Tuesday, 11 June 2013

Lines Plan - What is Lines Plan (Part 1)

Assalammualaikum..

Rasanya hari ni aku nak share sikit mengenai Lines Plan..
Ni sekadar info dan perkongsian maklumat kepada sesiapa yang berminat mengenai Lines Plan ni..
Aku asyik buat entry pasal Lines Plan je kan..
Apa Lines Plan tu?..
Sebelum ni aku pun tak tau apa Lines Plan ni..
Jadi bila masuk belajar balik ni la baru tau..
Kira belajar benda baru la kan..

Subjek Lines Plan ni memang sepenuhnya projek..
Awal sem kami semua di beri main dimension untuk kapal yang kami akan buat Lines Plan dia..
Selain itu kami juga diberikan jenis kapal yang perlu kami lukis..
Kami diminta membuat lines plan ni menggunakan AutoCAD..
Mula-mula aku guna AutoCAD 2010..
Tapi lepas tu dekat laptop satu lagi memang untuk buat lines plan ni aku guna AutoCAD 2007..
Sebab cari installer AutoCAD 2010 tak de..huhu..
AutoCAD 2010 ni memang dah ada dalam laptop aku ni dapat masa keje dulu..

Macam untuk aku main dimension untuk kapal aku ialah:

Length (Lpp)  = 92.1m
Lebar (B) = 15.4m
Draft (t) = 4.9m
Height (H) = 6.57m
Block Coefficient (Cb) = 0.64
Type of Ship : Container
Name of ship : MV Kamila

Dengan dimension yang di berkan ni la kami mula membuat lines plan untuk kapal kami bermula dari Curve of Section Areas (CSA) sampai la ke Offset Table..
Nampak tak nama kapal tu..
Sweet kan..hehe..

Selain dari main dimension di atas kami juga di bekalkan dengan;

  1. Excel - Untuk pengiraan membuat lines plan..
  2.  Nederlandsche Scheepsbouw Proefstasioen (NSP) diagram- digunakan untuk melukis CSA graf dan mencari nilai e bagi mendapatkan nilai Longitudinal Centre of Bouyancy (LCB).


NSP diagram 

3. U Spant graph - untuk mendapatkan sudut yang diperlukan bagi melukis graf B/2



U Spant Graph

4. Satu lagi atas kertas ni tulis HET VARIERENDE BLOKCOEFFICIENTEN..hehe..
Bukan main berbelit lagi nama die..
Aku malas pulak nak amik gambar kertas ni..
Atas kertas ni ada 4 contoh body plan dengan nilai Cb yang berbeza..
Jadi kita tenogk dekat nilai Cb yang kita dapat dan refer dekat model gambar mana yang dekat dengan nilai Cb kita..

Awal-awal memang ni je yang kitaoran dapat..
Jadi memang kene pegi kelas la sebab dia akan ajar step by stey apa yang perlu buat..
Tak pun dekat excel yang die provide tu pun ada jugak tunjuk sikit-sikit dan explain macam mana nak buat..
Tapi makin lama kita dengan sendrinya akan faham apa yang kita buat..

Lines Plan ni adalah aplikasi kepada kepada matapelajar Floating Structure Technology (FST) dan Engineering Drawing and Design (EDD) aku..
Kalau FST banyak belajar mengenai kapal dan EDD pulak macam belajar Lukisan Kejuruteraan..
Jadi Subjek Lines Plan ni adalah gabungan dan aplikasi kepada kedua-dua subjek ni pada aku..
Bukan sekadar skill melukis di AutoCAD tetapi memahami apa yang kita buat dan relate kan dengan teori yang dah kita pelajari sebelum tu..
Ditambah lagi dengan pengiraan dan teori-teori lain untuk kita lebih memahami apa yang kita buat..

Awal-awal buat memang tak berapa faham la..
Tapi bila dah go through satu-satu agak faham jugak la secara umum..
Dan bila study untuk buat report dan untuk presentation rasanya lagi bertambah faham..
Tapi masih banyak lagi yang aky perlu belajar..

Aku pun banyak refer dekat nota FST dan nota dekat internet..
Sebab tak de buku rujukan untuk Lines Plan ni..
Antara sumber rujukan aku ialah dekat sini dan juga di sini..
Banyak jugak lagi sumber rujukan aku dekat internet ni..

Aku rasa aku akan tulis mengenai Lines Plan ni by part..
Ni kepada yang berminat mengenai Lines Plan ni la..
Sebab ni benda teori kan..
Mungkin orang technical tak berapa berminal tentang benda ni..
So aku akan tulis by part supaya sistematik sikit..
Kalau tak memang agak semak..huhu..

Nama kapal tu memang agak sweet dan ada nilai dekat aku..hehe..
Dan satu lagi..
Antara sebab yang membawa aku kepada entri ini ialah..
Petang tadi aku dapat call dari senior budak marine..
Salah seorang yang sangat membantu aku dalam menjayakan lines plan aku ni..
Unofficial result untuk lines plan dah keluar katanya..
Tapi aku tak tengok lagi sendiri..
Sebab tu aku kata unofficial..
Lagi pun tak tulis lagi dekat trasncript..
Jadi aku tak bole la nak share lagi..
Lagi pun aku dah janji nak share mengenai lines plan..

Masa aku nak siap kan projek ni ada jugak la sumber-sumber yang sangat bermanfaat dan sangat membantu..
Cuma aku nak kongsikan jugak dekat blog aku ni..
Mungkin berguna dekat orang lain..
Dan yang berminat mengenai Lines Plan ni..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...