Saturday, 4 May 2013

Kasut Baru - Bata..

Assalammualaikum..

Kasut..kasut..kasut..
Rasanya ni kasut yang ketiga aku beli untuk pakai ke kelas..
Kasut Primavera yang aku beli sebelum ni untuk pakai ke kelas dah agak uzur..
Bahagian belakang dekat bahagian tumit dah macam nak berlubang..huhu..
Lebih-lebih lagi sekarang ni pegi kelas jalan kaki..
Lagi lah cepat rosak kasut tu..
Yelah digunakan semaksimum yang mungkin..
Tu je lah satu-satunya kasut formal yang aku ada..huhu..
Kadang-kadang aku pakai je sandal I-Panema aku tu kalau kene pakai formal ke kelas..
Biar la orang nak cakap apa..
Ada benda lagi penting yang aku kene dahulukan kadang-kadang..
Kalau setakat cakap orang yang tak memahami situasi orang ni aku malas nak amik tau..

Dah lah tak nak cuba memahami situasi orang..
Lepas tu banyak komplen pulak tu..
Memang aku malas nak layan..

Disebabkan kasut aku dah agak uzur..
Lepas tu sekarang pegi kelas jalan kaki..
Jadi aku memang bercadang nak beli kasut baru..

Sebelum ni aku tengok ada sepasang pump shoes dalam bilik aku ni..
Kasut Zack..
Aku tengok agak selesa..
Ketahanan tu aku kurang pasti..
Tapi design die memang simple..
Sesuai untuk di pakai pegi ke kelas..
 Aku tanya Zack die cakap mura je..
Beli dekat Bata..

Jadi sebelum balik ni..
Selain beli scrub muka alang-alang dekat Giant Senawang tu ada Kedai Kasut Bata aku pegi la beli..

Kasut ni warna biru sebenarnya..
Tapi nampak macam warna hitam sikit kan..
Ke mata aku je yang nampak macam tu..hehe..

Saiz 7..

Masa mintak saiz aku sebut la saiz 8..
Sebab biasa memang pakai saiz rare macam tu..
Yang tak de dekat dispaly..
Setiap kali nak try kasut memang kene mintak dekat SA..
Kalau betul-betul memang nak beli kasut je biasa aku tanya saiz ni..
Kalau saje-saje nak try memang tak la..

Bahagian bawah tapak kasut..

Fully getah dan banyak jalur-jalur..
Menambahkan friction (geseran) dengan permukaan lantai..
Sangat penting bila jalan basah supaya tak licin..
Harap-harap memang tak licin..

Pandangan sisi..

Nipis je kan..
Tak silap aku material dia adalah getah jugak..
Bukan kain..
Tapi ada lapis dengan baldu sikit..

Berbanding dengan kasut sebelum ni..
Dah la flat lepas tu bila masa hujan atau pegi tandas cepat sangat basah..
Yelah tapak die nipis je kan..
Aku rasa ni lagi better la kalau in term of basah ke tak tu..
Cuma tepi die cuma di gam kan je..
Jadi agak risau kalau cepat terkopak je..

Jujurnya kalau kasut terbaik nak pakai kalau belajar atau banyak berjalan ialah kasut Converse..
Kalau aku pakai dulu memang sangat tahan..
Pakai bertahun-tahun pegi kelas setiap hari (kalau aku tak pakai seliper pegi kelas..hehe)..
Tapak memang ok je..
Cuma kain die je warna die akan kusam..
Tapi memang pilihan aku dan en.bf la masa belajar dulu..
Bayangkan kalau nak pegi presentation formal pakai baju kurung pun pakai kasut Converse je..haha..
Tapi tu zaman muda-muda dulu la..haha..
Sekarang dah tua..
Lagi pun dulu bole pakai jeans pegi kelas..
Sekarang tak bole..huhu..

Ok berbalik pada cerita kasut ni..
Harga die ialah RM 24.99 sahaja..
Murah je kan..
Kalau cepat rosak pun tak de la ralat sangat hati kan..hehe..
Ada warna BIRU, HITAM, KELABU, dan MERAH tak silap..
Ni warna yang aku perasan la..
Sebab nak cepat je tadi..
Jumpa, mintak saiz, ngam, terus bayar..
 Kalau ada yang berminat bole lah dapatkan di Bata..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...