Monday, 29 April 2013

Trip to Melaka..(Part 1)

Assalammualaikum..

Weekend ni kitaorang ke Melaka..
Plan bercuti ke Melaka ni memang plan last minit..
Tapi sangat menyeronokkan..
Sebab semua aktiviti bole kata berlaku secara spontan..

Hari Selasa ke hari Rabu..
Aku pun tak ingat..
Hafez mesej aku dekat FB..
Die mesej ajak buat BBQ..
Dia nak enjoy dengan kawan-kawan die cakap..

Last weekend masa jumpa die nak pegi kenduri ada kawan sekolah kitaorang dulu dia singgah dekat rumah sekejap..
Sebelum balik cuti dia ada bagi tau dia nak kawen bulan 6..
Bulan Februari hari tu die pegi merisik perempuan tu..
Tapi masa datang rumah die bagi tau tak jadi kawen..huhu..
Memang kesian sangat..
Die dah prepare macam-macam untuk majlis..
Dah tempah kad kawen, dah booking dewan, booking katering dan lain-lain..
Yelah majlis bulan Jun ni kan..
Tinggal dua bulan je lagi..
 Sekali tak jadi kawen..huhu..

Aku cakap tak pe lah..
Kawan-kawan ada kalau ko ada masalah pun..
Jangan la risau..
Kita orang akan ada dengan ko..
Nasib baik la masing-masing ramai tak kawen lagi..
Dan kebetulan masa die ajak BBQ ni memang kena..
Sebab ramai yang available..

Mula-mula die plan nak buat BBQ ni dekat rumah aku je..
Mak memang ok je..
Tapi aku tanya kenapa tak buat dekat tempat lain..
Aku rasa lagi ok buat dekat tempat lain berdasarkan sejarah dulu..huhu..

Masa pegi beli barang motor Hendry hari tu sempat jumpa dia malam tu..
So suggest satu dua tempat.
Terus carik online masa tu dan terus decide tempat..
Nampak tak spontan giler kan..haha..

Ada cadangkan Port Dickson. A'Famosa Melaka dan Bagan Lalang..
Cari tempat terus call tanya dan dapat dekat A'Famosa Melaka..
 Lepas tu terus SMS atau call ajak kawan-kawan..

Hari Jumaat lepas Zohor aku keluar beli barang..
Sebab untuk BBQ aku yang dipertanggungjawab kan untuk beli barang..
Semua barang aku beli dekat Giant je..
Sebab masa memang dah suntuk sangat..huhu..

Untuk trip ni 10 orang yang join..
Yang best nya sebab ada yang dah kawen..
Jadi ada yang bawa pasangan masing-masing..
Macam Yazid masa kawen kita orang tak pegi..
Dan tak pernah kenal wife dia..
Jadi masa ni dapat la jumpa dan kenal-kenal..hehe..
Selain dapat lepak dengan kawan-kawan trip ni pun macam trip jalan-jalan cari makan untuk hari kedua..
Walaupun sekejap tapi memang seronok sangat..

Nanti aku sambung post trip ke Melaka ni lagi..
Malas nak taip panjang-panjang dalan satu entri..:))

2 comments:

  1. Selamat bercuti! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* Villa 827


    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank elaine..kalau ada masa nnt bole pg lg..:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...