Monday, 6 May 2013

Fisrt Timer - PRU 13 2013..

Assalammualaikum..

Hari ni dah balik..
1st time naik Ekspress Kesatuan..
Mula-mula dah beli tiket Transnasional..
Tapi disebabkan bas malam P.Long belikan tiket lain..
Risau kalau sampai pagi-pagi..
Dah la perempuan kan..

Disebabkan semalam tidur lambat..
Pukul 4 pagi baru tidur..
Lepas tu pukul 6 pagi dah kene kejut..huhu..
Mula-mula M.Long cakap P.Long nak pegi keje lambat sikit..
Tapi pukul 6.45 pagi dah gerak..
 Macam biasa kalau sampai pejabat awal memang kene naik ke pejabat die dulu..
Lepas tu pegi sarapan pagi dekat Medan Selera Penghulu Cantik..
Masing-masing makan nasi lemak..
Aku makan nasi lemak ayam dieorag makan nasi lemak telur..
 Sebab fikir kalau sarapan makan berat tak pe..
Banyak masa untuk bakar balik makanan tu kan..

Dekat KL kene tukar bas pulak..
Masa dekat KL aku beli lah sebotol air oren Tropicana Twister dan buah tembikai susu..
Sepanjang perjalanan dari Seremban ke KL..
Dan dari KL-Terengganu memang aku tidur je lah..huhu..
Bas berenti makan ke apa memang aku tidur je..

Ni semua penangan nak tengok keputusan Pilihan Raya Umum 13 2013..
5 Mei 2013 tarikh keramat..
First time mengundi..

 Bukti pegi mengundi..hehe..

Kesan dakwat ni masih ada lagi pada tepi-tepi kuku aku..
Walaupun dah mandi dan pegi tandas berapa kali entah..
Sebab aku tak de pulak la gelabah taik balik tu nak basuh beria-ia lepas tu post dekat facebook dakwat tak kekal ke apa entah..
Dari sibukkan hal-hal remah macam ni lagi baik sibukkan benda lagi penting..

Nak cerita perasaan pertama kali mengundi..
Mungkin orang lain yang dah pernah mengundi rilek je..
Atau yang 1st time macam aku jugak..
Tapi rilek je..hehe..

Honestly aku memang rasa bersemangat sangat nak mengundi..
Nak tunaikan kewajipan aku sebagai warganegara Malaysia..
Lebih lagi dengan keadaan politik di Malaysia yang semakin kritikal..
Aku sendiri takut dengan gelombang politik keliling aku..

Walaupun aku pegi mengundi lambat..
Pagi tu aku tengok bukan main ramai lagi dah post gambar jari mereka sebab dah mengundi..
Tapi rasanya aku nak pegi mengundi petang la..
Sebab aku rasa tak ramai akan pegi petang..
Masing-masing dah semangat nak pegi mengundi pagi-pagi tu kan..
Mungkin waktu petang kemeriahan die kurang berbanding pagi tapi ok la..

Sebelum keluar memang aku sempat chat dengan Haziq..
Die mengundi dekat Bukit Antarabangsa..
Dan die bagi tau die dah decide untuk undi apa..hehe..

Tapi aku rasa PRU ni menaikkan semangat melebihi Hari Merdeka pulak..
Rasa Patriotik tu membuak-buak..
Dan buatkan aku sedar aku punya tanggungjawab yang besar juga..
Tanggungjawab yang bukan individu..
Apa keputusan aku terhadap pilihan aku membawa bersama impak nya kepada agama, bangsa dan negara aku..
Jadi memang kene fikir dan pertimbangkan baik-baik..
Untuk 5 tahun akan datang..
Jadi tak bole la terlalu terikut-ikut dengan emosi dan sebagai nya..

Dan atas kesedaran ini lah aku rasa aku patut bangkit..
Bangkit untuk berjuang demi agama,bangsa dan negara aku..
Aku patut memperbaiki diri aku dan lebih memajukan diri aku..
Dengan memajukan dan menaikkan taraf diri lah aku boleh membantu agama,bangsa dan negara aku..

Terlalu banyak perkara yang bole diulas sepanjang Pilihan Raya ini..
Tapi tak pelah..
Biarlah aku simpan sendiri dan di jadikan pembakar semangat untuk aku teruskan hidup..
Rasa hidup makin bermatlamat..

Apa pun tahniah kepada parti Barisan Nasional kerana memengangi pilihan raya ke-13 ni..
Rakyat telah memberi mandat kepada anda..
Tunaikan lah juga aku janji anda dengan sebaik-baiknya..
Perbaiki kelemahan dan terus tingkatkan prestasi anda..
Gunakan lah 5 tahun lagi kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dengan sebaik-baiknya..

Terima kasih juga kepada pembangkang..
Supaya kerajaan yang memerintah tak mudah alpa dan sentiasa la beri teguran..

Jadilah pemerintah yang baik..
Dan buktikan anda memang layak..

Satu yang aku suka dengar dan ingat sampai sekarang ayat Najib ialah..
Siapa pun kita..
Walaupun kita orang biasa kita pun boleh memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara kita..
Tak semestinya kita kene jadi Wakil Rakyat untuk beri sumbangan dekat orang..
Dan istilah dan pengertian sumbangan itu pun cukup meluas..
Sama juga lah dengan pengertian perjuangan menegakkan Islam..
Cukup luas..

Lagi satu yang aku belajar..
Individualistik tu memang tersangat la tidak bagus..
Walau macam mana kita berjaya sekalipun..
Tapi kalau orang keliling kita sengsara tak guna juga..
Hebat sangat ke kita kalau berjaya seorang diri tapi tak de sumbangan dekat orang lain pun..
Kita hidup saling bantu membantu..
Rezeki yang Tuhan bagi dekat kita bukan semua milik kita..
Ada bahagian orang lain jugak dekat apa yang Tuhan bagi kita..
Banyak-banyak la bersyukur kalau kita berjaya..
Kalau orang nak aniaya kita tak pelah..
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa..
Die sebaik-baik perancang..
Semua yang berlaku atas izin Nya..

Dengan dunia yang tanpa sempadan dan had sekarang..
Lets Rock the World..







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...