Saturday, 4 May 2013

Apricot Scrub by St.Ives..

Assalammualaikum..

Semalam aku ke Seremban..
Tidur dekat rumah P.Long..
Die memang sibuk sangat tanya bila nak tidur dekat rumah..
Setiap kali cuti memang akan datang tidur dekat rumah dia..
Lagi die dah nak pindah ke Sarawak pertengahan bulan ni..

Jadi hari ni aku tumpang en.bf balik kampung..
Die nak balik kampung sebab esok nak mengundi..

Mula-mula tadi aku ikut family P.Long pegi kenduri..
Lepas tu singgah Giant Senawang untuk beli beberapa barang keperluan sebelum balik nanti..
Dah last-last minit ni jugak la baru nak beli barang kan..huhu..

Salah satu barang yang memang aku dah lama nak beli ialah scrub muka..
Scrub muka aku dah lama habis..
 Biasanya aku guna scrub Body Shop..
Scrub dari range product seaweed die aku suka..
Ni pun atas faktor kesesuaian kulit masing-masing..
 Macam kulit aku ni memang jenis yang ter sangat berminya..huhu..

Tapi kali ni aku beli Apricot Scrub dari jenama St.Ives..

Bahagian depan..

Ada beberapa jenis Scrub dari product St.Ives..
Tapi aku pilih yang ini..
Blemish Control..
Fungsi utama nya ialah untuk mencegah bintik hitam dan membersihkan pori muka..
Sebab kulit muka aku sangat berminyak..
 Kulit yang terlalu berminyak selalunya mempunyai banyak blackhead mahupun whitehead..
Lebih-lebih lagi di kawasan T-zone..
Jadi aku rasa scrub ni sangat sesuai..

Sebenarnya aku pernah cuba scrub ni sebelum ni..
Roomate aku ada guna scrub ni..
Dan aku berpuas hati..

Kalau masa aku sekolah dulu aku cuma tau scrub apricot St.Ives ni untuk badan..
Dan biji-biji scrub die memang besar dan kasar..
Kalau gosok atas kulit memang puas hati la..
Rasa semua daki tanggal..
Tapi aku tak perasan sangat jenama ni ada scrub untuk muka ke tak..

Kalau scrub muka dari jenama lain pulak selalunya agak mengecewakan aku..
Sebab selalunya biji-biji die agak halus..
Kalau kulit yang memang halus tak de masalah mungkin la ok..
Kalau tak rasa bila guna tu muka tak berapa bersih je..
Kurang kepuasan la senang cerita..hehe..

 Bahagian belakan..
Ada maklumat sikit sebagai panduan..

Jadi kalau kulit yang sangat berminyak macam aku..a
Aku memang recommend kan la untuk guna scrub dari St.Ives ni..
Harga bagi satu tiub scrub ni adalah RM 16.88 bagi 170gm..
Memang jauh lebih murah dari scrub lama aku..
Tapi kepuasan penggunaan adalah sama..
 Kepada yang berminat bolehlah dapatkan produk ni di farmasi berdekatan..
Biasanya kalau dekat Guardian atau Watson memang ada..:))




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...