Tuesday, 30 April 2013

Trip to Melaka..(Part 3 - Accommodation)..

Assalammualaikum..

Sambung lagi cerita ke Melaka kita orang ni..
Padahal pegi dua hari je..
Tapi aku malas nak buat satu entry panjang-panjang..
Nak baca pun malas nanti..
Aku buat la asing-asing..

Untuk entri ni aku nak cerita tempat penginapan kitaorang..
Macam aku cerita sebelum ni..
Final decision kitaorang pilih A'Famosa Melaka..

Sebelum ni aku pernah bawa family bercuti dekat A'Famosa..
Tapi aku pilih sewa condo masa tu..
Rupanya kalau sewa direct lagi murah banding through A'Famosa.. 
Masa aku sewa pun rate lebih kurang je..
Termasuk dengan tiket Water World..

Kami pilih untuk sewa banglo..
Ada 4 bilik dan 2 toilet banglo ni..
Boleh muatkan 12 orang officially..
Tapi kalau nak muatkan lebih lagi muat je sebenarnya..
Sebab ada 2 bilik yang agak luas..
Kalau nak bawak toto bole je..
 Dan kami pilih rumah yang ada private pool..

Mula-mula plan yang perempuan duduk satu bilik..
Walaupun dah kawen..
Tapi sebab kami 10 orang je..
Yazid bole la duduk sebilik dengan wife die..
Aku pulak duduk berdua dengan hawa..
Dua bilik lagi masing-masing duduk 3 orang..
 Aku pilih bilik yang attach dengan toilet..
Sebab kami perempuan..
Senang sikit kalau bilik sebelah toilet..
 Tapi toilet ni sharing..
Bukan memang dalam bilik..


Ni banglo yang kami sewa..
Ada private pool dekat depan rumah..
Ada meja dan kerusi untuk BBQ..
BBQ Pit disediakan tapi macam dah teruk je..
Nasib baik aku ada bawa dari rumah..
Jadi guna yang aku bawa..

Living Area dan Dining Area..

Memang agak luas..
Lagi sebab syiling tinggi..
Tapi sofa dekat Living area macam tak kualiti sangat..
Bila duduk span die tenggelam..huhu..
Channel TV pun macam tak best..huhu..
Budak-budak ni nak tengok bola malam tu pun tak de..
Lagi satu remote Astro entah ke mana..
Jadi nak tukar channel kene tekan manual pulak..huhu..
Disebabkan kami memang tak menghabiskan masa untuk tengok TV..
Jadi tak kisah sangat..

Bilik aku dengan Hawa..

Amik gambar masa da nak balik..
Jadi katil dah serabut..hehe..
Aku rasa kalau nak tidur 3 orang pun atas katil ni muat je..
Plus bilik ni luas..
Kalau bawak toto atau turumkan tilam dekat bawah kalau ramai orang pun bole je..
Bilik yang muat 4 orang aku tak sempat nak snap..
Bilik orang bujang kan..huhu..
Tapi bilik die lagi sempit dari bilik aku..
Die letak 2 katil queen..
Aku cuma ambil gambar dekat Mudah..
Kalau rumah lain aku tak tau la..
Tapi en.bf yang tidur dekat bilik ni die kata tak cukup selimut..
Yelah dua katil besar dua helai selimut jugak la dia bagi..
Tapi macam die duduk dengan orang die tak kenal..
Nak share satu selimut dia macam tak biasa la..

Ni depan pintu bilik aku, bilik sebelah dan toilet..

Dalam setiap bilik memang tak de closet..
Sebab tu bilik memang agak luas dan bole duduk ramai..
Die letak closet dekat luar..
Untuk dua bilik ni share la satu ni..
Tapi ada la almari rendah je dalam bilik..
Aku rasa elok jugak tak letak closet banyak-banyak dalam bilik..
Orang selalu sewa sekejap je kan..
Barang pun letak dalam beg je..
Macam kitaorang tak de pun guna closet ni..

Dari satu view lagi..

Pintu yang terbuka tu pintu bilik aku..
Sebelah tu bilik bujang..
Straight ke depan ni pintu toilet..

Ni pulak gambar dapur..

Biasa dekat hotel atau untuk tujuan komersial akan buat window macam ni kan..
Pada aku memang bagus..
Gunakan ruang dengan elok..
Nampak lagi luas..
Dan nampak style..hehe..

Belakang pintu tu ada peti sejuk..
Ada disediakan cawan, dulang BBQ, rice cooker..microwave, cerek elektrik, pencuci pinggan, sudu, plastik sampah..
Al least ada barang-barang basic..
So senang la..
Tak payah nak bawak barang banyak-banyak dari rumah..
Cuma tak de dapur masak dengan gas je..haha..
Dapur ni letak die dekat tengah-tengah..
Jadi untuk dua bilik sebelah sana mirror kepada bahagian bilik aku..
Gambar toilet aku tak snap la pulak..
Macam aku citer pintu toilet akan attach dengan satu bilik..
Dan sharing jugak..
Ada water heater jugak..
Tapi toilet tak de sink..
Tu pasal ada sink dekat luar bilik kot..
Dan tak de cermin..
Kepuasan semasa membasuh muka dan gosok gigi kurang..hehe..
Kalau nak guna cermin guna dalam bilik je la..
Pada aku rumah ni agak ok la..
Memang selesa untuk kitaorang..
 Lagi pun yang penting nak mandi dan tidur..
Waktu sampai hari pertama sibuk masak BBQ dekat luar dan mandi pool..
2nd day pun mandi pool dan baru guna dining area..

.............................................................................................................

Accommodation;

Place: A'Famosa Melaka
Price: RM 600 - Weekend
Capacity: 12-15 pax
Contact no: 014-2626923

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...