Thursday, 2 May 2013

Novel Fixi - MANGSA - LICIK - MENTAL ..

Assalammualaikum..

Balik bercuti ni jugak aku ada pegi kedai buku..
Nak guna baucer buku yang aku dapat..
RM 50 aku dah guna nak beli alat tulis..
Selebihnya ni aku tukar dengan ayah..
Ayah memang suka membaca dan sangat banyak koleksi buku..
Even buku masa die belajar dulu pun masih tersimpan lagi..

Cuma masa pindah rumah dulu ada kisah sedih sikit..
Ada orang yang tak tau sensitiviti orang dan hormat orang pada aku pegi bakar buku ayah dekat rumah lama..
Sementara ayah nak pindahkan buku ke rumah sekarang..
Nasib baik la mak cepat-cepat selamatkan buku ayah..
Yang dah terbakar sikit pun mak ambil..
Sebab mak tau macam mana tinggi nya nilai buku-buku tu dekat ayah..

Kalau ke Popular memang dieorang lebihkan beli buku..
Aku nak beli alat tulis RM50 pun die tak bagi..
Last sekali ayah beli dekat MPH..
Ayah banyak beli buku biografi..
Yang aku perasan die beli buku Mydin (Pengasas Pasaraya Mydin tu) sampai 3..
Ada yang dia nak bagi sekolah die cakap..

Masa tunggu ayah pilih buku aku jalan-jalan dekat bahagian novel..
Aku memang jarang beli novel..
Tak pernah beli kot..huhu..
Biasanya baca pinjam orang punya je..hehe..
 Mak suruh tengok kan ada novel Zack adik perempuan aku suka baca..
Mak kata novel bersiri..
Tapi duduk dekat bilik ni tak pulak aku nampak..

Bila amik Zack malam tu aku pun tanya..
Dia cakap novel Fixi..
Memang aku tak pernah baca lagi..
Balik kampung aku tengok ada 3 buah novel dalam bilik..
Aku pun agak suka membaca..
Lagi-lagi bila nak tidur..
 Jadi aku pun baca la novel-novel ni..

Bila baca sinopsis dekat belakang novel ni memang lain sikit dari novel biasa..
Biasanya novel banyak bertemakan cinta kan..
 Tapi ni tidak..
 Kalau tengok dekat price tag pun novel ni di kalsifikasikan sebagai mister/thriller..

Untuk yang nak tau lebih lanjut mengenai Buku Fixi ni boleh layari laman web die..

Serba sedikit mengenai Buku Fixi..

Buku Fixi ialah syarikat penerbitan novel yang mula aktif pada tahun 2011. Ia memberi tumpuan kepada karya-karya baru yang bersifat urban dan masakini. Nama syarikat diambil dari perkataan Bahasa Indonesia ‘fiksi’ yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘fiction’ yang diambil dari Bahasa Perancis Lama ‘ficcion’ yang diambil dari Bahasa Latin ‘fictionem’ … untuk menunjukkan yang tidak ada apa-apa yang original dalam dunia ini. Sasaran kami ialah untuk terbitkan sekurang-kurangnya satu novel setiap bulan.

Nak Menulis?

Jika anda berminat untuk menulis novel Fixi, inilah syarat-syaratnya:
• Sekitar 60,000 perkataan.
• Tema: Urban & kontemporari. Bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan.
Boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk, dan sebagainya.
• Fikir ‘pulp
• Judul harus satu perkataan saja.
Sila hantar sinopsis dan dua bab awal ke info@fixi.com.my (Amir Muhammad) untuk tindakan seterusnya
:-)

 3 Novel terbitan Fixi yang Zack ada..

Aku dah habis baca kesemuanya..
So far pada aku ok la..
Cerita yang lain dari dari kebiasaan..
Idea yang segar sebab sesiapa pun bole hantar nukilan mereka..
Gaya penulisan pun santai je..

Kalau novel thriller ni biasanya aku suka baca novel Ramlee Awang Murshid..
Sen antara peminat novel hasil nukilan Ramlee Awang Murshid dan banyak koleksi sejak kami belajar dulu lagi..
Selalu pinjam dekat dia la..
Sampaikan untuk Hadiah Birthday pun Adah hadiahkan novel Ramlee Awang Murshid dekat die..hehe..

Kalau nak dapatkan novel ni:

Pembelian di Kedai Fixi boleh dibuat dengan kad credit (Online Payment). Ia juga boleh dibuat dengan Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Online, PBeBank, HL Online dan sebagainya (Manual Payment) dengan cara ini: Setelah alamat dan butiran anda diisi, sila deposit jumlah yang diperlukan ke dalam akaun Public Bank kami (nombor akaun akan diberi melalui emel) dan hubungi sales@fixi.com.my dengan bukti pembayaran.

Selain itu, novel-novel terbitan Fixi turut dijual di kedai-kedai utama di Malaysia seperti MPH, Popular dan Kinokuniya.

 Dekat laman web dia aku tengok banyak lagi novel terbitan dieorang..
Harga bagi setiap novel pun berbeza..

Pada aku usaha ni bagus bagi merancakkan lagi industri penulisan tempatan..
Semakin ramai bakat baru dapat diketengahkan untuk pelbagai genre..
Kalau berminat bole la dapatkan, baca dan nilai sendiri..
Kalau nak hantarkan karya pun boleh..:))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...