Monday, 27 May 2013

Weekend of Wesak Day..

Assalammualaikum..

Hari Jumaat lepas public holiday kan..
Cuti sempena hari Wesak..
24 May 2013..

Aku banyak jugak dapat jemputan majlis kawan-kawan..
Cuma masa jemputan tu tak perasan pulak cuti hari Wesak..
Yelah sebab bukan kenduri aku..
Tak de majlis apa-apa pun..
Memang tak alert la kan..
Lagi pun sekarang dah mula cuti sekolah..
Aku tau la Hakim balik..
Ada dekat rumah cuti ni..
Tapi memang tak terfikir la kan..

Macam biasa dekat sini memang cuti hari Jumaat..
Lagi la aku rasa biasa je..
Tapi masa bukak FB weekend ni..
Dari hari Jumaat hari sampai la ke hari Ahad wall penuh dengan gambar kawen kawan-kawan..
Kalau tak gambar kawen gambar tunang..
Kalau bukan kawan aku pun kawan-kawan dekat FB upload gambar dieorang pegi kenduri..

Tahniah kepada semua kawan-kawan yang dah berkahwin dan bertunang..
Memang aku jarang sangat dapat pegi..
Sebab aku pun jarang balik rumah..
Kalau balik dan kebetulan ada kenduri bole la aku pegi..
Biasanya akan pegi dengan en.bf and the gang la..hehe..

Seronok pegi kenduri ni sebenarnya..
Yang paling seronoknya bila jumpa kawan-kawan lama..
Kawan-kawan masa sekolah dulu..
Dari kurus ramai yang dah gemuk..hehe..
Kebanyakkan nye ye..hehe..
Dari single datang berdua dengan pasangan masing-masing..
Ada tu yang dah bertiga..
Dan ada tu yang dah berempat dan nak masuk berempat..haha..

Aku tetap single lagi..haha..
Insyaallah masa nya akan tiba jugak nanti..:)
 Dia lebih tau apa yang terbaik..
Aku rasa memang ada beberapa sebab kenapa aku belum bole kawen lagi..

Selain dari tu aku banyak jugak belajar pasal perhubungan weekend ni..
Kuasa jodoh tu memang dekat tangan Allah kan..
Sebab kalau dulu aku tau dieorang ni couple dengan orang lain..
Sekali bila upload gambar tunang..
Eh dengan orang lain..
Dengan budak sekolah aku balik masa satu sekolah dulu..
Sampai aku tengok FB tunang dieorang yang lelaki nak dapatkan kepastian..hehe..
Tu lah kuasa jodoh..
Bercinta dengan orang lain tengok kawen dengan orang lain..

Masing-masing memang ada cerita yang tersendiri kalau pasal jodoh ni..
Aku pulak cuma mampu berdoa dan berharap..
Kalau betul yang aku ada sekarang yang terbaik untuk aku..
Semoga Tuhan permudahkan..
Kalau tak mungkin ada yang lebih baik untuk aku..

Lagi satu pada aku perkahwinan ni pun perkara yang agak complicated jugak..
Melibatkan banyak pihak dan hati..
Bila aku dengan en.bf hanya melibatkan dua orang je..
Tapi bila dah bab berkahwen dah melibatkan family dan sebagainya..
Ni pendapat peribadi aku je sebab ku tak melalui fasa tu lagi..
Mungkin benda die mudah je..

Maaf malas nak upload gambar kawan-kawan kawen..
Sekali lagi..
Kepada yang baru berkahwen..
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
Cepat-cepat la dapat baby ye..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...