waktu siang aku takde jalan-jalan pun dekat sini..
Sebab bila Sen pegi keje aku selalu tidur je dekat bilik..
Tak pun duduk dekat bilik baca novel atau tengok TV je..

Ni masa malam kedua..
Lepas balik dari berbuka puasa sempat la jalan-jalan dekat sekitar chalet ni..
Tak besar pun kawasan die..
Aku nak mandi tapi Sen pulak tak nak..
Bising banyak keje la..
Segan dekat chalet ni ramai lelaki la..huh..



Ni pulak view dalam chalet kitaorang..
Agak selesa jugak la chalet die..
Ada water heater, peti sejuk semua..
Cuma satu je la yang agak fail dengan chalet ni..
Aku rasa dinding pemisah antara chalet tak berapa tebal ke apa.
 Sebab tak bole bising-bising sangat..
Kalau nak berbual pun kene slow-slow..
Kalau tak nanti orang sebelah dengar..huhu..

Kalau siang-siang housekeeping dekat bilik sebelah pun memang boleh dengar sangat bunyi nya..
Jadi sangat la tak privasi..
Tu la satu yang tak best nye..huhu..

Harga pulak aku tak tau berapa..
Sebab macam Sen pun company die yang bayar..
Company die pun bukan amik satu bilik je dekat sini..
Ada beberapa bilik..
Dieorang menginap pun agak lama..
Sebab chalet ni dekat dengan Gebeng..
Site dieorang dekat Gebeng..
 Jadi harga tu mungkin lain la berbanding pengunjung biasa..

Dekat resort ni pun ada free wifi..
Tapi ada password..
Tak pasti pulak kualiti wifi die macam mana..
Sebab aku pernah nak mintak password dekat reception tapi dah tutup la pulak..
Dah petang masa tu..
Dekat chalet ni ramai jugak la pengunjung..
Tapi biasanya orang yang keje sekitar kawasan ni la..

4 hari 3 malam aku duduk sini..
Sekarang dah balik la..
Boleh sambung buat keje esok nak hantar..hehe..
Esok pun nak tanya bayaran yuran..
Nak bayar cepat-cepat..:)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...