Tuesday, 9 April 2013

Sahabat vs Kawan..

Assalammualaikum..

Rasanya dalam blog ni aku banyak juga kongsikan pasal sahabat aku..
Susah senang dan kasih sayang aku terhadap dieorang..
Tak ramai pun tak pe..
Asalkan nilai ikatan tu cukup kuat antara kita..
Kalau ada beribu-ribu kawan pun tapi bila kita susah macam-macam alasan tak guna jugak..
Biarlah ada 4 5 orang je..
Tapi nilai nya mengatasi beribu-ribu yang lain..

Ahlamdulillah pengalaman sangat memberi pengajaran..
Terima kasih Ya Allah..
Terus lah memberi panduan pada ku dalam menjalani hidup ni..
Sesungguhnya aku ni insan yang sangat lemah..

Aku ni sangat sensitif aku rasa..
Cepat sangat terasa..
Cepat merajuk..
Tapi mereka tetap sabar dengan perangai aku..
Sangat memahami..

What u give u get back..
Kalau baik yang aku dapat..
Baik jugak la yang aku beri..
Kalau tak aku memang malas nak ambil tau da.

Sebagai sahabat perlunya kita untuk sama-sama berkongsi segalanya..
Berkongsi suka..
Lebih-lebih lagi berkongsi duka..

Aku nak berkongsi coretang yang sangat menarik mengenai sahabat yang aku ambil dari sini..

Memaut dan dipaut
Dalam menuruni jalan berbukit yang melandai, daripada perlahan kita menjadi laju. Di tengah turun tak sempat untuk berbuat apa-apa, kaki kita terpelecok, dan kita jatuh. Berguling-guling sampai ke bawah. Terperosok ke dalam semak, terbaring, dan kita menjadi luka jua parah.

Sahabat itu adalah jelas merisaui, bila dia melihat kita menjadi melaju. Sahabat itu memecut mengejar, apabila kita mula jatuh. Dan sahabat itu menjadi pemaut, menjadikan tubuh badan sendiri benteng, menahan kita daripada terus berguling. Sahabat itu tampil mula-mula mengangkat memapah – membawa kita menuju ubat dan rawat. Atau sahabat itu sekali mengikut dengan cemas – bila kita diangkat – demi memastikan bahawa kita akan selamat.

Kawan itu mungkin sebaliknya. Tetapi tidak terlalu terbalik.

Kawan itu melihat kita melaju, dan dia sekadar tertanya.  Kawan itu sekadar gamam, saat kita jatuh berguling. Dan kawan itu juga mengejar - selepas itu. Kawan itu membantu tapi mengikut kadarnya jua. Dan wajahnya hanya teriak kecil sahaja.

Sahabat itu berbeza daripada kawan. Sahabat itu mengorbankan diri, manakala kawan itu sekadar mengikut kadarnya.

Namun, sahabat itu takkan datang jikalau kita tidak menjadinya terlebih dahulu. Berilah dahulu sebelum diberi kembali. Pautlah dahulu sebelum kembali dipaut. Peganglah pertama-tama sebelum dipegang semula. Cintailah mula-mula sebelum dicintai semula.

Sahabat ibarat pokok yang memberi teduh setiap masa. Kawan ibarat awan redup tak tentu bila ia ada. Mahu dapat sahabat, jadilah sahabat dahulu.

Sebegitulah. Apabila ada teman kita yang hampir jatuh berguling, bersegeralah untuk menyelamat dan menghalang. Bila ada teman menghadapi susah, hulurkan diri agar ia menjadi kebah.

Jadikan diri kita mula-mula memaut teman. Nanti di lain masa, kita akan dipautnya semula.

Ikatan yang ini bukankah indah?

Sangat indah dan mendalam bahasa nya..
Aku sangat sayang keluarga aku..
Seburuk mana pun Insyaallah ikatan kita tak pernah putus..
Insan yang sentiasa di waktu susah dan senang..

Aku pun sangat sayang sahabat aku yang..
Kita bukan ada ikatan darah tapi kita ada ikatan persahabatan yang sangat Indah..

Andai aku gagal untuk kedua-duanya Insyaalah aku ada Tuhan yang Maha Pengampun..
Yang Maha berkuasa..
Semoga semua dipermudahkan..
Semoga aku semakin kuat untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup ini..
Semoga kami sama-sama mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat..
Amin..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...