Friday, 21 June 2013

Sailormoon..

Assalammualaikum..

Sekarang pukul 0519 pagi..
Gap paper final ni aku tak buat apa pun..
Ada study untuk paper SFD je sikit-sikit..
SFD ni paper Seabed Foundation..

Tiga hari ni enjoy je..
Enjoy tengok movie dekat bilik..
Aku tengok sekarang ni status dekat fesbuk ramai suka tengok cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia..
Disebabkan tak de TV jadi tak dapat la tengok..
Nasib baik la ada wireless percuma yang agak laju..
Jadi bole la selalu bukak youtube dengar lagu atau tengok movie..
Dari semalam aku marathon tengok cerita SSID ni dekat youtube dari episod 1 sampai 11..hehe..
Best movie ni..
Jalan cerita yang menarik ditambah dengan pelakon yang sangat berbakat..
Lebih-lebih lagi pelakon utama dia..
Izzue Islam dan Tiz Zaqyah..
Walaupun ramai je muka baru dalam cerita ni..
Tapi disebabkan ada pelakon-pelakon yang sangat berbakat memang dah cukup..
Pelakon macam Tiz, Izzue, Wan Maimunah memang sangat-sangat menguatkan cerita ni..
Tambahan Qi, dan kemunculan semula Wilma..
Wilma sangat la sweet..

Ok aku malas la nak review lebih-lebih pasal drama ni..
Karang berjela-jela pulak..hehe..
Hari tu aku marathon tengok cerita Pengantin Untuk Dijual..
Best jugak la..
Nama-nama dalam cerita tu unik sangat..
Indah, Kaseh, Cinta..hehe..

Ok berbalik pada tajuk..
Entah kenapa tiba-tiba teringat sesuatu..
Benda yang menggamit kenangan juga.hehe..
Dan lebih-lebih lagi maklumat di hujung jari sekarang..
Aku terus cari lagu Sailormoon dekat youtube..

Aku ni membesar dengan cerita macam ni dulu..
Aku membesar dengan Sailormoon, Dragon Ball, Doraemon, Tomato man..
Walaupun aku bukan lah peminat tegar cartoon..
Tapi ada jugak la memori aku dengan cerita-cerita macam ni..
Ada jugak la kenangan-kenangan masa kecik dulu yang aku ingat lagi..
Cerita Sailormoon dan Dragon Ball selain famous dekat tv komik dia pun sangat la famous..
Tapi aku tak de pun koleksi..
Kalau nak baca pun pinjam dekat orang je..

Cerita Sailormoon ni pun mengingatkan aku kenangan aku masa sekolah rendah dulu aku duduk asrama..
Aku pernah duduk asrama masa sekolah rendah dulu..
Masa tu aku darjah 4..
Kalau rajin nanti aku cerita..

Aku nak share lagu ni..
Untuk recall memori orang yang lahir satu zaman dengan aku..
Atau untuk yang tak pernah kenal benda ini semua untuk tahu..


Maafku tak pernah berterus-terang. 
Bukan ku tak mempercayaimu,
Namun sebelum ku berganti rupa.. 
Ingin aku menemuimu.. 
Ku kan bermandi cahaya bulan 
Yg cemerlang di malam yg cerah.. 
Memang teLah lama kurasakan Ingin menolong yg lemah.. Tiba-Tiba keajaiban terjadi 
Kekuatan muncul di diri 
Untuk melawan semua kejahatan.. 
Kekuatanku harus digunakan 
Menegakkan segala kebenaran 
Ini keajaiban alam.. 
Aku mempercayainya 
Ini keajaiban alam

Enjoy this song..
Esok sampai hari Isnin ada lah hari yang panjang untuk aku..
Kalau rajin nanti aku share..
Selamat malam semua..

Lebih setahun dah blog ni ada..
Tempat aku share pengalaman hidup..
Wujudnya blog ni masa aku nak belajar balik dulu..
Semoga apa yang aku share macam Permohonan Sumbangan Ahli Parlimen, Pengeluaran KWSP untuk Pendidikan dan sebagainya sangat membantu adik-adik lepasan yang bakal melanjutkan pelajaran..

Adik aku ada seorang lepasan Politeknik dan matrikulasi tengah tunggu panggilan untuk sambung belajar..
Ada seorang adik sepupu lepasan SPM dah dapat tempat..

Masa aku nak sambung belajar dulu memang agak banyak dugaan..
Memang agak pening kepala..
Lebih-lebih lagi mengenai kewangan..
Tapi Alhamdulillah ada je jalan Allah mudahkan..
Dan aku dan Sem 3..
Insyaallah tinggal dua sem je lagi..
Kurang dari setahun lagi nak habis..
Aku pun tak sangka mampu berada sejauh ini..
Dan kehidupan pun tak la seteruk mana..
Apa pengalaman yang aku perolehi memang di jadikan panduan dan pedoman untuk selepas ini..
Dan ada juga perkara yang terjadi memberi inspirasi untuk aku di masa hadapan..
Banyak cetusan idea yang aku perolehi sepanjang setahun ni..

Semoga semua berjalan dengan lancar..
Jangan pernah berhenti mencuba..
Insyaallah dimana ada kemahuan, di situ ada jalan..
Aku memang tak pernah berhenti memotivasikan diri sendiri..
Orang keliling macam family, en.bf, kawan-kawan memang sangat banyak membantu..
Tanpa mereka siapalah aku..
Alhamdulillah Tuhan kurniakan aku orang-orang macam ni keliling aku..
Tu semua rezeki..

Banyak juga yang aku nak kongsikan..
Insyaallah kalau di izinkan..
AMIN..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...