Friday, 7 June 2013

Itik dah penuh..

Assalammualaikum..

Siapa suka simpan duit dalam tabung?..
Aku tak ingat la sejak bila suka simpan duit dalam tabung ni..
Tapi dah lama jugak la amalan ni..

Tabung itik yang aku guna ni pun dah lama..
Tabung ni ada sejak aku kecik lagi tak silap..
Masa dekat Penang dulu pun guna tabung ni..
Tabung ni guna untuk letak duit syiling..

Aku tak suka sangat letak duit syiling dalam wallet..
Sebab bila dah banyak-banyak memang berat..
Jadi setiap kali balik bilik dari keluar aku akan masuk kan duit syiling dalam tabung..
Bila dah lama-lama tabung pun penuh..


Tabung itik..
Kecik je tabung ni..:)
Tapi dah banyak berjasa dan berbakti dekat aku..


Bila itik dan penuh..
Tak bole nak isi lagi..


 Keluar kan semua isi..
Termasuk yang tak bole nak masuk dalam itik tu lagi..


Lepas tu susun dan kira..





Then masukkan dalam plastik..
Tulis atas kertas date n nilai lepas tu bungkus..hehe..
Jadi itik dah kosong balik..
Bole la menabung balik..hehe..

Kalau dulu aku ada bekas NH Collagen plus..
Kalau itik tu dah penuh..
Aku cuma masukkan dalam bekas tu sebab memang besar..
Bila free baru bawak pegi bank..

Kalau macam ni simpan dalam plastik je..
Tukar dekat kedai balik..
Atau bagi dekat wan aku..
Dia akan bagi adik bongsu bawak balik johor..
Adik aku tu tiap hari akan call mak aku guna public phone dekat hostel..
Jadi die kene ada banyak stok duit syiling la..hehe..

Tabung ni pun ak letak atas almari..
Selain sebagai tabung bole jugak jadi sebagai hiasan..hehe..
 Sesiapa yang rajin menabung lepas ni bole la terus kan amalan tu ye..
Kalau tak rajin tapi tibe-tibe rasa semangat nak menabung pun ok..
Bole la dapatkan tabung-tabung yang comel..hehe..
Best je tengok duit banyak-banyak..
Sebab orang suka sepahkan duit syiling..
Sikit-sikit pun bila dah lama-lama jadi banyak jugak..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...