Thursday, 4 July 2013

Air..air..air..Saya mahu air..

Assalammualaikum..

Sekarang Pukul 2 pagi..
Tengah menonton Cupcake Wars dekat Astro..
Aku suka tengok rancangan ni..
Dan ada beberapa racangan masakan lain macam Chopped, Ultimate Cake, Restaurant Impossible dll..
Sangat jarang tengok rancangan melayu..
Lagi-lagi dekat Astro..
Aku rasa kualiti rancangan die makin menurun..
Samaada drama atau siri..
Berbanding dengan dulu..
Mungkin aku je rasa macam tu tapi orang lain tak..

Hari ni pun agak sibuk jugak..
Walaupun semalam aku tidur agak lambat..
Tapi pagi ni berjaya bangun awal untuk pegi pasar beli ayam..
Wan dah siap-siap order ayam..
Beli ayam hidup lepas tu suruh orang tu bela..
Then die pegi pasar beli barang..
Dah settle die call aku suruh amik die dekat pasar..
Dan tugas aku ialah tolong angkat ayam-ayam tu bawak pegi kereta..
Bawak 3 ekor ayam sate..
Berat bole tahan..
Park kereta pun jauh..hehe..

Beli ayam banyak-banyak ni untuk buat rendang..
Sepupu aku yang nak daftar Sabtu ni dekat UM la sebut nak makan..
Wan pulak pantang dengar orang nak makan apa-apa mesti nak buat..
Biasa la orang tua..
Tak sampai hati kan..

Balik wan siap beli mee rojak..
Aku makan sikit je..
Tak berapa minat sangat..
Ingat kan nak tidur balik jap..
Sekali M.Long dengan sepupu aku dah sampai..huhu..
Tak dapek la i nak tido..huhu..

Masa aku on the way M.Long memang ada SMS bagi tau akan gerak dari S'ban dalam pukul 10.30..
Selain datang nak amik Rendang ayam main reason ialah untuk ambil Wan Gentam sebab nanti bila sepupu aku dah masuk U M.Long akan tinggal sorang..
Wan Gentam pun duduk sorang je..
Jadi bole la duduk sama-sama..hehe..

Macam biasa..
Bila buat rendang ayam akan buat dekat luar..
Salai ayam dekat luar dan masak pun dekat luar..
Kira masak pakai kayu api..
Tradisional sangat kan..
Tapi tu la rahsia kesedapan rendang ayam die.hehe..
Tapi bila tolong die masak tadi rupenya banyak rahsia nye..hehe..

Elok tengah siapkan bahan tadi ada wan sedara datang..
Jadi delay masa nak masak rendang..
Sudahnya mula agak lambat..
Lepas tu tengah masak bole pulak hujan..
Mencabar betul..haha..
Pukul 4 agaknya macam tu baru makan tengah hari..
Dan masa tengah siapkan bahan nak buat rendang..
Dalam tengah hari tu bole pulak tak de air..
Masa pegi pasar aku tengok memang banyak orang tutup jalan buat construction tepi jalan..
Buat paip rupenya..
Patut la tak de air..

Aku ni dah la beria tolong masak rendang tadi..
Bau asap tak payah cakap la..
Macam mana pun tunggu air jugak nak mandi..
Ada je air simpanan..
Tapi rasa tak best nak mandi..huhu..
Ada air simpan sikit-sikit tu la bole basuh tangan ke nak wuduk ke..

Tunggu punya tunggu..
Aku pun makin semak..
Makin tak selesa..
Baru nak type entry ni..
Adik aku panggil air dah ada balik..
Yahuuuuuuuuuu...
Saju je biar paip dapur terbuka je..
Supaya senang perasan bila air dah ada..
Jadi nak mandi sepuas-puasnya..hehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...