Thursday, 27 June 2013

Tuition Fees..

Assaammualaikum..

Ada satu perkara yang menggembirakan aku..
Just know the good news..
Bukan hari ni la..
Tapi baru hari ni aku nak share..
Sebelum ni sibuk sikit..hehe..

Masalah yuran aku dah selesai sepenuhnya..
Perkara yang sentiasa menjadi kebimbangan dan menghantui hidup aku dah selesai..Insyaallah..
Macam semua tau..
Aku memang dari mula belajar ada masalah kewangan..
Macam mana sampai kene mintak bantuan dan sumbangan sana sini..
Keluarkan duit KWSP..
Awal-awal memang pening kepala je pasal yuran..
Bukan pasal yuran je la..
Pasal  belanja untuk belajar pun ye jugak..

Aku memang tak de duit simpanan sangat..
Masa keje tak menyipan sangat..
Ada duit habis belanja je..
Dan masa aku nak tukar keje duit aku banyak habis..

Masa daftar pun aku pun memang tak tau jauh mana aku mampu melangkah..
Apply scholar pun tak dapat..
Lagi sebab status pengajian aku..

Antara masalah aku..
Satu faktor umur..
Lepas tu sebab aku dah ada degree..
Lagi sebab sem aku pendek sangat..
Ada yang minimum nak 6 semester..
Macam aku Insyaallah boleh habiskan dalam 5 semester je..
Course aku pun banyak jugak tak sponsor..
Ni semua dari feedback yang aku perolehi dari application aku..

Tapi Alhamdulillah rasanya masalah ni semua dah selesai..
Aku tak payah nak pening lagi pasal masalah kewangan..
Masalah kewangan dan kos sara hidup sepanjang aku belajar..

Kalau tak dulu lepas bayar duit yuran kali pertama dah risau macam mana nak bayar yuran lepas ni..
Mampu ke aku..
Sampai fikir mampu ke aku habiskan pengajian dengan keadaan aku sekarang..
Sampai masa ayah hantar aku daftar..
Aku kata aku akan cuba apply MARA atau usahakan apa-apa bantuan kewangan..
Tapi dia cakap..
Kalau tak dapat macam mana?..
Berenti belajar dan keje balik?..
Aku senyap je masa tu..
Padahal aku sendiri tak pasti..
Tapi tekad nak habiskan belajar jugak macam mana pun..

Kalau pasal sara hidup..
Memang aku hidup dalam keadaan sangat sederhana..
Tapi elok jugak untuk latih diri aku ni..
Kalau tak manjang nak makan sedap je..
Selalu bershopping kalau dulu..
Tabiat suka bershopping ni memnag dari sekolah sampai la masa belajar dan masa keje lagi hebat sebab ada duit sendiri..
Memang banyak membazir..

Membazir dekat shopping, dekat makan dan dan perkara-perkara lain..
Sekarang memang banyak yang aku belajar dan Alhamdulillah mampu kawal diri..
Dan macam yang aku selalu cerita..
Kawan-kawan aku pun sangat pemurah dan membantu..
Kami bukan ada darah daging ke apa..
Tapi bab belanja bila jumpa dan moral support memang terbaik..
Kalau nak makan sedap-sedap memang dengan dieorang la..
Keluarga tak payah cakap la..
Sentiasa di sisi aku susah dan senang..
Kadang-kadang dieorang bertegas memang untuk ajar aku bukan sebab tak suke ke apa..
Sangat banyak pengajaran untuk aku..

Ayah yang masa mula-mula menentang keras pun..
Tapi bila aku suruh pos buku sebab nak guna pun..
Tak jadi pos sampai sanggup hantar sebuah buku dari kampung ke Kemaman..
Tu memang cara die mengajar dan cara die..

Cuma sekarang ni fokus untuk dapat keputusan yang cemerlang dan dapat tempat untuk internship yang baik..
Lately pun aku banyak sangat main dan tak fokus..
Dua sem last ni memang aku kene betulkan balik..
Aku nak lebih serious dan fokus..
Cepat sangat lalai dan alpa betul aku ni..

Satu lagi untuk cuba pastikan aku bole habis dalam masa 5 semester..
Kene settlekan CBL..

Insyaallah aku dah bole selesaikan semua yuran aku sem baru ni..
Alhamdulillah sangat kerisauan aku dan kesusahan aku pada awalnya ada jalan penyelesaian..
 Semua ni jadi pengajaran yang sangat berguna pada aku untuk masa depan..
Jadi misi aku sekarang adalah untuk habis belajar dengan cepat dengan keputusan yang sangat cemerlang dan dapat tempat untuk internship yang sangat baik..
Terima kasih banyak dekat keluarga dan kawan-kawan yang sangat membantu..
Kalau perkara ni tak jadi mungkin aku akan hanyut dengan dunia aku je..
Tapi disebabkan perkara-perkara macam ni aku makin kenal keluarga dan kawan-kawan aku..
Aku sangat harap semua berkesudahan dengan baik..AMIN..

Satu lagi..
Semua pengalaman ni pun mencetuskan satu idea kepada aku untuk diusahakan..
Insyaallah satu hari nanti..
Doakan untuk aku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...