Tuesday, 21 May 2013

Welding dan Lines Plan lagi..

Assalammualaikum..

Sekarang jam menunjukkan pukul 2.54 pagi..
Ni ikut jam dekat henfon aku la..
Sekarang ni memang tak de masa betul nak berpoya-poya..huhu..
Semalam ada ajak budak-budak ni keluar..
Nasib baik tak jadi..

Sekarang banyak masa aku memang dihabiskan dengan buat dua aktiviti ni..
Aktiviti welding dan buat lines plan..

Semalam ada test untuk subejk welding yang ke dua..
Lepas habis test En. Lan ada ajak aku pegi bengkel kalau nak belajar pasal fiber..
Fiber untuk buat boat..
Yelah bukan senang nak dapat peluang ni kan..
Aku pun ok je nak datang..
Macam minggu lepas tiap hari budak-budak ni pegi bengkel..
Penat memang penat tapi bila fikir ni la peluang nak belajar..
Gagahkan diri je kan..

Tapi semalam aku tak pegi pn..
Lepas test pegi check drawing kejap..
Sekali drawing aku ada salah..huhu..
Walaupun lecturer tu kata bole abaikan..
Tapi aku tak senang hati..
Usaha jugak untuk buat yang betul..huhu..

Disebabkan drawing tu dah salah..
Aku pun dah tak de mood nak pegi bengkel..
Balik semalam pun aku tak usik lansung pun drawing tu..
Punya la kecewa dan stress..
Sebab dah buat banyak dan kene betulkan banyak jugak..hohoho..
Lepas mandi suma aku tidur jap..
Bangun buat assignment DOS..
Malam sikit baru tengok drawing..
Tapi tak de semangat jugak nak buat..
Sudahnya tengok movie dekat you tube..

Malam semalam pun tidur awal..
Dengan harapan nak bangan awal hari ni nak buat drawing yang salah tu..
Tu pun pagi tadi liat sangat bangun..
Banyak kali dah terjaga tidur balik..
Lepas tu fikir..
Dari tak buat apa-apa baik betulkan secepat yang mungkin..

Buat-buat semua sebelum pegi kelas petang tadi dah siap yang aku patut betulkan tu..
Cuma tinggal nak proceed ke step seterusnya je..
Macam mana pun minggu ni memang kene siapkan jugak..
Dah la report tak buat lagi..huhu..
Nasib baik dah ada bahan sikit-sikit..

Petang tadi pegi bengkel..
Alhamdulillah projek tu dah hampis siap..
Memang datang untuk touch up dan tambah-tambah bagi menarik je..

Balik aku pun sambung buat drawing..
Esok pagi pukul 8 aku ada presentation Subjek Welding..
Nampak tak.
Welding lagi..haha..
Tajuk aku pasal Underwater Welding..
Pukul 11 lebih tadi baru dapat agihan tugas..
Lepas pukul 12 baru cari info..
Dah aku menaip entri ni lepas siap buat slide..
Harap semuanya berjalan dengan lancar esok..:)

Memang agak sibuk sekarang..
Tapi tak pelah..
At least masa di isi dengan perkara berfaedah..
Kalau weekend pun duduk bilik buat keje..
Kalau bosan tengok move dan tido..

Esok pun ada kelas Lines Plan lagi..
Tu yang beria jugak buat malam ni..
Harap ada gap esok aku bole buat supaya boleh catch up sebelum kelas..
Cuba buat sebanyak mungkin..
At least masa kelas bole check dan kalau ada salah lagi ada masa untuk betulkan..

Petang esok pun pegi bengkel welding lagi agaknya..
Datang petang tadi aku tengok budak main fiber..
Hujung-hujung tu aku ada jugak join sekali buat..hehe..
Semua ni pengalaman..

Semoga hari esok berjalan dengan lancar dan banyak lagi ilmu yang bole diperolehi..Amin..
Selamat Malam semua..:))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...