Wednesday, 5 June 2013

Lines Plan - Capek Bangat..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah drawing lines plan aku dah siap..
Insyaallah dan harap sangat tak de masalah sangat lagi..

Tinggal nak review balik report yang aku tulis..
Sebab baru buat report tu semalam..
Supervisor nak tengok hari ni..
Aku pulak buat drawing dan report sorang-sorang je..
Memang banyak yang kene review dan tengok balik..
Sebab buat dalam keadaan tergesa-gesa..

Tapi belum la bole rilek sangat pun..
Sebab drama ni belum habis lagi..
Cuma dah nak sampai ke penghujung..hehe..

Memang banyak betul drama sepanjang nak siapkan lines plan ni..
Minggu last ni masuk hari ni dah 5 hari rasanya tak tidur malam..
Memang berkampung dengan budak-budak ni buat lines plan..

Esok akan register untuk lines plan..
Hari ni dah dapat sign dari supervisor aku..
Alhamdulillah lega sikit..

Tak tidur tu sebab nak saling tolong menolong antara satu sama lain..
Sebab ramai jugak la yang tak siap lagi masa tu..
Jadi bila duduk ramai-ramai bole la saling tunjuk ajar antara satu sama lain dan saling bagi semangat..hehe..
Cuma aku rasa kalau buat sorang-sorang lebih fokus..
Dah lebih cepat siap..

Nasib baik juga lah aku banyak dapat tunjuk ajar, pertolongan dan kerjasama kawan-kawan dengan sangat baik..
Bila aku tanya atau perlu kan pertolongan ramai je yang sudi membantu..

Masa ni jugak la kita lagi kenal siapa orang di sekeliling kita..
Dan ada jugak yang aku agak terkilan sikit..
Bila sibuk dan kene dahulu kan kita punya tak dapat bagi komitmen yang baik dekat orang..
Ada la emosi sikit, terkasar bahasa, expresi muka yang tak menyenangkan ke..

Aku rasa aku gunakan prinsip ni..
Work is work..Friends is friends..
Kene professional la..
Kalau masa keje bila salah ke, tarkasar bahasa, mara ke..
Kalau bersebab memang kene terima dengan hati yang terbuka la..
Lepas tu berkawan macam biasa..
Bukan bila kene tegur sikit terus jauhkan diri..
Nak ambil hati..
Nak fikir ego la itu ini la..
Tak professional lansung..
Biasa la sifat manusia lain-lain kan..
Ada yang penyabar, ada yang agak cepat mara..

Harap sangat malam ni dapat tidur..
Rasa macam penat je..
Badan pun rasa penat..
Pagi tadi pukul 8 lebih baru balik dari rumah budak-budak ni..
Pukul 9 lebih tidur..
Tiba-tiba terjaga pukul 1 terus rasa macam dah lambat..
Cepat-cepat bangun siapkan report..
Pukul 9 lebih baru makan..
Tak makan lansung dari siang tadi..

Esok adalah hari pendaftaran untuk lines plan..
Rasa nya ada hari yang panjang dan penat jugak esok pagi..
Nak kene print drawing, nak kene print report, dan nak kene register lines plan aku tu..
Harap sangat semua dipermudahkan..
Berjalan dengan lancar dan hujung minggu ni prepare untuk presentation 9 atau 10hb nanti..
Harapnya dapat keputusan yang cemerlang untuk lines plan ni..Amin..


Ni lah gambar lines plan aku..
Gambar ni la yang akan di print menggunakan kertas saiz A0..
Dan akan digunakan untuk present nanti..

All the best untuk diri sendiri..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...