Tuesday, 11 June 2013

Love This Song..Wali Band - Aku Sakit..

Assalammualaikum..

Aku suka dengar lagu ni..
Tak tau la kenapa suka lagu sedih-sedih ni..haha..
Lagu slow yang selalu melibatkan perasaan..

Banyak lagu Wali Band yang aku suka dengar..
Selain lagu ni aku suka jugak dengar lagu Dik, Puaskah dengan Doa ku Untuk mu..

Tapi kebanyakkan lagu indon memang agak sedap di dengar..
Tapi antara lagu favorite aku..
Kalau dengar je terus menangkap dekat telinga aku ni..
Walau pun lagu tu dah lama..
Walau pun lagu tu dah dengar banyak kali..
Macam lagu Dadali - Di saat aku mencintai mu..
Lagu Motif Band - Tuhan Jaga kan dia..

Lagu Malaysia ada jugak yang aku suka..
Macam lagu Ramlah Ram - Sesaat Kau datang..

Sebenarnya bukan la feeling sangat bila dengar lagu-lagu ni..
Lagi satu aku ni jenis yang susah sangat nak hafal lirik..
Walau pun aku dah dengar lagu tu entah berapa kali..

Tapi lagu tu mungkin ada kenangan atau mengingatkan sesuatu dekat aku..
Bukan la lirik lagu tu yang ada kene mengena atau meninggalkan kesan..
Kadang aku tak de lah menghayati lirik lagu tu..
Cuma sedap didengar walaupun berulang kali..
Yang penting sebenar maksud aku yang meninggal kesan dan mengingatkan sesuatu dekat aku ialah kejadian yang terjadi waktu aku dengar lagu tu..

Contohnya lagu Dadali ni tahun 2010 tak silap..
Waktu tu aku baru habis belajar dekat Penang..
Lagu ni famous masa tu..
Masa tu aku tengah sibuk cari keje..
Jadi mengingatkan aku kenangan tu..
Susah payah cari keje masa tu..
Baru grad masa tu..
Sempat keje part time jadi cikgu tusyen sekejap sementara dapat keje tetap..

Lagu Ramlah Ram - Sesaat Kau Datang dan Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah pulak famous tahun lepas tak silap..
Masa tu tengah struggle keje dan dah nak decide untuk sambung belajar..
Banyak kenangan nya masa tu..
Kenangan dengan Sen..
 Duduk sama dengan dia..
Kenangan duduk dekat Pangsapuri Bukit Keramat dengan Ain dan Raihan jugak..
Walaupun sekejap..
Tapi banyak sangat kenangan pahit manis nya..

Cerita pasal Sen..
Career Sen makin berkembang sekarang..
Baru-baru ni die ada nak cari keje baru..
Banyak jugak yang company yang dia apply panggil interview..
Dan dah dapat offer pun..
Offer gaji dan benefit yang lebih bagus..
Offer masa depan career yang lebih baik jugak..
Alhamdulillah dan aku pun gembira untuk dia..
Sampai sejam lebih dia call aku bersembang pasal career dan masa depan career dia..hehe..
Dia pun sangat happy dan excited untuk belajar, belajar dan belajar lagi demi masa depan..

Sangat seronok sama-sama membina masa depan dengan kawan-kawan..
Berkongsi susah dan senang sama-sama..
Saling membantu untuk sama-sama naik..
Bila stress ke call bercerita dan minta pendapat kawan..
Mungkin dia ada pendapat lain..
Mungkin cara die pandang situasi tu tak sama macam kita..
Ada benda yang kita tak nampak dan sedar tapi die sedar..
Sama jugak la bila gembira..
Pun share sama-sama..
Lepas tu excited untuk sama-sama plan kearah benda yang lebih baik, baik dan lebih baik lagi..:))

Lagu Nira - Hati ku Milik mu pun ada sangat banyak kenangan untuk aku..

Jadi ada lagu bila dengar mengingatkan aku pada kenangan masa dulu..hehe.. 
Yang pahit, sedih, susah tu memang di jadikan penguat semangat untuk mengharungi hidup yang mendatang..
Supaya lebih berhati-hati, tak mudah lupa diri dan sebagainya..
Yang indah tu pun pembakar semangat untuk dapat kan benda yang lebih baik lagi..
Semuanya memang tak pernah mudah..
 Enjoy this song..

 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...