Tuesday, 9 July 2013

Enjoy Reading..

Assalammualaikum..

Antara aktiviti sampingan wajib aku waktu cuti ni..
Selain makan dan tido ialah membaca..
Ni memang aktiviti sampingan wajib dan sangat santai..

Aku suka membaca kalau tak de benda nak buat..
Macam bila tak de rancangan TV yang best ke..
Atau waktu tu tak bole online ke..
Jadi aku pun membaca la..
Aku paling suka membaca sebelum tido..
Kalau baring-baring tu membaca memang lagi cepat sangat la aku tido..

Bahan bacaan yang aku suka baca pulak biasanya yang simple-simple je la..
Bahan-bahan hiburan..
Kalau benda-benda yang serius aku memang tak mampu nak membaca sambil baring-baring je..
Memang kene duduk menghadap benda tu betul-betul..
Kene fahamkan betul-betul baru la aku faham..
Kalau santai-santai je kurang berkesan..
Buang masa je baca tapi tak berapa faham dan tak ingat da..

Kalau dekat rumah ni memang banyak bahan bacaan..
Sebab ayah sangat suka beli buku..
Bermacam-macam genre buku yang dia ada..
Aku suka baca yang hiburan je la macam komik dan majalah..
Aku malas nak baca buku-buku yang serius macam buku-buku motivasi, kisah mengenai tokoh-tokoh yang berjaya ke..
Walaupun aku tau buku-buku macam tu lagi bagus..

Majalah pun tersangat la banyak dekat rumah ni..
Macam-macam jenis majalah ada..
Majalah Wanita, Majalah motor la, Majalah Solusi la..
Kalau dulu adik bongsu ada lagi la..
Suka sangat beli majalah Asuh, Kuntum la dll sebab nak masuk peraduan melukis, mewarna la..

Ni antara bahan bacaan yang terawal aku baca masa balik sini..


4 Novel dari FIXI tapi ada 5 cerita..
Ada cerita ASRAMA, NGERI, SUMBAT, KOUGAR DAN TABU..
Memang excited baca setiap cerita tu..
Bila habis sambung lagi novel dan cerita seterusnya..
Berapa hari je pun dah habis baca..
Keseluruhannya cerita die sedap di baca..
Lain la dari novel biasa yang ada dekat pasaran..
Biasanya novel cintan cintu kan..
Tapi novel dari FIXI memang bergenre thriller la..
Siapa-siapa penggemar novel thriller bole la dapatkan..
Banyak lagi koleksi novel dieorang..
Kalau rajin aku review each novel punya cerita sikit nanti..
Koleksi yang sebelum ni ada dekat sini

Bila dah habis baca novel dekat atas aku baca komik-komik pulak..
Baca komik lagi best sebab enjoy je..
Siap tergelak-gelak sorang-sorang lagi bila baca part yang memang kelakar tu..haha..

Lawak Kampus..

Komik ni dari Gempak Starz tak silap..
Aku tak minat baca komik Gempak sebenarnya..
Kecuali ada beberapa cerita..
Aku lagi suka baca Ujang, Gila-Gila dan APO?
Kalau APO pun karton die ok jugak la tapi sebab ada macam cerita pendek misteri tu aku suka jugak la baca..

Ni pulak koleksi Lawak Antara Benua dalam APO?
Tergelak sorang-sorang aku baca..


Ni dari Siri Novel Habiburrahman El Shirazy..
Aku minat jugak la dengan karya die..
Tapi bila yang dah translate ke melayu la..
Cuma aku tak berapa suka tengok movie die sangat..
Aku rasa baca novel lagi best..
Aku baca novel Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih..

Sebenarnya aku tak habis lagi baca yang ni..
Tapi kalau baca sinopsis belakang novel dan setakat yang aku dah baca..
Agak best jugak la cerita die..
Novel die pada aku memang banyak bagi motivasi..
Tapi novel kali ni agak berbeza sikit..
Kalau sebelum ni banyak cerita kalau dekat Tanah Arab dan di Indonesia..
Tapi kali ni berlatarbelakangkan Russia..
Mengisahkan cabaran dan dugaan hidup di negara yang mengamalkan seks bebas dan pronografi sangat berleluasa..
Kalau di kelilingi persekitaran macam Arab atau Indonesia mungkin cabaran nya tak sekuat bila di tempat asing..
Even kawan die yang belajar sama-sama di Tanah Arab dulu pun kecundang..
Pada aku agak menarik jugak la..
Tunggu aku habis baca dulu ye..hehe..

Komik lagi..
Dari nukilan Dato' Lat..
Baca komik memang best kan..
Sebab enjoy je..

Novel ni aku baru amik semalam dekat rumah Sen..
Sebab fikir nanti bosan dalam train bole baca..hehe..
Baru baca sikit jugak..

Aku ni rajin membaca tapi tak berapa rajin nak membeli..
Nasib baik la ayah suke beli bahan bacaan..
Bole la aku tumpang baca..hehe..

Tapi aku rasa orang lain punya tabiat membaca lagi ganas kot..
Ada tu beli banyak giler buku..
Bahan bacaan bahasa Inggeris la..
Aku ni biasa-biasa je..
Kalau ada masa singgang tu baca la..
Macam kalau bosan dalam train..
Bosan tunggu en.bf nak amik dekat mana-mana ke..
Bosan tunggu mak bila hantar mak pegi hospital ke..

Dulu rajin beli majalah..
Majalah hiburan murah je..
Tapi beli kejap je..
Lepas tu tak beli da..
Macam bazir je rasa beli..

Jom amalkan amalan Suka Membaca..hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...