Thursday, 27 June 2013

Akhirnya..Home Sweet Home..

Assalammualaikum..

Petang semalam aku dah sampai rumah..
Mula-mula ingat nak balik pagi..
Tapi sebabkan Sen rushing nak pegi keje pagi tu..
Tak dapat la aku tumpang nak pegi Station LRT Kelana Jaya..
Dia janji nak hantar aku masa rehat tengah hari..
Aku pun sambung tido balik..

Kebetulan housemate Sen tak pegi keje..
Sebab terlambat bangun..
Aku bangun die tengah masak..
Dah beli lauk segala..
Tapi tak sempat nak makan..
Sebab Sen dah sampai masa tu..
Nanti lambat pulak die nak masuk ofis balik..

Malas pulak nak minta housemate die hantarkan..
Sebab tak biasa satu hal walaupun housemate die ok je..
Lagi pun takut die ada hal nak keluar ke..
Lapar la jugak..
Sudahnya aku beli vitagen, sausage roll, mexico bun dengan puff sardin dekat Station LRT Pasar Seni..
Aku selalu jugak la beli dekat situ..
Nama bukan main tapi harga total dalm RM5 je untuk semua makanan tu..

Dalam pukul 5 tak silap aku sampai rumah..
Sangat seronok sebab ada makanan yang sangat heaven..
Sampai-sampai je tukar baju memang terus makan..hehe..
Semalam ada asam pedas, kobis goreng, ayam masak kicap..
Malam nye pulak ada pengat labu..
Pagi tadi tido lambat wan siap goreng nasi lagi..
Pergh sangat la seronok..
Makanan di mana-mana..hehe..
Naik la badan cuti ni..

Lagi satu yang sangat menyeronokkan ialah ramai yang ada dekat rumah..
Atok ada balik, Zack ada dekat rumah sebab dah habis Politeknik nak ambil MUET, Wafi pulak baru habis matrik tengah tunggu U..
Sementara tu Wafi keje dekat Pizza..
Cuma tak sempat jumpa P.Long sebab die balik S'wak hari Isnin..

Memang seronok bila ramai yang ada dekat rumah..
Kalau sorang-sorang je kurang seronok la..
Sebab kalau ramai-ramai bole sembang-sembang, makan-makan ramai-ramai..
Bole melepak tengok TV sampai lewat malam ramai-ramai..hehe..
Dah biasa dengan suasana ramai..
Bila tak ramai memang kurang meriah sikit..
Dan aku rasa dah ada beberapa agenda cuti ni..
Harapnya tercapai la..AMIN..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...